Menggunakan cermin muka yang nampak berhabuk atau tidak berkilat memang tidak puas mata memandang wajah.
Andai sekadar disapu begitu sahaja habuk atau kesan kotoran tersebur, cermin tidak kelihatan berkilat dan nampak kusam.
Jadi untuk kesan yang lebih puas hati, ada baiknya anda praktikkan petua orang dulu-dulu dalam membersihkan cermin.
Memang tidak dinafikan, kesannya memang padu. Berkilat seperti baharu!
Umpamanya anda boleh gunakan bedak talkum. Dengan cara basahkan surat khabar kemudian taburkan bedak talkum ke atasnya.
Setelah itu gunakan surat khabar tersebut untuk mengelap permukaan cermin yang kotor secara sehala.
Selain itu anda juga boleh menggunakan ubat gigi dengan cara meletakkan secara sapuan nipis mata permukaan cermin dan kemudian biarkan 15 minit sebelum dibersihkan menggunakan kain lembab.
Cuka juga boleh digunakan untuk tujuan mengilatkan cermin. Caranya isikan bekas penyembur dengan air dan sedikit cuka. Sembur pada permukaan cermin dan kemudian lap dengan kain yang jenis tidak berbulu atau boleh juga digunakan kertas untuk lap cermin tersebut.
Menurut Rosie Zam, ada cara mudah untuk bersihkan cermin tingkap tanpa perlu guna bahan kimia pun. Nah ini caranya yang dikongsikan oleh Rosie Zam
.1. Ambil surat khabar lama.
2. Celupkan dalam air.
3. Ramas-ramas kemudian perahkan airnya sedikit.
4. Lapkan pada cermin tingkap.
5. Selepas itu laplah dengan kain kering.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club