
Tahniah diucapkan buat pempengaruh dan usahawan berjaya, Kieda yang mengesahkan dirinya kini hamil anak ketiga selepas hamper lima tahun menunggu.
Menerusi rakaman sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Kieda memberitahu dia sudah melakukan ujian kehamilan dan hasilnya ternyata positif.
“Kieda positif mengandung. Mengandung tetap mengandung. Perjuangan tour dan kedai tetap diteruskan.
“Lima tahun tunggu,” kongsinya menerusi video itu.
Tambah Kieda lagi menerusi kapsyennya, dia juga terasa seakan bermimpi bila impiannya dan suami untuk menambah zuriat mereka akhirnya dimakbulkan Allah.
“Minta doakan yang baik baik. Allahuakhbar macam mimpi,” tulisnya di kapsyen.
Usahawan crepe yang cukup terkenal ini juga sempat membuat kejutan buat suaminya bagi berkongsi khabar gembira itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Kieda dan suami malah mendoakan segala urusan Kieda sepanjang tempoh mengandung dan bersalin nanti dipermudahkan oleh Allah.
@kiedacrepepenang Kalau laa abah ada …. 😭 Minta doakan yang baik baik. Allahuakhbar macam mimpi…… @AMY KIEDA MERCHANDISE @KiedaCrepeHouse ♬ original sound – トワン・カシャ🇲🇾
Menarik: Saling Tukar Shift Jaga Anak, Kamal Adli Bangga Sifat Keibuan Uqasha!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Rupanya Nak Dapatkan Taugeh Gemuk-Gemuk Dan Elok Guna Cara, Hari Ke-3 Dah Dapat Hasil, Memang Menjadi!

Ramai yang ingin nak tanam taugeh ini paling mudah. Memang tidak dinafikan mudah untuk tanam tetapi untuk dapat hasil yang gemuk-gemuk dan elok ada beberapa tip yang kena tahu.
Nak tahu caranya, ikuti perkongsian wanita ini.
Sebelum ini buat taugeh mesti tak memuas kan hati . Menjadi tapi kurus dan bila masak kepala taugeh rasa lain (masih rasa kekacang )tak macam beli kat pasar . Nak gak cuba buat macam yang jual kat pasar . Gemuk cantik je.
Bacaan lanjut: Resipi Puding Coklat Hanya Guna Tiga Bahan Aje, Biskut, Susu Pekat Dan Telur. Sangat Mudah!
Tanam Taugeh Tapi Kurus
Sedikit pembacaan di google maka akhir nya Alhamdulillah puas hati hasil n rasanya walaupon tak semontel yg di jual … klau nk lbih montel bole beli Hormon Santoso.. tp rasanya guna cara ni tanpa hormon tu pon dah ckup puashati .. cukup2lh dah bnyk sangt ubat2an masuk dlm badan kita
Cara-cara nya bole tengok kat gambar
Bahan:
Bekas plastik/ botol/ penapis
Air suam
Tisu/kain
1.Rendam kacang hijau dengan air suam semalaman..
2. Sy guna bekas plastik mknn je.. buat lubang2..sy guna 2 bekas plastik … yg sy lubangkn tu bekasnya kene rendah dr bekas plastik lg 1 … ikut korang nk guna apa pon .. botol mineral ke kotak ke terpulang.
3. Ni bekas plastik yg sy gunakn .. bekas plastik putih lbih rendah dr bekas hitam
3. Letak tisu yg di basahkn dlam bekas putih .. lepastu letak bekas putih dlm bekas hitam … pastikn bekas putih tergantung dlm bekas hitam .. supaya senng air kluar n jatuh dlm bekas hitam
4. Ni masa hr ke 2 … kene siram 2/3x sehari .. pastikn jngn sampi kacang hijau terendam.
5. Letak kacang hijau yg di rendam semlman dlm bekas plastik yg dah di lapik tisu basah td ..jngn letak kacang sampi penuh .. letak suku/separuh dr bekas shj .. akhir skali tutup kacang tersebut dngn kain / tisu yg di basahkn .. klau guna tisu letak setebal yg bole sbgai pemberat.
6. Ha yg ni ikut kreativiti korang lh nk tutup guna apa.
sy guna periuk je . Senang.. letak kat tempat gelap
7.Ni hasinya hari ke 3
8. Masuk plastik simpn peti sejuk esok2 bole guna
Selamat mencuba!
Sumber: Zulfazdlina Abdullah Lynn
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Abang Rindukan Mommy. Keluarga Kita Semua Kuat, Bersatu, Berkasih Sayang Kerana Ajaranmu, Ibu.” Luahan Anak Pengasas D’nars Jentik Hati Netizen

