Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, adik Ziyad meraih perhatian netizen apabila berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran pada usianya yang cukup muda di sebuah Akademi Al-Quran Akmal.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Hafiz cilik yang dikenali sebagai Ziyad itu dikhabarkan mula menghafal Al-Quran sejak berusia tiga tahun lagi.
Kejayaan besarnya itu membuatkan rata-rata netizen kagum dan sebak dengan kejayaannya seawal usia 10 tahun.
Ads
“Adik Ziyad bukan nama asing dalam kalangan kami. Waktu usianya masih bayi, dia pernah viral dan digelar sebagai Hafiz Cilik.
“Sejak kecil lagi, dia dah mula menghafal surah-surah lazim.
“Umur baru 3 ke 4 tahun dia dah boleh baca dan hafal beberapa surah dengan lancar.
Ads
“Pada umur 9 tahun, Ziyad masuk akademi ini dengan satu niat besar iaitu untuk khatam 30 juzuk dalam masa setahun,” kongsinya menerusi video tersebut.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencemburui kejayaan Ziyad yang bergelar Hafiz Al-Quran seawal usianya 10 tahun.
Didikan ibu bapa adik Ziyad juga turut dipuji kerana berjaya mendidik insan hebat ini sejak kecil dengan disiplin hingga memperoleh kejayaan besar buat dirinya. Hebat!
Sumber: TikTok @danialhussin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengacara dan pelawak terkenal, Jihan Muse, selamat melahirkan anak ketiganya pada 15 Januari lalu di sebuah pusat perubatan di Shah Alam. Perkhabaran gembira ini dikongsikan oleh suaminya, Ungku Hariz, menerusi laman Instagram, mencuri perhatian ramai.
Pasangan ini menamakan bayi mereka sebagai Ungku Attufayl Adl, mengambil inspirasi daripada nama seorang sahabat Rasulullah SAW, At-Tufayl ibn Amr.
Selain itu, mereka turut mengekalkan tradisi memberi nama yang mengandungi Asmaul Husna, di mana kali ini mereka memilih ‘Adl’ yang membawa maksud keadilan.
Untuk rekod, Jihan dan Ungku Hariz telah mendirikan rumah tangga sejak 2016 dan kini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki. Anak sulung mereka, Ungku Arsalan Haq kini berusia 7 tahun, manakala anak kedua, Ungku Altamis Barr, berusia 3 tahun.
Sebelum ini, Jihan sempat berkongsi bahawa beliau berharap untuk menimang cahaya mata perempuan bagi melengkapkan keluarga mereka. Namun, mereka tetap bersyukur dengan kehadiran seorang lagi ‘hero’ dalam keluarga kecil mereka.
Tujuh nyawa melayang, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, malam tadi.
Sebagaimana memerik laporan sinar harian, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, insiden pada jam 8.40 malam itu melibatkan sebuah bas ekspres, lori foton, treler, Toyota Estima, dan Perodua Bezza.
Siasatan awal mendapati sebuah lori dan bas, masing-masing dipandu lelaki berusia 31 dan 56 tahun, dalam perjalanan dari utara ke selatan. Namun, tayar hadapan kanan lori tersebut tercabut, menyebabkan ia bergolek ke tengah lebuh raya dan mencetuskan tragedi ngeri itu.
Mangsa yang terkorban dalam nahas tragis kira-kira jam 8.30 malam itu adalah pemandu dan penumpang MPV, Khairul Izwan Mazupi, 32; isterinya, Fadzlenna Ramli, 32; anak bongsu mereka, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2; bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66; serta pemandu bas pelancong, Noorisnien Khamid, 56, dan seorang penumpang bas yang identitinya masih belum dikenal pasti.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, siasatan awal mendapati kemalangan itu membabitkan lori Foton dan bas pelancong jenis Hino yang membawa 27 penumpang, kedua-duanya bergerak dari arah utara ke selatan. Sementara itu, MPV, treler Nissan, dan Perodua Bezza pula dalam perjalanan ke arah utara.
Insiden bermula apabila tayar hadapan sebelah kanan lori Foton yang dipandu lelaki berusia 31 tahun tercabut, menyebabkan ia tergolek di lorong tengah lebuh raya dan mencetuskan kemalangan tersebut.
Katanya, bagaimanapun bas pelancongan yang tiba di tempat kejadian telah terlanggar tayar tersebut lalu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.
“Semasa bas itu terbabas ke lorong bertentangan, ia telah berlanggar dengan sebuah treler dipandu lelaki berusia 27 tahun yang dinaiki bersama kelindan berusia 16 tahun,” ujarnya
Bagaimanapun jelasnya lagi, pelanggaran itu menyebabkan treler terbabas ke lorong kiri jalan dan melanggar penghadang jalan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Bezza dan Toyota Estima.
DAGTAR SEGERA TEMPAT TERHAD: Link: https://kliik.je/product-details/135?title=parenting-summit
Akibat kemalangan itu, kelima-lima mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital Melaka dan Alor Gajah untuk menerima rawatan lanjut.
Katanya, dua lagi anak pasangan itu, Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan, 4, dirawat di zon kuning Hospital Melaka dan Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dirawat di zon merah hospital yang sama.
Ujarnya, punca kemalangan disebabkan bas pelancong terbabit melanggar tayar lori di tengah jalan menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu berlanggar dengan tiga kenderaan lain.
Percutiaan bertukar tragedi. Pilu sebuah keluarga apabila anak tersayang telah meninggal dunia setelah lemas ketika mandi di kolam.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang kanak-kanak lelaki maut akibat lemas semasa mandi kolam di sebuah kediaman di Tasik Residensi Jalan Putra Prima Utama, Puchong, dekat sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, laporan kejadian diterima pihaknya kira-kira jam 2.40 petang daripada pihak Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital.
“Mangsa berusia tujuh tahun dan menetap di Kampung Beserah, Kuantan di Pahang.
“Mangsa bersama keluarga datang bercuti di rumah keluarganya itu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, siasatan mendapati, kira-kira jam 11.30 pagi hari kejadian, mangsa dan ahli keluarganya mandi di kolam renang.
Katanya, namun tanpa pengetahuan ahli keluarga, mangsa telah masuk ke kolam orang dewasa dan lemas di kolam berkenaan.
“Bedah siasat di hospital mengesahkan kematian mangsa disebabkan lemas dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 selain satu kertas siasatan mati mengejut (SDR) juga dibuka dalam insiden ini,” ujarnya.
Tambahnya, orang awam dinasihatkan tidak berkongsi berita tidak benar berkenaan kejadian ini.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.