Pasti ada yang masih ingat dengan sebuah iklan Raya yang cukup kreatif dan meninggalkan kesan yang mendalam hingga membuatkan ada yang berasa sebak bahkan ada yang menitiskan air mata. Iklan dimaksudkan adalah yang bertajuk “Mangkuk Tingkat Mak Teh” dan ia adalah sebenarnya diilhamkan daripada sebuah kisah benar, makcik Saadiah Abdullah.
Rutin makcik Saadiah mengayuh basikal dari rumahnya di Kampung Padang, Kuala Kenderong ke IPD Gerik sejauh lima kilometer setiap hari bagi menghantar makanan kepada petugas di situ walaupun suaminya telah meninggal dunia.
Terkini, memetik berita daripada Sinar Harian telah dilaporkan Saadiah Abdullah, balu anggota polis yang menyentuh hati orang ramai melalui rutin harian menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik selama 37 tahun meninggal dunia di sini pada Sabtu.
Allahyarhamah Saadiah, 84, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gerik sekitar jam 12.40 tengah hari selepas beberapa hari dimasukkan ke wad akibat sakit tua.
Kesihatan Semakin Merosot
Anak bongsunya, Wan Jelani Alias, 51, berkata, keadaan kesihatan ibunya yang lebih dekat dengan panggilan Mak Cik Saadiah itu mula merosot sejak bulan lalu selepas terjatuh di bilik mandi yang mengakibatkan strok sebelah badan.
“Keadaan kesihatan emak memang tak berapa baik dalam beberapa minggu ini dan sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital.
“Kali pertama dan kedua, keadaan emak selepas keluar hospital baik-baik sahaja, makan juga masih berselera. Cuma dalam tiga hari lepas, keadaan emak semakin uzur.
“Kami bawa semula ke hospital dan emak terpaksa menggunakan bantuan oksigen kerana keadaannya yang semakin tenat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Ibu Wira Di Hati Anak-Anak
Menurutnya, ibunya itu adalah seorang perwira dan pejuang sama seperti Allahyarham bapa, Alias Nik Daud yang terkorban dalam serangan hendap komunis ketika bertugas pada tahun 1975.
“Sepanjang hayatnya, emak tak pernah lupakan pengorbanan dan sejarah arwah bapa. Dia adalah perwira sebenar di hati kami,” katanya.
Jenazah Saadiah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang, Kuala Kenderong, Gerik pada jam 5.30 petang.
Wan Jelani berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham dan turut merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan orang ramai yang turut bersedih dengan pemergian ibunya itu.
Menurutnya, ibunya itu adalah seorang perwira dan pejuang sama seperti Allahyarham bapa, Alias Nik Daud yang terkorban dalam serangan hendap komunis ketika bertugas pada tahun 1975.
“Sepanjang hayatnya, emak tak pernah lupakan pengorbanan dan sejarah arwah bapa. Dia adalah perwira sebenar di hati kami,” katanya.
Jenazah Saadiah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang, Kuala Kenderong, Gerik pada jam 5.30 petang.
Sumber : Sinar Harian
ARTIKEL MENARIK: Cha Bang Ang, ‘Dessert’ Senang Nak Buat & Sangat Sedap Hasil Gabungan 3 Jenis Susu!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club