Mencuci periuk dan kuali jadi aktiviti paling malas kita nak bersihkan. Maklumlah kerja-kerja menyentalnya kena gunakan usaha lebih sedikit berbanding biasa.
Apa lagi kalau waktu kenduri kendara. Kadang-kadang nak sudahkan proses menyental ini boleh ambil masa yang lama dan kena gunakan tenaga yang lebih. Maklumlah sebab nak menyental hingga periuk jadi putih dan berkilat.
Sebenarnya ada banyak cara untuk kilatkan periuk ini paling pantas. Paling penting ianya mujarab dan berkesan mengilatkan periuk yang kita gunakan.
Tip yang dikongsikan oleh Kalaivani Krishnasamy ini memang tip top. Bagaimana? Ikuti langkahnya.
Kepada sis yang nak petua, periuk belanga, perkakas dapur steel, silver, besi bagai dan berkilat, boleh cuba petua ni ye..
Bahan-bahan:
Asam Keping
Periuk atau bekas besar
Ads
Langkahnya:
1. Sediakan periuk atau kuali yang besar. Ikut perkakas rumah yang nak dibersihkan. Kena besar daripada kuali yang kita nak bersihkan.
2. Masukkan air paip dan masukkan asam keping, 6 hingga 7 keping. Tunggu sampai air mendidih.
Ads
3. Nmpak tak ada kesan warna coklat sikit. Jadi nak hilangkan benda ni, masukkan bowl ni dalam air yang sedang mendidih.
4. Biarkan sampai tenggelam dan tunggu dua minit.
Ads
5. Nampak tak warna cawan ni dah bertukar warna.
6. Ambik bowl tadi dan masukkan yang ni pulak. Tunggu 2 minit dan terbalikkan. Angkat dan sental guna sabun basuh pinggan.
7. Inilah hasilnya. Berkilatkan?
Selamat mencuba!
Sumber: Kalaivani Krishnasamy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai yang tahu kerabu tu banyak jenis. Macam kerabu buah, kerabu sayur, kerabu ayam. Yang suka makan kerabu selalunya makan je semua jenis kerabu. Betul tak?
Untuk yang suka makan kaki ayam, menu kerabu kaki ayam boleh jadi penambah atau pencuci mulut. Teksturnya yang lembut dan rasanya yang sedikit masam boleh diratah macam tu je.
Sama juga dengan kaki ayam yang dijadikan sup. Hirup kuah panas-panas sambil ratah kaki ayam memang sedap. Tahu-tahu je dah habis. Kadang-kadang tak sempat nak rasa nikmat tu sebab laju sangat habis.
Jom kita cuba buat resepi guna resepi yang dikongsi oleh RASA.
BAHAN-BAHAN:
10 Kaki ayam
10 tangkai cili padi merah/hijau (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 batang serai (dihiris)
5 biji tomato ceri (dihiris)
2 sudu kecil sos ikan
2 biji limau kasturi
Garam dan gula
CARA PENYEDIAAN:
1. Mula-mula, rebus kaki ayam sampai jadi lembut. Kemudian sejukkan. Bila dah sejuk, tanggalkan isi dari tulang.
2. Masukkan kaki ayam yang telah dibuang tulang dalam besen atau bekas besar. Campurkan semua bahan yang telah dihiris iaitu cili padi, bawang besar, serai, dan tomato ceri. Kemudian gaul.
3. Masukkan sos ikan, perahkan limau kasturi dan perasakan dengan garam serta gula. Gaul lagi sekali.
4. Kalau suka hirup kuah, boleh masukkan sedikit air rebusan kaki ayam tadi. Siap dan boleh dihidang.
Apabila menyentuh soal duit ini, kebanyakan kita ada RM50 dalam dompet pun rasa tak ‘secure’ untuk keluar ke mana-mana. Maklumlah semua urusan melibatkan wang tunai.
Namun sebaliknya seorang lelaki dari negara Jepun, tidak ralat menggunakan baucar untuk kegunaan hariannya.
Lebih mengejutkan selama 36 tahun beliau meneruskan kehidupan tanpa menggunakan wang tunai.
Rupanya apa yang dipraktikkan oleh Kiriya Hiroshi, 71 adalah dengan cara membuat pelaburan saham di ratusan syarikat sejak berusia 35 tahun.
Di pasaran saham Jepun, terdapat sistem di mana pelabur yang telah melabur sejumlah wang tertentu akan dapat pelbagai bentuk baucar sebagai ganjaran. Nilai pasaran saham yang Kiriya Hiroshi ada sekarang adalah 300 juta yen (RM1.2 Juta).
Beliau mempunyai pelaburan dalam lebih 900 syarikat dan syarikat-syarikat itu memberi Kiriya baucar yang banyak setiap tahun.
Kiriya mengumpul baucar yang diperolehnya itu untuk membeli pelbagai keperluan seperti beras, minyak, pakaian, kasut atau makan di restoran.
Keluarga: Inspirasi cara beliau berjimat cermat. Jika di negara kita, kebanyakan baucar diperolehi melalui pembelian barang yang telah mencapai mata ganjaran tertentu. Apa lagi, sekurangnya kita dapat berjimat perbelanjaan barang dapur.
Tiga beradik bergelar doktor: Kisah inspirasi kejayaan. Berbekalkan semangat dan usaha gigih, tiga beradik membuktikan latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan bukan penghalang untuk mengejar impian.
Tiga Beradik Bergelar Doktor: Kisah Inspirasi Kejayaan
Dr Muhammad Haznil Abdul Rahman Raja dan kembarnya, Dr Muhammad Hazril, 30 tahun, serta adik mereka, Dr Hani Hazreen, 29 tahun, kini bergelar doktor dan cemerlang dalam bidang perubatan masing-masing.
Tiga beradik doktor, Dr Muhammad Hazril, Dr Hani Hazreen dan Dr Muhammad Haznil sentiasa bekerjasama dalam bidang kesihatan ketika ditemui di klinik mereka. FOTO Genes Gulitah
Mengubah Nasib Keluarga Melalui Pendidikan
Dr Muhammad Haznil, yang sudah lima tahun dalam bidang perubatan, kini menguruskan Klinik Leela di Jalan Ipoh. Beliau berkongsi bahawa latar belakang keluarga yang sederhana menjadi dorongan kuat untuk mereka adik-beradik belajar bersungguh-sungguh dan mendapat biasiswa.
“Saya memang suka seni lukisan abstrak dan penulisan, tetapi saya sedar bidang perubatan adalah peluang terbaik untuk mengubah nasib keluarga. Walaupun lebih gemar seni, saya suka jadi doktor kerana dapat membantu orang dan melihat pesakit kembali sihat,” katanya.
Sementara itu, kembarnya, Dr Muhammad Hazril bertugas di Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dr Hani Hazreen pula, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik, kini bergelar doktor gigi dan bertugas di sebuah klinik pergigian.
Perjalanan Berbeza, Matlamat Sama
Menurut Dr Muhammad Haznil, walaupun mereka bertiga bergelar doktor, pengalaman dan cabaran mereka berbeza. Beliau pernah bertugas selama dua tahun di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching, dan sering bertukar ilmu dengan kembar serta adiknya.
“Kami sentiasa rujuk satu sama lain dan saling membantu. Saya bersyukur kerana kami bertiga dapat menggunakan ilmu untuk membantu masyarakat dan keluarga,” katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) daripada Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP).
Kembarnya, Dr Muhammad Hazril, turut berkongsi bahawa cita-citanya berubah daripada veterinar kepada bidang perubatan selepas terinspirasi dengan pengalaman semasa kecil ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Mak cik dan pak cik pernah belikan mainan doktor, dan tanpa disangka, kini saya jadi doktor bius. Saya bercita-cita menjadi pakar anestesiologi dan pensyarah suatu hari nanti. Klinik ini adalah langkah awal, dan mungkin kami bertiga akan bekerja bersama suatu hari nanti,” ujarnya.
Tiga beradik buktikan mampu capai kejayaan walaupun bukan dari keluarga senang. FOTO Genes Gulitah
Sokongan dan Inspirasi Keluarga
Dr Hani Hazreen, yang rapat dengan kedua-dua abangnya sejak kecil, mengakui tidak pernah merancang untuk menjadi doktor. Namun, usaha mereka bertiga membuahkan hasil, membuktikan kejayaan boleh dicapai dengan tekad dan kesungguhan.
“Kami bukan daripada keluarga senang. Jadi, menjadi doktor adalah peluang untuk kami membantu masyarakat. Saya bersyukur kerana dua abang saya menjadi mentor, walaupun bidang pengkhususan kami berbeza,” katanya.
Dr Hani Hazreen, lulusan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dari Kolej Universiti Manipal Malaysia (MUCM), juga merancang untuk menjalankan program komuniti bersama abangnya pada masa akan datang.
Inspirasi untuk Generasi Akan Datang
Kisah tiga beradik ini bukan sahaja inspirasi kepada keluarga mereka tetapi juga kepada masyarakat. Kejayaan mereka membuktikan bahawa latar belakang bukanlah halangan jika disertai dengan usaha gigih dan semangat yang tidak berbelah bahagi.
Dengan kerjaya masing-masing, Dr Muhammad Haznil, Dr Muhammad Hazril, dan Dr Hani Hazreen terus berkhidmat untuk masyarakat dan berharap dapat bekerjasama dalam projek yang lebih besar pada masa hadapan.
Semoga kejayaan mereka menjadi motivasi kepada generasi muda untuk berani bermimpi dan bekerja keras untuk mencapainya.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...