
Selain mempunyai suara lunak merdu,Datuk Siti Nurhaliza sentiasa menjadi inspirasi kepada peminatnya.
Penampilan diri penuh sopan, menjadikan dirinya cakna di kalangan peminatnya yang sentiasa menjadikan dirinya idola.
Melalui perkongsiannya baru-baru ini diinstagram miliknya, beliau menjelaskan setiap seorang daripada kita, boleh menjadi inspirasi kepada orang lain. Bermakna, kita adalah inspirasi kepada diri kita.
Ikuti perkongsiannya. Sungguh deep!
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Moga kita menjadi inspirasi kepada orang lain.
Sumber: Instagram ctdk
Buat Sambal Belacan Je Pun,Tapi Bila Dipuji Suami Lagi Bertambah Sedap Rasanya.Suami Ni Kongsi Pengalamannya!

Perkongsian daripada suami ini ada betulnya tentang ragam orang perempuan bila dipuji oleh suami dalam bab menyediakan hidangan.
Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian ini.
Isteri saya pandai memasak. Ramai yang puji masakan dia. Tapi ada satu benda yang dia buat saya tak boleh makan. Benda tu ialah sambal belacan. Saya rasa sambal belacan dia ada sesuatu yang mentah.
Saya pernah tegur dia, saya cakap kenapa sambal belacan ni rasa mentah ? Dia jawab sambil merengus, “makan jela”. Jadi selepas itu saya tak makan dah kalau dia buat sambal belacan. Saya malas nak bergaduh. Sebabnya orang perempuan ni kadangkala 10x kita puji masakan dia, dia tak nampak. Tetapi yang kita tegur sekali tu lah yang akan berkesan dalam hati dia.
Selepas anak kedua saya dilahirkan, emak saya ada datang ke Istanbul menziarahi kami. Saya minta mak saya buatkan sambal belacan. Sebab saya memang suka makan sambal belacan emak saya buat. Lepas tu isteri saya mengomel pada mak saya yang dia selalu buat sambal belacan tetapi saya yang taknak makan.
Lama juga saya fikir macam mana nak bagitahu dia yang dia sebenarnya pandai masak, cuma saya memang tak boleh makan sambal belacan dia. Pada suatu hari saya dapat idea. Saya tunggu mood dia betul-betul ok. Kami sedang bersiap sedia untuk makan tengahari. Saya pun buat-buat seperti bercakap dengan anak-anak.
“Sedapnya umi masak, bestkan dapat makan sedap hari-hari. Tapi itulah, banyak-banyak yang umi masak, cuma satu je yang abi tak boleh makan, sambal belacan yang umi buat”. Lepas dengar saya cakap macam tu, dia senyum je sambil cakap “yela nanti umi buat sambal belacan macam abi suka”.
Percaya atau tidak dialog tersebut telah berlaku pada 2 tahun lepas. Dan baru-baru ini kami ada buat majlis rumah terbuka untuk komuniti Malaysia di Istanbul. Isteri saya ada buatkan sambal belacan, dan sambal belacan yang dia buat itu sangatlah sedap tidak terperi. Kalau tak percaya boleh tanya tetamu yang hadir baru-baru ini ke rumah kami.
Bulan depan cukup ulangtahun ke 5 perkahwinan kami. 2012 kami berkahwin, 2015 saya baru jumpa ayat yang betul untuk menegur dia dan 2017 baru saya dapat merasai sambal belacan yang sangat sedap. Itulah dia namanya perkahwinan. Bukan kahwin je terus ‘happily ever after’. Ada banyak perkara akan mengambil masa. Kadangkala sangat lama. Tambahan pula jika tidak bercinta sebelum kahwin.
Itu baru satu bab, bab sambal belacan. Belum bab-bab lain. Jika orang tanya apa itu perkahwinan ? Saya akan jawab “sumpah ! Perkahwinan adalah satu perjalanan yang sangat panjanggggg!” Perkahwinan bukan seperti drama pukul 7 petang. Bukan juga seperti yang dipamerkan oleh instafemas. Kita nak bahagia bukan sahaja depan kamera tetapi juga disebalik kamera.
*Berkahwin atau tidak, bercerai jadi duda atau janda, ada anak atau tidak, yang penting kedudukan kita disisi Allah SWT.
Sumber : Khalid Pattali
Pakar Otak Kongsi Petua Guna Cengkih, Legakan Loya, Sakit Perut Dan Muntah.

Cengkih legakan saluran usus. Elak masalah loya, cirit-birit, sakit perut dan muntah.
Nak tahu cara untuk melegakan masalah berkaitan, ikuti perkongsian Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ini langkah mudah buat penyegar udara semula jadi guna cengkih:
.
1. Rebus air Masukkan 5 biji cengkih.
2. Masukkan kulit limau, kulit kayu manis dan kulit lemon.
3. Rebus selama 30 minit. Sejukkan. Masukkan air rebusan ke dalam jar.
4. Tutup guna kertas. Ikat.
5. Guna pencucuk lidi untuk buat lubang.
6. Letak di ruang tamu atau bilik tidur.
Nanti bau harum semerbak dalam rumah. Saluran bernafas rasa segar. Minda tenang. OTAK jadi lebih tajam.
.
Bolehlah cuba.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Luka Pembedahan Lambat Baik? Ini Yang Anda Kena Tahu Untuk Menjaga Dan Merawatnya

Mak-mak mesti risau bila ada ahli keluarga yang ditimpa kemalangan. Masa inilah insan ini paling sibuk dan risau. Mana nak jaga makan minum keluarga dan seterusnya yang sedang sakit.
Oleh yang demikian, disini kami kongsikan tip untuk merawat dan menjaga luka kemalangan agar cepat sembuh.
Kemalangan melibatkan fizikal berpotensi untuk menyebabkan kecederaan sama ada tidak kekal atau kekal terhadap anggota badan. Ia boleh menyebabkan seseorang menjalani pembedahan atau menerima jahitan sekiranya kecederaan yang dialami adalah serius.
Hal ini sudah semestinya akan mengambil waktu yang lama terhadap luka untuk sembuh. Lebih – lebih lagi ia memberikan kesan yang serius.
Tidak semua luka sembuh dengan baik selepas menjalani rawatan.
Tahukah mengapa perkara demikian berlaku? Sebenarnya, ia bergantung kepada cara penjagaan anda selepas menerima rawatan.
Rawatan yang terbaik mampu membuatkan luka kembali sembuh dengan baik dan dalam waktu yang singkat.
Tetapi, apakah yang perlu dilakukan oleh pesakit untuk merawat luka dengan terbaik?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh @MedTweetMYHQ di platform Twitter. Semoga memberi manfaat.
TIPS PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN SETELAH DIBENARKAN DISCHARGE DARI WAD
Masa yang paling ditunggu setelah selesai rawatan adalah apabila doktor memberi keizinan untuk pulang.
Berikut beberapa tips mudah untuk memastikan luka sembuh dengan baik:
Jom kita kongsikan bersama!
1) Jangkitan kuman pada luka jahitan akan mengakibatkan keradangan kulit atau ‘inflammation’. Tanda keradangan ini adalah sakit, kulit kemerahan, bengkak, ada cecair seperti nanah atau discharge, dan rasa kesakitan.
Jika ini terjadi, segera berjumpa doktor.
2) Seeloknya elakkan terkena air dalam masa 2 ke 3 hari pertama.
Setelah itu, boleh dilalukan air bersih tetapi tanpa sabun atau bahan kimia lain. Namun, jika ada keraguan, segera bertanya doktor.
3) Sama ada antibiotik perlu atau tidak, ini akan bergantung juga kepada doktor yang merawat.
Namun apa yang penting, jika diberi, amat penting untuk mengikut dos dan waktu yang tepat. Sekiranya antibiotic tidak dihabiskan secara tepat, fenomena resistance boleh berlaku.
4) Secara umumnya, faktor yang akan diambil kira oleh pakar bedah adalah saiz luka, saiz dan jenis material benang, kawasan luka, kedalaman luka dan keadaan pesakit itu sendiri sebelum tempoh waktu benang dibuka.
5) Parut walaupun kecil di kawasan muka akan kelihatan jelas dari jarak 20cm, iaitu jarak normal dua individu berbual.
Bagaimana untuk memastikan luka sembuh dengan parut yang paling minima?
6) Ubat sapuan untuk parut seperti dermatix amat efektif sekiranya digunakan dengan kaedah yang betul.
Ia mengandungi silikon yang bertindak ke atas sel kulit dan kolagen bagi memperbaiki parut yang terhasil. Seeloknya ia digunakan dalam tempoh 2 ke 3 bulan pertama
7) Amat penting untuk dikongsikan, ramai antara kita menggunakan cara yang SALAH dalam aplikasi ubat parut (scar gel) !
Ubat ini harus ditekan ke dalam parut bukan sekadar disapu seperti antibiotik. Ini dipanggil scar massage technique!
Sekian, semoga ilmu ini bermanfaat dan disebarkan kepada rakan-rakan dan keluarga kita ye!
Sumber: Twitter @MedTweetMYHQ