Melihat senario ketika ini, berlakunya perubahan persekitaran gaya kerja ‘Work From Home’ dan corak pembelajaran anak-anak dilakukan secara online. Ini menjadi suatu pengalaman baharu buat anak-anak kita dan hakikatnya inilah saat terpenting untuk ibu bapa mengambil peluang mengajar anak-anak bagi membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran sepanjang berada di rumah. Memandangkan sebelum ini mungkin ada ibu bapa yang sibuk rutin hariannya dan menyebabkan agak terbatas masa yang ada untuk melihat satu persatu tugasan sekolah anak-anak.
Merujuk kajian HP The New Asian Learning Experience 2019 (NALE) yang dibuat oleh HP Malaysia, 56.5% ibu bapa hari ini percaya bahawa bahan bercetak mempunyai kesan positif terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Ibu bapa juga percaya bahawa gabungan bahan bercetak dan pembelajaran digital dapat meningkatkan pemahaman subjek matematik dengan lebih baik.
Apa yang pasti, adanya printer di rumah bukan lagi dilihat sebagai satu pilihan, tetapi ianya menjadi alatan terpenting untuk digunakan bukan sahaja boleh memenuhi keperluan anak-anak bersekolah malah untuk kegunaan seisi rumah.
Ads
Selain buku teks atau pembelajaran dari ‘zoom’, ada pelbagai pembelajaran interaktif yang boleh digunakan bersama HP Home printer anda.
Apa kata anda sekeluarga turut serta di dalam pertandingan yang dianjurkan oleh HP Malaysia iaitu HP Little Makers Challenge. Melalui cabaran yang diberikan secara tidak langsung memperkenalkan anak-anak berkenaan pembelajaran sejak usia kecil lagi dengan menggabungkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik menjadi aktiviti yang dapat dicetak dan cukup menyeronokkan untuk dilakukan bersama-sama.
Ads
Dengan menyertai HP Little Makers, ia secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk menerokai corak pembelajaran alaf baharu. Ini seiring dengan hashtag kempen ini #HPMY #HPLittleMakers #ReinventingLearning yang bertujuan mencipta semula kegembiraan ketika belajar melalui pembelajaran bahan bercetak.
Jadi tunggu apa lagi, ayuh sertainya untuk anda sekeluarga berpeluang menang hadiah dan baucer bernilai lebih dari RM30,000! Peraduan berakhir pada 7 Mei dan untuk keterangan lanjut sila layari https://www.hpmalaysia.com/littlemakers/
Manakala buat anda yang tercari-cari printer terbaik buat masa kini, HP DeskJet Advantage Ultra 4729 adalah pilihan yang tepat!
Ads
Terdapat beberapa keistimewaan printer ini antaranya mampu mencetak hingga 1500 helai bagi cetakan dakwat hitam dan boleh dihubungkan antara telefon pintar atau pun tablet melalui aplikasi HP Smart Apps. Selain itu, Ink cartridge tidak mahal harganya bahkan printer ini juga bersifat borderless printing, di mana fungsi ini membolehkan anda mencetak data dengan membesarkan ukuran sehingga lebih luas sedikit daripada margin kertas.
Tiada kata-kata yang mampu diucapkan sebagai tanda gembira dan syukurnya seorang ayah dan ibu apabila melihat anak yang dahulunya berlajar di bangku sekolah kini sudah dewasa dan layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi hasil usaha penat lelah selama ini.
Nyata, hasrat dan impian untuk melihat anak berjaya menggenggam segulung ijazah sudah berada di depan mata.
Apatah lagi soal kewangan bukanlah menjadi batu penghalang untuk menggapai impian. Ini bila mana semua antara kita maklum dengan adanya Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN dapat memastikan tidak ada anak-anak kita yang tercicir untuk meneruskan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Usaha kerajaan ini cukup disyukuri dan sekali gus membuatkan ibu ayah mampu berlapang dada dalam memenuhi hasrat anak-anaknya untuk menyambung pelajaran hingga ke menara gading tanpa sebarang masalah yang menghalang.
PTPTN Mudahkan Pelajar Melangkah ke Universiti
Semenjak penubuhan PTPTN pada tahun 1997 sehingga 30 November 2021, pinjaman pendidikan yang disediakan oleh PTPTN telah memberikan manfaat kepada lebih 3.62 juta peminjam melibatkan pengeluaran pinjaman sebanyak RM65.42 bilion.
Secara umumnya, pinjaman pendidikan yang dikeluarkan kepada setiap peminjam PTPTN adalah bertujuan untuk membantu pelajar membayar yuran pengajian serta sebahagian daripada kos sara hidup pelajar.
Namun begitu, PTPTN tidak mahu dilihat sebagai pemberi pinjaman dan pengutip hutang semata-mata tetapi sebaliknya dilihat sebagai TABUNG PENDIDIKAN untuk rakyat Malaysia melalui pembudayaan penabungan dalam Simpan SSPN.
