Cuaca panas ketika ini yang membahang terasa habanya hingga ke dalam rumah. Disebabkan itu juga, kita akan menggunakan kipas dengan kelajuan maksima untuk beri keselesaan.
Tapi bila kipas buat ‘hal’ menyebabkan tidak boleh berpusing laju, rasa tidak puas hati pula jadinya.
Sebelum anda terfikir untuk gantikan yang baharu, lebih baik buatkan diy mudahnya untuk pastikan kipas tersebut doleh berfungsi sempurna.
Hari ni tukang la sikit sikit. Kipas siling slow so kite tukar kapasitor die.
Peralatan digunakan
Cara-caranya cewah macam kelas memasak:
1. Bukak dulu dekat board kipas dan tengok berapa size capacitor dia pakai.. macam ni kipas Deka gune 2uF
2. Oder shopee / beli kat hardware letrik harga dalam RM2 – RM5
3. Bukak potong yang lama dan tukar yang baru..
4. Jangan risau polarity positif/ negatif.. sebab sama je.. tak kisah mana pun boleh
5. Settle kipas anda kembali laju pusing macam helikopter
Capacitor yang hitam tu..
Yang putih tu LED driver.. tukar sekali sebab lampu jadik kelip kelip macam pusat kabaret..
Sumber : Khairul Razib via Tukang Apa Hari Ini
ARTIKEL MENARIK : Hempedu Bumi Juga Bagus Rawat Masalah Kulit. Buatkan Seperti Saintis Ni Ajar
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club