Kebaikkan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, bukan sekadar menderma wang ringgi kepada yang memerlukan tetapi juga khidmat masyarakat. Perkongsian Muhammad Hassan  ini mengisah seorang doktor yang bersikap suka membantu memberikan keberkatan dalam hidupnya. Moga menjadi inspirasi buat kita semua.

_______________________________________________________________

Kisah Doktor Tidak Berkira, Hidup Pula Lebih Berkat. Perkongsian Yang Inspirasi

Saya Respect sangat doktor yang buka klinik. Mudah mereka untuk bagi sedekah. Ada pesakit datang dapat ubat percuma. Ada doktor bagi hutang ubat kepada pesakit. kawan saya doktor . Pesakit datang bawa kunci dan geran motor sebab tak mampu nak bayar hutang menimbun di klinik.

Ads

Akhirnya doktor ini cakap hutang abang dah selesai. Rawatan dan ubatan untuk anak abang akan ditanggung oleh klinik sehingga anak sihat.

Patutlah saya tengok doktor ini hidup dia senang. Suka belanja orang makan.Senang segala urusan. Solat 5 waktu ada di surau. Hafal Al Quran 10 juz. Tapi Allah beri kesabaran belum dapat cahaya mata walaupun dah kahwin 10 tahun.

Dulu tak boleh terima kenyataan ini. Selalu mengeluh,tapi hidup makin tak tenang,selalu gaduh suami isteri. Tapi saat beliau sedar ini takdir Allah,beliau mula redha,tidak tinggal solat awal waktu di masjid, Al Quran setiap hari baca,mula banyakkan sedekah kepada pesakit. Akhirnya Allah kurniakan cahaya mata buat beliau 2 tahun lepas setelah 10 tahun menanti.

Ads

Banyak beliau kongsi. Katanya Jangan pernah mengeluh dengan takdir Allah kepada kita. Kena sentiasa bersangka baik kepada Allah. Allah Maha Baik dan Yang Maha Mengetahui tentang diri kita.

Kita banyak tidak tahu tentang diri kita. bahkan Kita terhijab dari nasib diri kita akan datang. Mungkin hari ini kita sihat,tapi kita tidak tahu apa nasib sihat kita akan datang. Hari ini kita kaya,miskin tapi kita tidak tahu apa takdir Allah terhadap kita akan datang.

Ads

Sebab itulah Allah perintahkan kepada kita untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat yang yang diberikan kepada kita hari ini. Allah berfirman: “Jika kamu bersyukur pasti Allah tambah nikmat kepada mu”-Ibrahim 7-

Pesan beliau. Matt disebalik kesusahan,keresahan,kesempitan kita hari ini, pasti ada kebaikan buat kita akan datang jika kita jadikan Allah sebagai tempat pergantungan.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IslahDiri

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI