“Kini Gelaran Baru Papa Dada Ayah Daddy Pokmu.” 7 Tahun Menanti, Danny X Faktor Kini Bergelar Ayah.

Share

Penantian 7 tahun untuk menimang cahaya mata sendiri akhirnya dimakbulkan Tuhan. Penyanyi dan juga pelakon, Danny X-Faktor kini bergelar ayah selepas isterinya, Zaidatul Norfazlin Zakaria atau Lyn selamat melahirkan anak sulung mereka.

Dalam satu perkongsian di laman instagram, isteri Danny selamat melahirkan anak lelaki sulung pagi semalam.

Sebelum itu, Danny memuat naik satu gambar isterinya yang ditahan di wad sambil meminta semua mendoakan semoga isteri dan anaknya selamat.

 

“Inilah anugerah yang paling dinanti-nantikan oleh saya dan isteri selepas tujuh tahun berkahwin. Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pasti menantikan saat dikurniakan rezeki zuriat. Begitu juga dengan saya dan isteri,”ujar Danny lagi.

Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa, 38, berkata dia berasa bersyukur atas kurniaan Allah kali kedua selepas isterinya pernah mengalami keguguran sebelum ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur pada Allah. Saya anggap seperti anugerah Allah yang sudah lama dinanti-nantikan. Sebenarnya, isteri saya pernah hamil  namun mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki tiga minggu,” katanya.

 

Sumber: ig danianwa