Kisah Bella, Rupanya Ini Sejarah Hidupnya. Siapa Mak Ayahnya? Cikgu Ini Beri Jawapan.

Share

Kisah adik Bella yang merupakan seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) Sindrom Down menjadi tumpuan seluruh negara.

Anak istimewa ini dipercayai didera semasa di bawah jagaan seorang pengasas pusat kebajikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

Saban hari ada yang meluahkan rasa sebak mengenai kisah adik yang malang ini. Malah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam turut memberi perhatian kes ini.

Nyata, kisah adik  Bella ini membuatkan ramai yang meruntuh sedih. Namun pastinya ada mempunyai persoalan siapa mak ayahnya? Apa sejarah hidupnya?

Bagi yang tertanya-tanya sejarah adik Bella ini, ikuti perkongsian, Cikgu Mohd Fadli Salleh menerusi perkongsian facebooknya.

INI SEJARAH HIDUP BELLA

Ramai orang tahu kisah sadih, tragis dan merobek hati tentang adik Bella. Kisah adik Bella yang luka teruk seluruh tubuh badan kerana disyaki didera.

Adik Bella ini anak Down Syndrome yang berusia 14 tahun. Adik Bella ditemui sekitar 8 tahun lalu mundar mandir seorang diri di Kuala Lumpur.

Tanpa penjaga, tanpa sesiapa. Seorang diri berjalan di setiap lorong tanpa hala tuju. Ada pihak mendakwa, adik Bella merupakan anak yatim piatu. Namun dakwaan tidak dapat disahkan secara rasmi, namun tiada pihak tampil untuk menuntut adik Bella.

Bila kes ini dilaporkan kepada JKM, pihak JKM ambil adik Bella dan tempatkan adik Bella di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah (Rumah under JKM) sampai dia umur 12 tahun.

Adik Bella kemudian di bawa ke Mahkamah Kanak Kanak untuk di sambung perintah penjagaan di sana sebab dia gembira dan bahagia tinggal di sana.

Ada penjaga yang dia panggil Abah dan Mak. Memang Abah dan Mak serta staff di sana sangat mengasihi Adik Bella ini.

Tapi semasa berada di mahkamah, kebetulan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun ada di sana untuk uruskan hal mahkamah anak-anak lain.

Bila lihat adik Bella, Siti Bainun minta hakim bagi peluang kepada dia untuk jaga Bella. Siti Bainun mendakwa, dia suka kanak-kanak Down Syndrome ini.

Sejak hari itu, adik Bella dibawa untuk menetap di Rumah Bonda sejak Julai 2020 sehingga hujung Oktober 2020 kerana Siti Bainun pun tinggal situ.

Penghuni Rumah Bonda sempat kenal dan bermesra dengan adik Bella yang menetap di sana lebih kurang 4 bulan.

Selepas itu adik Bella dibawa menetap bersama Siti Bainun di kondo miliknya. Maka sukarelawan Rumah Bonda terputus hubungan dan tidak lagi mendengar sebarang berita tentang adik Bella ini.

Sekitar bulan Februari atau Mac baru-baru ini, sukarelawan Rumah Bonda ada berjumpa dengan adik Bella di kondo. Masa ni adik Bella belum ada kesan cedera secara fizikal.

Namun adik Bella ada memaklumkan dia tak nak duduk dengan Bonda (Siti Bainun). Adik Bella banyak berkurung dalam bilik dan tak gembira seperti dia duduk di Rumah Bonda.

Sukarelawan Rumah Bonda berjumpa dengan Siti Bainun dan cakap kat dia agar pulangkan adik Bella kepada JKM memandangkan adik Bella tak happy tinggal di sana.

Siti Bainun menolak dan minta sukarelawan tersebut jangan masuk campur urusan adik Bella. Diam je lah sukarelawan ini memandangkan dia hanya sukarelawan dan Siti Bainun pengasas.

Pada 23 Jun 2021, semua penghuni Rumah Bonda termasuk anak-anak yang menetap di kondo dikuarantin kerana covid. Masa inilah semuanya terdedah.

Luka adik Bella tidak dapat disorok dari pengetahuan doktor dan sukarelawan Rumah Bonda.

Adik Bella dikatakan kena simbah air panas, dipijak lutut, dipaksa makan najis dan muntah, dibogelkan, diikat dan pelbagai jenis seksaan yang tak terbayang mata.

Di sinilah bermulanya kes adik Bella yang disyaki didera terbongkar. Namun masa tu, ia hanya diketahui oleh beberapa pihak sahaja, tidak secara meluas sehinggalah Puan Mona Din meviralkan isu ini.

Nota : Kisah ini saya dapat dari sumber sahih yang secara langsung berhubung dengan adik Bella sejak adik Bella berusia 12 tahun.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania

Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN 

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz