
Tampil sebagai taman tema yang berbentuk pendidikan, KidZania, Kuala Lumpur terkenal sebagai destinasi pusat pembelajaran dan hiburan tertutup bagi kanak-kanak yang menawarkan pengalaman pembelajaran dan hiburan interaktif!
Taman tema pendidikan yang terkenal KidZania di Petaling Jaya ini menampilkan pelbagai jenis keseronokan pembelajaran dan hiburan yang pertama sekali diperkenalkan di dunia. Ia menyediakan pengalaman pelbagai profesion untuk kanak-kanak termasuk permainan ditaja syarikat berjenama gergasi tempatan dan luar negara.
Ia menjadi aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak mencipta pengalaman sebuah bandar yang disasarkan untuk kanak-kanak yang berusia di antara empat hingga 14 tahun, di mana mereka diberi kebenaran untuk memilih lebih daripada 100 aktiviti daripada 60 ruangan akitiviti.
[Best_Wordpress_Gallery id=”21″]
Berseronok Satu Keluarga Di Karnival UDA 2024, Ada Peluang Menang Proton S70!

Karnival UDA 2024 akan berlangsung selama tiga hari dari 27 hingga 29 September
2024, di Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Dianjurkan oleh UDA Holdings Berhad (UDA), acara ini bertujuan untuk memperkasakan pemilikan hartanah Bumiputera serta memperkenalkan peluang perniagaan kepada usahawan tempatan.
Karnival ini mensasarkan kehadiran sehingga 150,000 pengunjung sepanjang tempoh tiga hari tersebut, dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk menarik minat masyarakat pelbagai lapisan.
Siapa Tahu Ada Rezeki, Boleh Beli Aset Berharga!
UDA menampilkan dua pengisian utama iaitu pameran hartanah dan reruai jualan
usahawan yang mempamerkan pelbagai produk tempatan. Pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai tawaran hartanah istimewa termasuk kempen Jimat Super Deals, yang menawarkan penjimatan hebat kepada pembeli dengan pelbagai insentif menarik seperti guaman percuma untuk S&P dan bayaran pendahuluan rendah.
Wow! Ada Proton S70 Untuk Dimenangi
Untuk memeriahkan lagi karnival, Proton S70 disediakan sebagai hadiah cabutan
bertuah khusus kepada pembeli hartanah UDA yang layak sepanjang kempen berlangsung. Selain pameran, pelbagai aktiviti turut diadakan, termasuk Fiesta Bakat yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara (MSN), seperti pertandingan bola sepak, bola jaring dan memanah.
Selain itu, zon-zon khas seperti Zon Keluarga, Zon Makan Fest, Zon Wanita dan Zon Maskulin menyediakan pelbagai aktiviti dan sesuai untuk semua peringkat umur. Usahawan tempatan daripada pelbagai bidang seperti fesyen dan kecantikan turut serta memeriahkan karnival ini.
Banyak Makanan Sedap, Puas Hati!
Pengunjung juga berpeluang menikmati hidangan pelbagai usahawan makanan, dengan
menawarkan pengalaman unik dalam merasai kepelbagaian masakan tempatan.
Dengan penglibatan pelbagai rakan strategik dan selebriti, Karnival UDA 2024 menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan, selain memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih dekat dengan dunia hartanah dan keusahawanan.
Acara ini bukan sahaja mendekatkan UDA dengan komuniti, tetapi juga mengeratkan hubungan antara pengunjung melalui pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan.
Save the date! Ibu ayah bolehlah bawa anak-anak ke Karnival UDA 2024, pastinya dapat menggamit pelbagai kenangan terindah bersama keluarga tersayang.
Belajar Tanam Cili Di Rumah Secara Atas Talian Bantu Tambah Ilmu & Jana Pendapatan

Dah lama pasang niat nak belajar tanam pokok cili, namun tiada kesempatan. Lebih-lebih lagi pada waktu pandemik ini.
Justeru, page Keluarga dengan kerjasama Cilibangi menganjurkan program belajar tanam cili secara atas talian bagi menambah ilmu tanam pokok cili di rumah.
Program berlangsung dalam medium teams. Seramai 64 orang peserta menyertai aktiviti ini. Saudara Ahmad Fikri Mastor dari Cilibangi menjadi tenaga pengajar dan berkongsi pengalanan serta info berkenaan penanaman cili kepada peserta.
Bagi memeriahkan lagi aktiviti yang berlangsung, pihak Majalah Keluarga turut mengadakan sesi cabutan bertuah serta menjawab kuiz bagi memenangi hadiah istimewa.
ARTIKEL MENARIK: Senangnya Nak Buat Dadih Susu Full Cream Sedap & Berkhasiat. Tekstur Lembut Cair Di Mulut. Buat Sendiri Puas Hati!
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Himpunan Maya ‘Saya Anak Malaysia’ Semarak Semangat Patriotisme Di Kalangan Kanak-Kanak.

Merdeka! Merdeka! Merdeka. Teriakan suara penuh semangat sering dilafazkan setiap kali negara menyambut kemerdekaan. Namun sejauh mana perasaan kita apabila perkataan merdeka ini disebut atau dilafazkan?
Majalah Keluarga cakna mengenai semangat patriotisme yang juga perlu dipupuk sejak kecil bagi menanamkan perasaan cinta kepada negara telah mengadakan Virtual Himpunan ‘Saya Anak Malaysia’ sempena meraikan bulan kemerdekaan,
Pertandiangan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan lebih 100 orang kanak-kanak sejak tarikh penyertaan dibuka bermula 1 Julai hingga 15 Ogos 2021 lalu.
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori A bagi usia 4 hingga 6 tahun dan dan Kategori B usia 7 hingga 12 tahun. Para peserta dikehendaki menghantar gambar, video ((pantun, nyanyi dan lakonan) atau karangan apa sahaja yang menunjukkan “Saya Bangga Menjadi Anak Malaysia”.
Pertandingan ini juga turut mendapat penglibatan daripada kanak-kanak beberapa buah tadika termasuk Tadika Integrasi Genius Khalifah Jln Kebun, Tadika Amazing Seed, Brainy Bunch Bandar Puteri Klang dan SK Sik Kedah.
Berikut video pengumuman pemenang pertandingan berkenaan.
Tahniah kepada pemenang
Kategori A (Umur 4-6 tahun)
Juara: Mohammad Aref Addin Bin Mohd Amiruddin
Naib Juara: Hayfaa Kamelia Binti Mohammd Kamal Afzan
Ketiga: Muhammad Khalil Faiq Bin Mohd Khushairi
Kategori (Umur 7-12 tahun)
Juara: Nurul Qiesrawiyah Binti Hasbullah
Naib Juara: Nur Amni Damia Binti Muhammad Noor Khairuddin
Ketiga: Nur Zafirah Eryna Binti Mohd Shahrizan Sham
Juara memenangi hadiah wang tunai RM500, hamper serta tropi dan E-Sijil. Manakala naib juara memenangi wang tunai berjumlah RM300 dan tempat ketiga berjumlah RM200. Masing-masing membawa turut membawa pulang tropi dan E-Sijil. Bagi peserta yang tidak berjaya turut diberikan E-Sijil sebagai penghargaan menyertai pertandingan ini.
Tahniah kepada yang berjaya!