Isi Kandungan
ToggleRamadan yang lalu, kita dikejutkan dengan berita pemergian arwah pengasas D’nars kosmetik dalam satu kemalangan jalan raya. perginya dalam bulan yang mulia dan sedang membuat kebajikan.
Selain keluarga yang berduka, pemergian arwah nyata turut menjentik hati ramai pihak. Satu persatu kebaikan dan amalan mulia yang dilakukan diceritakan oleh keluarga, sahabat handai, serta pekerja-pekerja bawahan arwah.
Meninggalkan 8 orang anak, arwah Faziani Rohban Ahmad disifatkan seorang yang sangat merendah diri dan sangat suka bersedekah.
Keluarga besar arwah
Arwah sewaktu majlis berbuka puasa bersama anak yatim
Sebelum tragedi tersebut, arwah sempat berpesan supaya urusan pemberian sumbangan kepada anak-anak tahfiz ditingkatkan kuantitinya dan dipercepatkan secepat mungkin.
Malah beliau juga berpeluang bertemu ustaz dan meminta pandangan tentang apa yang perlu dibuat dengan hartanya untuk agar dapat diinfakkan ke jalan Allah.
View this post on InstagramA post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on
Terbaru, anak sulung Faziani menerbitkan satu filem pendek, khas buat arwah ibunya itu. Filem tersebut mengimbas kembali detik awal arwah dalam dunia bisnes. Kisah tersebut telah membuka hati ramai. Menurut Iqbar Hakim, filem pendek ini menceritakan kisah jatuh bangun ibunya dalam membangunkan Dnars.
Filem pendek dari anak arwah
Masih ingat kisah Arwah Pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad?Jom tonton drama kisah benar dari anak beliau Iqbar Hakim..Sediakan tisu sebelum tengok ye..???
Posted by Kelantan State on Sunday, August 4, 2019
Filem pendek yang berdurasi 18 minit untuk nyata menyentuh perasaan netizen-netizen yang melihat. Tayangan tersebut juga telah mempertontonkan lakonan semula Iqbal, adik-adik serta ayahnya dalam menghadapi kehilangan bonda yang tercinta.
“Mommy, abang sedang berjuang, teruskan apa yang mommy bina. Tengoklah abang, walaupun abang mampu lagi nak lihat mommy.
“Abang tahu mommy sudah tersenyum melihat semua ini berjalan dengan lancar. Keluarga kita semua kuat, semua bersatu, semua berkasih-sayang, hanya kerana ajaranmu, ibu.”
Demikian kata-kata Iqbal menerusi filem tersebut yang membuatkan ramai sebak.
Shasha Fieraa Ya Allah prmudahkn urusan iqbal dan ahli kluarganya. Smoga beliau kuat dan tabah. Al fatihah untk arwah mommy. Sumpah sedih, trsentuh hati tngop vedio ni??
Ina Bahari Kita semua punya kisah tersendri…bertabah la hadapi dugaan,walau xsemudah apa yg d ucap,xsemudah seperti yg kita mahukn,namun kita harus kuat untuk org2 kesayangan kita yg masih memerlukn kasih d sayang dr kita,walau xdpt hidup serba mewah,namun tetap bersyukur,pengalaman mengajar erti kehidupan….
Elly Amirulasyraffy Part paling x blh tahan nangis “abang rindu mamy”..???
Syiqin Ruslan Dh 2kli tgk, tetap mengalir air mata ?? sedihnya bila Ibu dh pergikan?semoga Allah pnjangkan usia ibu ku supaya aku dpt bls jasanya walaupun sikit.. ?
Nana Arina YaAllahhh. Sy menangissss. Tersentuh. ??
Sumber: Kelantan State
“Cantiknya Garden Bonda…” Bonda Rozita ‘Healing’ Musim Bunga Di Rumah Agam London

Ceria melihat Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai bonda setelah menjejakkan kaki ke kediaman miliknya di London. Ibu kepada usahawan kosmetik terkenal, Dato Sri Aliff Syukri berkongsi momen saat berada di kediamanya di akaun Tiktok.
Mengemas rumah dan lihat pokok dihalaman rumah sempena musim bunga adalah sebab Bonda berkunjung ke London. Tanpa ditemani keluarga sebaliknya bersama kakitangannya, Bonda seakan ‘healing’ berada di kediamannya.
“Saya suka datang Lodon pada musim bunga kerana waktu ini amat cantik dan suhu yang nyaman.”
Rozita berkata, rumah berkenaan adalah ‘reward’ buat dirinya setelah bekerja sejak muda hingga ke usia tua.
“Rumah ini adalah ‘reward’ untuk diri saya. Saya beli cara hutang. Bukan cash. Saya suka melabur dalam hartanah. Saya ada rumah hutan dan rumah London.”
Keceriaan wajah Rozita terserlah apabila melangkah masuk ke kediamannya yang bersih dan terjaga.
Katanya, rumah itu diuruskan oleh orang yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan kebersihan dalaman dan luaran. Seakan memahami keselamatan rumahnya itu, dia menjelaskan semua pergerakkan di rumah berkenaan dipantaunya menerusi kamera litar tertutup (CCTV).
Sementara itu, Rozita juga berkongsi paparan di bahagian belakang rumahnya yang dipenuhi pokok. Meluahkan rasa gembira melihat banyak pokok sudah berbunga.
Rozita juga berkongsi bahawa kediamannya itu sebelum ini dimiliki seorang arkitek yang berasal di London dan Amerika Syarikat. Lebih menarik halaman yang luas ini dipenuhi bunga-bunga yang cantik, Wow. siapa yang tak ‘healing’ berada di sini! Sambil minum kopi panas di laman melihat kecantikkan Ilahi pasti membuatkan jiwa tenang.
@ibondarozitaibrahim Sy tak ramai kawan ..!! staf saja kawan bonda – susah senang dgn mereka .. julai Ogos lama sy ke mari sbb anak2 cuti . @JRM Holistik Shop @rumah.terapi.alam #bondarozitaibrahim ♬ Una Brisa de Aire – Samuel Tadeu
Terdahulu, rumah agam yang terletak di kota London England ini mempunyai tujuh buah bilik dan halaman yang luas dibeli pada pertengahan tahun lepas.
MESTI TONTON: KISAH KUCING YANG CUTE HINGGA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT SEBUAH KELUARGA
NAK JOINT DAFTAR DI SINI
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my