Sebagaimana Lembaga Tabung Haji dilihat sebagai tempat menyimpan untuk persediaan mengerjakan haji dan KWSP dilihat untuk simpanan bagi tujuan persediaan apabila telah bersara, maka PTPTN pula akan dikenali sebagai institusi TABUNG PENDIDIKAN sebagai tempat untuk memulakan simpanan bagi persediaan untuk membiayai pendidikan tinggi anak-anak.
Tidak Membebankan Peminjam
Baru-baru ini peminjam PTPTN diberi perkhabaran gembira melalui Pembentangan Belanjawan 2022 apabila adanya insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN itu diberikan bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022 melibatkan tiga kategori :
i) Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
ii) Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran
Cara untuk dapatkan insentif ini di mana peminjam perlulah mendapatkan pengesahan baki hutang melalui portal rasmi PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN terlebih dahulu.
Setelah mendapat pengesahan baki, barulah anda boleh melihat sama ada anda ingin merebut diskaun 15% atau 12% .
Untuk lebih jelas, di sini dikongsikan contoh pengiraan diskaun 12% berasaskan kepada jumlah bayaran balik sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dengan sekali bayaran.
iii) Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus (direct debit) mengikut jadual.
Di bawah ini merupakan contoh pengiraan diskaun 10% dan perlu difahamkan bahawa diskaun yang diberikan ini tidak akan mengurangkan ansuran bulanan tetapi ia mengurangkan baki keseluruhan hutang peminjam.
Kesemua insentif diskaun akan dikemaskini dalam akaun peminjam pada akhir setiap bulan dan peminjam boleh membuat semakan penyata masing-masing mulai 7 haribulan pada bulan berikutnya.
Bank Islam Malaysia Berhad dengan kerjasama PTPTN turut menganjurkan Kempen Pay & Win with DD (DirectDebit). Kempen ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 untuk 41 orang pemenang. Kempen Pay & Win with DD ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman melalui saluran DirectDebit. Tempoh kempen adalah selama tiga (3) bulan mulai 1 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022.
Perlu Tahu
Selain itu peminjam yang membuat penyelesaian hutang melalui pelbagai saluran bayaran yang disediakan oleh PTPTN seperti KWSP dan bank juga layak untuk menikmati insentif diskaun 15% dan 12% tersebut sekiranya bayaran penyelesaian hutang pinjaman diterima oleh PTPTN dalam bulan yang sama. Peminjam dinasihatkan untuk membuat bayaran selewat-lewatnya 27 hari bulan setiap bulan.
Manakala peminjam yang hanya mempunyai hutang Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) juga layak mendapatkan diskaun 12% sekiranya membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang WPP dalam bulan yang sama sahaja dan layak mendapatkan diskaun 15% sekiranya menyelesaikan keseluruhan hutang WPP tersebut dalam bulan yang sama.
Bagi peminjam yang mempunyai lebih daripada satu pinjaman seperti pinjaman Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dan hanya ingin membuat penyelesaian hutang salah satu daripada peringkat pengajian tersebut sahaja, insentif ini tidak terpakai bagi situasi demikian.
Pemberian diskaun kepada peminjam hanya yang menyelesaikan keseluruhan baki hutang pinjaman iaitu pinjaman Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. Ini bermaksud, pengiraan diskaun 15% adalah berasaskan keseluruhan baki hutang pinjaman.
Oleh itu, rebutlah diskaun yang diberikan dalam tempoh tersebut untuk anda lunaskan baki pinjaman. Jika tidak pada masa ini, bila lagi?
Tindakan anda hari ini akan dapat memastikan dana yang ada dimanfaatkan kepada generasi akan datang dan sekali gus memberi peluang dan ruang untuk mereka melanjutkan pelajaran tanpa terhalang atas faktor kewangan.
Pastinya banyak lagi yang anda ingin ketahui berkenaan tabungan dan pendidikan anak-anak. Ini penting agar kita sebagai ibu bapa dapat memberikan yang terbaik untuk mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa ada halangan terutamanya hal berkaitan kewangan.
Jadi jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dengan mendaftar di dalam program webinar KeluargaTalk yang akan datang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki 10 sekeluarga dengan treler itu telah menjadikan Muhammad Haziq, 9, yatim piatu sekelip mata apabila kedua ibu bapa serta adik perempuannya, Mohd Zairul Mat Isa, 34; Nuratiqah Abd Hamid, 30, dan Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4, terkorban.
Muhammad Haziq yang terselamat dalam kejadian itu mengalami patah tangan kanan dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Sementara itu, Mohd Zakri Mat Isa, 37, bapa saudara kepada Muhammad Haziq berkata, dia bertemu dengan anak saudaranya itu sekitar jam 5 pagi tadi untuk memantau keadaannya.
"Pak Lang, sekarang ni Haziq seorang sahaja ke yang hidup?" Pertanyaan itu meruntun hati Mohd Zakri.
