Setiap ibu bapa nak anak yang hebat dan pintar dengan mendapat keputusan exam yang baik di sekolah. Namun semua ini tidak menjanjikan anak ini akan hebat apabila dewasa nanti.

Perkongsian Marlia Ramli di laman facebooknya sungguh motivasi bahawa katanya,  sesungguhnya anak yang mendapat keputusan exam yang teruk sama ada UPSR, PT3 atau SPM tidak bermakna masa depannya gelap. Malah ada yang telah berjaya dalam hidupnya walaupun semasa kecil keputusan exam yang teruk. Juga sebagai ibu bapa, beliau juga sedih sikap segelintir ibu bapa yang terlampau mendesak anak untuk berjaya dengan peperiksaan.  Ikuti kisah benar ini.

Kisah Benar Anak Yang Keputusan Exam  Teruk, Tetapi Pegang Jawatan Hebat Bila Dah Besar. Sungguh Motivasi Perkongsian Ini! 

IBU BAPA YANG ACAH-ACAH GOOD..

Acah-acah good la kebanyakan ibu bapa sekarang ni. Padahal dia dulu pun malas belajar gak. ?

Mohon ibu bapa jangan nak berdrama sangat bila tengok result anak nanti. Tak perlu terlalu gembira atau terlalu berduka dengan keputusan exam anak-anak.

Zaman sekarang keputusan UPSR, PT3 hatta SPM tak menentukan kejayaan sesiapa di masa depan.

Malulah jika anak anda mendapat straight A dan anda membandingkan kejayaan anak anda dengan anak-anak lain yang belum berjaya.

Malulah juga jika anak anda belum berjaya dan anda membiarkan diri kecewa seolah-olah tiada lagi esok dan lusa.

Jika anak anda bersedih, beritahu mereka kisah benar ini….

Ceritakan pada mereka bahawa akak ada kenal seorang budak kampung yang comot dan suka panjat pokok. Mainannya masa kecik cuma mandi selut dan pondok-pondok. UPSR nya cuma 2A 1B 1C… PMR nya cuma 2A dengan bilangan C dan D yang banyak. Rekod ujian lisan PMR TH (tidak hadir) sebab salah tengok jadual. Blur betul budak ni.

Ads

Tapi… Hari ini budak tu memegang jawatan Manager dan memiliki aset bernilai 7 angka. Purata pendapatan bulanan budak itu adalah 5 angka sebulan dan mempunyai keluarga yang sangat bahagia.

Akak juga kenal seorang budak yang tak ada A langsung dalam UPSR, PMR nya pula semua B dan C. Budak ini adalah anak estate dan hanya berselipar lain-lain kaler. Beliau hanya mengenal dan pandai menulis ABC senget-senget ketika di darjah 2.

Hari ini budak itu merupakan seorang top Management di sebuah syarikat besar dan mempunyai pemandu peribadi. Budak itu kini merupakan pemilik aset bernilai 7 hingga 8 angka dan gaji serta simpanan bulanan beliau adalah 5 angka setiap bulan. Kini budak busuk yang tak dipandang sesiapa mempunyai anak yang pintar dan berkhidmat dengan cemerlang kepada masyarakat.

So, masih lagi nak kecewa dengan pencapaian anak anda setakat dalam UPSR?

Cukuplah…

Berhentilah memberi tekanan dan riak kecewa kepada anak-anak. Senyum dan usaplah mereka dengan penuh kasih. Cium dan peluklah mereka. Beritahu mereka betapa bangganya anda memiliki mereka.

Ads

Ingatkan diri anda suami isteri bahawa anak-anak bukan trofi yang perlu dijulang. Anak-anak juga bukan bahan recycle yang perlu dilabel samada berguna atau tidak.

Di zaman petrol digelar emas hitam, cemerlang academik bukan penentu cemerlang masa segala-gala.. Cukup-cukuplah berdrama Korea..

Teruskan menyintai anak-anak tanpa terma dan menyokong setiap jatuh bangun mereka. Jika anda tidak menyayangi anak-anak anda 100%, siapa lagi yang sudi menyayangi mereka sepenuhnya?

Teruskan usaha untuk memberikan mereka aura positive. Insya’allah jika berserta usaha dan doa ibu bapa, sesiapa saja mampu berjaya dalam kehidupan.. Dan yakinlah bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Bersangka baiklah…

Ala… Mudah je.

Ads

Kita dulu pun belajar ntah apa-apa gak. Yang penting jaga akhlak, jaga agama. Jangan esok-esok songlap duit pusaka atau tipu keuntungan pelaburan kawan. Ni contoh orang bijak tapi menempah tiket ke neraka.

Kalau belajar pandai tapi akhlak tak de, esok-esok jadi orang kaya yang bodoh. Sombong macam syaiton. Tayang harta, bongkak angkuh dan membuatkan orang miskin membenci orang kaya yang berjaya.

Tahun ni anak gadis akak ambik UPSR. Dan tak kisah jika dia akan menang atau kalah dalam perjuangan kali ini sebab dia sentiasa bergelar juara di hati kami.

Selamat berjaya kepada semua calon, STPM, SPM, PT3, UPSR, UPKK, PSRA dan lain-lain. Belajar rajin-rajin, buat yang terbaik dan yang penting jaga akhlak juga agama.

Ala.. Kebanyakan kita hari ini, IBU BAPA YANG ACAH-ACAH GOOD je pun. Relax. Tenang dan sama-sama usaha. Kita asyik ngadap henpon, pastu harap anak study sesorang. Pastu stress bagai bila anak tak dengar cakap. #apeni?

Padahal kita yang hari-hari dipesan suruh jaga kewangan, usahakan beli rumah pertama dan simpan emas pelaburan sebagai pelindung kekayaan pun tak dengar cakap gak. Akaun GAP emas se gram RM172 hengget pun nan hado… Hmmm….

Salam sayang

#kongsiilmu
#learnfromobservation

Sumber: Marlia Ramli

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI