Musim perayaan ini, boleh potong ‘mood’ kalau ada yang datang bertandang tiba-tiba berpeluh sakan kerana kipas siling tidak berfungsi dengan baik.
Terus hilang rasa nak berborak, tetamu tidak selesa, kita sebagai tuan rumah pun jadi serba salah.
Namun, masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh kita. Ramai yang ‘terkena’! Acapkali kipas silling ditukar, tapi tak sampai setahun, masalah yang sama akan berlaku. Terbang lagi RM 400 untuk beli yang baru.
Tapi kini anda tidak perlu risau lagi sebab seorang pemuda telah kongsikan cara untuk anda baiki sendiri kipas ini dengan hanya kos RM5 sahaja. Tak sampai 20 minit, kipas ini siap diperbaiki malah hasilnya seperti membeli kipas baru.
Jadi, jom lihat cara untuk baiki kipas siling ini yang diajarkan oleh Azfar Ahmad ini. Beliau menunjukkan cara untuk membaikinya dengan memerlukan beberapa bahan sahaja didalam posting twitter beliau.
Cara Untuk Baiki Kipas Siling Yang Slow Kembali Menjadi Laju Seperti Kipas Baharu
“Kipas siling slow? Baru pakai 5 tahun, tak kan nak kena tukar kipas baru. Kipas dulu elok je 10 tahun guna takde masalah. Nak tak aku ajar cara repair sendiri ? kos rm5 je, dr beli kipas baru kena RM400. “
Kipas slow sebab kapasitor
Kipas ni kalau slow kebiasaanya disebabkan capacitor. Ni antara capacitor yg selalu digunakan. Apa beza dua ni? Biasanya capacitor belah kanan ni untuk kipas yang pakai remote control, yang kiri pulak jenis kipas lama yg suis speed control melekat kat dinding.
Ads
Capacitor ni senang je korang nak beli, harga sebijik biasanya tak lebih rm5. Capacitor ni banyak jenis, korang nak senang pi beli kat hardware bagitau je model dan brand kipas. Lagi mudah korang ambk gambar kipas tu tunjuk ke tokey. Nak cari kat shoppe pon ada, tapi kena pandai cari.
Kenapa kena pandai cari?
Capacitor ni banyak jenis, kang salah beli tak jalan pulak kipas tu. Nak beli capacitor ni kena tau dua benda, uF ( micro farad ) dan v ( voltage ). Jadi korang kena tau berapa nilai uF dan v capacitor kipas korang, dan cari value yang sama.
Dah beli capacitor, macam mana pulak nak tukar?
Kalau kipas aku capacitor dia melekat kat board. So korang kena solder je part mana yang nak tukar.
Ads
Macam aku kata awal tadi, kipas jenis lama selalunya pakai capacitor jenis ni. So kalau jenis ni nak mudah korang beli siap connector wire macam gmbr kanan ni. Potong wire capacitor lama tu dan sambung je guna connector ni.
Cara Untuk Baiki Kipas Siling Agar Kembali Menjadi Laju
Aku terangkan sikit mcm mana nak buka kipas jenis ni. korang pusing je casing ni arah lawan jam. Nanti dah buka casing tu akan nampak ada 3 skru, dan buka.
Ads
Bila dah buka skru tu, baru korang jumpa board. Sebelum korang buka board ni, pastikan cabut dulu wire connector. Lepastu apa lagi, korang boleh tukar capacitor baru macam aku bagutau tadi. Mudah kan?
Aku buat tadi kejap je, tak sampai 20 minit. Jadi daripada korang beli kipas baru terus, why not cuba tukar capacitor dlu. Tidak perlu untuk baiki kipas siling lagi lepas ni. Harap korang faham la ya.
Kredit : Azfar Ahmad
kipas siling slow ? baru pakai 5 tahun, tak kan nak kena tukar kipas baru. Kipas dulu elok je 10 tahun guna takde masalah.
Nak tak aku ajar cara repair sendiri ? kos rm5 je, dr beli kipas baru kena rm400. Cukup 100 RT aku buat bebenang😊😜 pic.twitter.com/vbrBIy2Sar
Penonton drama Rindu Kasih yang kini sedang trending lakonan Ummi Nazeera dan Izzue Islam pasti geram dengan watak ibu mentua kepada Salina (Ummi Nazeera) kan?
Pada yang dikurniakan mak mentua yang baik, penyayang dan bertimbang rasa, syukur alhamdullilah. Tapi pada yang direzekikan sebaliknya, anda harus banyak bersabar ya.
Takkan sepanjang masa, kita nak melawan kan? Bagaimana keluarga nak harmoni. Tetaplah bersabar kerana di sebalik kesabaran itu pasti ada hikmahnya.
Sentiasa cuba menjalinkan hubungan yang baik dengan mentua, anda boleh lakukan amalan ini untuk melembutkan hati ibu mentua.
1. Sabar Dan Sentiasa Doa Kepada Allah “Allahumma taqabbal taubatil waghsil haubatii, wa ajib da’watii, wa tsabbit hujjatii, wa saddid lisaanii, wahdi qalbii, waslul sakhiimata shadrii.”
Maksudnya : Ya Allah, terimalah taubatku, hilangkan rasa khawatirku, jawablah doaku, teruskan ucapan benarku, arahkan hatiku kepada hidayah-Mu, dan lenyapkan kedengkian yang menyelubungi dadaku.
3. Doa Agar DiKurniakan Rasa Cinta Dan Kasih Di Hati Mentua
Allahumma inni as aluka, bi haibati adhamatika, wabi sathwati jalaalika an taj’ala mahabbatii fii Qalbii (sebutkan nama mertua), wa alqil mahabbata wal mawad data fii Qalbihi wa aththifhu, alayya bi fadhlika Yaa Kariim.
Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu, berkah wibawa keagungan-Mu dan amukan keluhuran-Mu, agar Engkau jadikan kecintaan di dalam hati (sebutkan nama mertua). Dan resapkanlah kecintaan dan kasih sayang terhadapku di dalam hatinya. Dan cenderungkan ia padaku lewat anugerah-Mu, wahai Dzat yang Maha Mulia.
4. Tawakal Allaahumma innaka antal azizul kabir. Wa anaa abduka adhdhoiifudzdzaliil. Alladzii laa haula wa laa quwwata illaa bika. Allaahumma sakhkhir lii…(sebutkan nama mertua) kama sakhkhorta firauna li musa. Wa layyin li qolbahuu kama layyantalhadiida li dawuda. Fa innahu la yantiqu illa bi idznika. Nashiyatuhuu fii qobdhatika. Wa qolbuhuu fi yadiKka. Jalla tsanau wajhik. ya arkhamar rakhimiin.
Maksudnya : Ya Allah, sungguh Engkau Maha Mulia Maha Besar. Sedangkan aku hamba-Mu yang sangat hina dina. Tiada upaya dan kekuatan keculi karena Engkau. Ya Allah, tundukkanlah… (sebutkan nama mertua) padaku, sebagaimana Engkau telah menundukkan Fir’aun pada Musa AS. Dan luluhkan hatinya untukku, sebagaimana Engkau telah meluluhkan besi untuk Daud AD. Karena sungguh dia takkan berbicara kecuali dengan izin-Mu. Ubu-ubunnya dalam genggaman-Mu, dan hatinya di tangan-Mu. Pujian wajah-Mu telah Agung, wahai yang lebih sayang para penyayang.
Semoga dengan mengamalkan doa-doa ini, hubungan anda dan juga mentua bertambah baik. Insya Allah
Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki memukul kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) yang juga merupakan anak kepada teman wanitanya sehingga mati. Lebih kejam apabila suspek kemudian membungkus mayat mangsa ke dalam guni sebelum dibuang di kawasan semak di Kampung Kranji, Sarawak.
Tindakan tidak berperikemanusiaan suspek terbongkar selepas ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan anak bongsunya pada 21 Disember lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Poge Nyaon, bertindak atas laporan tersebut, pihaknya melakukan penahanan terhadap suspek yang berusia 35 tahun.
Semasa soal siasat, suspek mengaku telah memukul kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun itu sehingga mati dan membuang mayatnya di kawasan semak. Suspek dipercayai membunuh mangsa kira-kira lima hari sebelum laporan polis dibuat.
Pihak polis dipandu oleh suspek menunjukkan tempat dia membuang mayat mangsa yang dibungkus di dalam guni. Ibu mangsa yang berusia 34 tahun telah dibawa ke lokasi mayat dibuang dan mengesahkan bahawa itu adalah anaknya berdasarkan pakaian dan anak patung yang dipegang oleh mangsa.
Polis turut menerima laporan awal daripada orang awam mengatakan seorang wanita bersama anak perempuan sulungnya takut untuk pulang ke rumah kerana telah dipukul oleh teman lelakinya.
Menurut sumber, mayat mangsa telah dibawa Hospital Umum Sarawak di Kuching untuk dibedah siasat. Ibu mangsa turut ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Seperti kebiasaan, setiap kali hujung tahun ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga. Lebih-lebih lagi, waktu ini bertembung dengan cuti persekolahan dan ramai di antara ibu bapa mahu menghabiskan cuti tahunan.
Pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari mengakui pengalaman bercuti kali ini berbeza dari sebelumnya kerana pada percutian kali ini, dia dan isterinya Scha Al Yahya menjaga anak sendiri tatkala bercuti di luar negara tanpa pengasuh merupakan pengalaman mencabar.
Namun begitu, Awal berkata hubungan dia dengan anak-anak menjadi lebih dekat pada percutian kali ini kerana semuanya mengenai anak-anak mereka uruskan sendiri.
Baru Tahu Peel Anak-anak
Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari memuat naik satu hantaran di Instagram yang memperlihatkan dirinya bersama kedua cahaya matanya ketika berada di luar negara. Jelas Awal, berada jauh tanpa pengasuh telah banyak mengajarnya tentang erti kesabaran selain mendekatkannya dengan anak-anak.
Baru tau ‘peel’ anak-anak kita, macam mana nak jaga ‘mood’ mereka, nak pastikan semua terjaga dan yang penting sekali, untuk letakkan mereka sebagai keutamaan berbanding keperluan sendiri.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 41 tahun ini menyatakan sebenarnya banyak tempat yang ingin diterokainya dan juga restoran yang ingin dikunjungi, namun tidak dapat dilakukannya kali ini akibat keadaan yang tidak menginzinkan.
Tetapi kami tak merungut, malah saya berasa lebih dekat dengan anak-anak kerana sebelum ini tidak pernah merasai pengalaman sebegini.
Lebih Peka
Di samping itu, Awal juga menjelaskan perkara penting yang dipelajarinya adalah memastikan bekalan susu anak-anak mencukupi, air panas, jaket, sarung tangan dan topi untuk memastikan kedua puterinya itu nyaman.
Yang penting bekalan susu cukup, air panas ada, cucut dengan blankie tite ada, gloves, jaket dan topi ada untuk bagi mereka kekal panas. Lampin and tisu bayi jangan lupa. Sentiasa simpan 5 dalam bag, sebab sejuk lampin cepat basah.
Sekadar info, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata, Lara Alana, 8 tahun , dan Lila Amina, 1 tahun setengah.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...