Menurutnya lagi, anak saudaranya itu sempat bertanya keadaan nenek, ayah, mak dan adiknya sebaik dia sedar.
"Haziq ni memang petah budaknya, dia cerita yang ketika kejadian dia tidur dan sedar-sedar dah ada di hospital. Seolah-olah tahu akan kejadian yang berlaku ke atas keluarganya, dia bertanya adakah hanya tinggal dia seorang sahaja yang hidup," katanya yang mengakui tidak sampai hati untuk menceritakan perihal sebenar kejadian itu.
"Memang saya tak sampai hati nak beritahu mak ayahnya sudah tiada, tetapi dia beritahu yang dia dah tahu selepas diberitahu sendiri oleh ibu saudaranya," katanya.
Pasangan Mohd Zairul yang bekerja sebagai peniaga dan Nuratiqah baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 3 Ogos lalu.
Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mereka yang maut adalah Mohd Zairul Mat Isa, 34; Isterinya, Nuratiqah Abd Hamid, 30 dan anak bongsu, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4.
Turut terkorban ibu Mohd Zairul, Fatimah Mat Isa, 68, dan supupu, Zulkifli Shuib, 49, isterinya, Hasliza Mahmud, 40 serta anak mereka, Mohd Alif Firdaus, 3.
Selain Muhammad Haziq, turut terselamat adalah dua beradik iaitu anak kepada Hasliza, Firash Mikhael Azrie Syah, 11, dan abangnya yang dikenali sebagai
Apit berusia 16 tahun, mereka masih ditempatkan di zon merah HRPB akibat cedera parah.
Pemandu treler berusia 32 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketika kejadian, MPV yang membawa dua keluarga itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Badlishah, Mukim Terap, Serdang, Kedah selepas bercuti di Pulau Pangkor dan Cameron Highlands sejak Ahad lalu.
Zaman sekarang, semua orang sibuk. Ibu ayah kerja siang malam, anak-anak pula asyik dengan gajet dan TikTok. Kadang-kadang, walaupun duduk serumah—masing-masing ‘hilang’ dalam dunia sendiri. Tapi percayalah, satu aktiviti yang nampak simple macam menonton filem bersama boleh jadi ‘magik’ dalam mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan.
Filem bukan sekadar hiburan. Ia cerminkan kehidupan, penuh emosi, dan ada cerita yang boleh menyentuh jiwa. Bila satu keluarga tonton filem yang sama, mereka bukan saja kongsi popcorn, tapi juga emosi, gelak tawa, dan kadang-kadang air mata.
Lepas tengok filem, biasanya akan ada perbualan spontan—tentang watak, jalan cerita atau perasaan. Dari situ, timbul komunikasi yang lebih jujur dan santai. Tanpa paksaan, tanpa rasa kaku. Anak-anak yang biasanya pendiam pun kadang-kadang terbuka nak kongsi pandangan.
Filem yang bagus bantu kita faham perasaan orang lain. Anak mula faham kenapa ibu bapa risau. Ibu bapa pula lebih peka dengan tekanan yang anak hadapi. Semua ini berlaku secara halus—melalui cerita dan watak yang relatable.
Tahun 2025 menyaksikan kemunculan semula ikon tempatan kesayangan ramai—Keluang Man, kali ini dalam versi filem live-action yang penuh emosi dan nilai.
Filem ini bukan hanya kisah Borhan sebagai adiwira dari Tampoi, tapi juga kisah seorang anak, yang walau dianggap pelik oleh masyarakat, tetap mahu membanggakan keluarganya.
Melalui perjalanan hidup Borhan, kita melihat bagaimana kenangan dengan ibu, dan hubungan yang renggang dengan ayah membentuk siapa dia hari ini. Filem ini membuka mata kita tentang pentingnya kasih sayang, walaupun dalam bentuk memori atau penyesalan.
Walaupun filem ini ada unsur gelap dan serius, ia tetap sesuai untuk ditonton bersama keluarga. Ia memberi ruang untuk ibu bapa dan anak-anak berbincang tentang isu seperti kesihatan mental, tekanan emosi, dan kepentingan sokongan dalam keluarga.
Kadang-kadang kita fikir nak rapatkan keluarga kena buat benda besar. Hakikatnya, menonton filem bersama pun boleh jadi ruang paling berharga untuk kita saling memahami dan menyokong.
Pada Jumaat minggu lepas, skuad Keluang Man The Movie bikin kecoh di pusat pelancongan Kuala Lumpur sempena meraikan minggu pertama tayangan filem ini.
Bertempat di Bukit Bintang, mencuri perhatian ramai dengan kehadiran Keluang Man di sana. Ramai peminat tidak melepaskan peluang untuk merakam foto dan video bersama adiwira hebat itu.
Kalau nak mula dengan satu filem yang menyentuh hati serta padat dengan nilai keluarga, maka Keluang Man adalah pilihan yang tepat.
Tonton bersama, rasai bersama, dan jadikan ia permulaan baru untuk hubungan keluarga yang lebih kuat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di