KidZania Kuala Lumpur adalah sebuah pusat keluarga yang telah memenangi berbagai anugerah yang menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman dengan menawarkan permainan lakon peranan yang interaktif dan hiburan menyeronokkan untuk kanak-kanak dengan konsep unik pertama sekali diperkenalkan di dunia.
Keluasan ruang dengan saiz 80,000 kaki persegi, menjadikan ia sebagai ruang untuk kanak-kanak diberi kebenaran dan inspirasi untuk mengejar kehidupan impian mereka dengan mendalami bagaimana rasanya pengalaman hidup dan bekerja di dalam sebuah tempat yang berfungsi seperti bandar sebenar.
KidZania Kuala Lumpur, mencipta pengalaman sebuah bandar yang disasarkan untuk kanak-kanak yang berusia di antara empat hingga 17 tahun, di mana mereka diberi kebenaran untuk memilih lebih daripada 100 aktiviti daripada 60 ruangan akitiviti.
LATAR BELAKANG
KidZania telah diasaskan di Mexico City oleh seorang usahawan, Xavier López Ancona, yang mempunyai impian untuk mencipta sebuah tempat di mana kanak-kanak boleh berseronok sambil mengalami pengalaman kehidupan sebenar. KidZania yang pertama telah dibuka pada bulan September, tahun 1999 di Santa Fe, Mexico (sebuah bandar di Mexico City) telah menarik hampir 800,000 pengunjung dan lebih kurang 41 juta pengunjung telah direkodkan mengunjungi KidZania di serata dunia.
Semenjak dibuka, KidZania telah berkembang dengan pesat di mana 28 KidZania metropolis, termasuk KidZania Kuala Lumpur telah dibuka di pelbagai negara. Antara KidZania yang dalam perancangan untuk dibuka adalah KidZania USA (3 lokasi), KidZania Surabaya (Indonesia) dan KidZania Johannesburg (South Africa).
KONSEP
Ads
KidZania Kuala Lumpur menawarkan persekitaran yang selamat, unik dan pengalaman pembelajaran yang realistik di mana ia merupakan sebuah bandar bersaiz khas untuk kanak-kanak.
Seperti di dunia sebenar, kanak-kanak ini juga ‘bekerja’ di KidZania Kuala Lumpur dan mereka dibayar gaji untuk setiap pekerjaan yang dibuat atau mereka harus membayar untuk setiap perkhidmatan atau pembelian yang mereka lakukan.
Sebagai sebuah fasiliti tertutup, KidZania Kuala Lumpur dibina sebagai satu replika bandar yang berfungsi untuk kanak-kanak di mana ianya dilengkapi dengan bangunan, jalan raya, kenderaan, dan sistem ekonomi. Malah, yang lebih menariknya, terdapat platform untuk syarikat-syarikat multinasional dan tempatan untuk mengetengahkan jenama mereka iaitu dengan menjadi rakan industri KidZania Kuala Lumpur untuk setiap ruangan aktiviti yang tersedia.
Di KidZania Kuala Lumpur, kanak-kanak boleh menjadi ahli bomba, juruterbang, polis atau mereka boleh memilih pekerjaan-pekerjaan lain yang juga mempunyai keaslian lakon peranan yang tersendiri. Mereka boleh belajar melalui pelbagai jenis pekerjaan, juga belajar bagaimana sesebuah bandar itu berfungsi, kemahiran menguruskan kewangan cara hidup di dalam sebuah komuniti dan etika bekerja samada sebagai seorang individu mahupun secara berkumpulan.
Ads
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh lakukan semasa lawatan ke KidZania Kuala Lumpur ialah memandu kapal terbang, memadam kebakaran, menjadi seorang paramedik atau pakar bedah. Dengan melaksanakan tugas-tugasan tersebut, kanak-kanak akan mendapat kidZos yang boleh disimpan di dalam bank KidZania atau dibelanjakan untuk membeli barangan ataupun mendapatkan perkhidmatan.
NILAI PENDIDIKAN
Belajar melalui lakon peranan bukanlah hanya untuk keseronokan sahaja, malah ia juga memberikan pengalaman pembelajaran yang positif dan juga berfaedah dari segi psikologi dan motivasi. Dengan menggabungkan realiti dan hiburan, KidZania Kuala Lumpur menawarkan pengalaman kehidupan sebenar; memberi kuasa dan inspirasi serta mendidik kanak-kanak melalui lakon peranan. Di sini, mereka bekerja untuk memperolehi wang pendapatan (kidZos), membayar untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan dan barangan dan menguruskan kad ATM – semua aktiviti yang mereka saksikan orang dewasa lakukan di dunia sebenar. Ini mereka diberi peluang untuk berdikari dan membuat keputusan mereka sendiri.
Ads
Destinasi PembelajaranKidZania Kuala Lumpur telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai destinasi untuk para pelajar mengembangkan fizikal dan minda intelektual mereka. Aktiviti-aktiviti yang terdapat di sini, secara tidak langsung boleh dikaitkan dengan pelbagai silibus di sekolah di mana ianya menyokong kurikulum sebagai program pembelajaran untuk aktiviti kokurikulum.
LOKASI
KidZania, Kuala Lumpur ini beroperasi pada 27 Februari 2012, terletak di Curve NX di Mutiara, Damansara dan hanya mengambil masa 45 minit daripada Kuala Lumpur International Airport (KLIA), 20 minit perjalanan daripada Sultan Abdul Aziz Shah Airport, Subang dan lebih kurang 15 minit sahaja daripada Pusat Bandar Kuala Lumpur. Ia juga dihubungkan dengan pusat membeli-belah The Curve dan berdekatan dengan IKEA Damansara, pusat membeli-belah IPC dan eCurve.
WAKTU OPERASI KIDZANIA KUALA LUMPUR:
Ahad – Jumaat
10:00 pagi – 5:00 petang
Sabtu, Cuti Sekolah dan Cuti Umum Malaysia
10:00 pagi – 7:00 petang
Isnin
*Kecuali cuti sekolah dan cuti umum Malaysia TUTUP
ANUGERAH
Merupakan pusat permainan dalam bangunan yang popular untuk kanak-kanak menjadikan KidZania sering menjadi tumpuan ramai. Antara anugerah yang diterima menjelaskan bahawa KidZania adalah sebuah ruang pembelajaran sambil bermain terbaik untuk kanak-kanak.
KidZania Kuala Lumpur
2019 – Best Family Engagement Activities (Malaysia Tourism Council Gold Award)
2018 – Best Edutainment Centre (Malaysia Tourism Council Gold Award)
2018 – Superbrands Malaysia Award
2017 – TripAdvisor Certificate of Excellence
2015 – Best Employee Engagement Strategy, Silver Winner (Asia Pacific Loyalty &
2014 – Best Experience for Kids, Winner (Best of Malaysia Awards, Expatriate Lifestyle)
2013 – Best Experience for Kids, Winner (Best of Malaysia Awards, Expatriate Lifestyle)
2013 – Best Online Driver (Marketing Events Awards)
2018 – Best Edutainment Centre (Malaysia Tourism Council Gold Award)
KidZania Franchise
2018 Global Leisure Operator of the Year (The Global RLI Awards)
2012 National Quality Award (Ministry of Economy)
2012 Best Mexican Company (Las Mejores Empresas Mexicanas)
2011 CSR Distinctive (Mexican Philanthropy Centre)
2011 New Outstanding Product (Korean Management Association Consulting)
2011 Excellence Award (America Economia)
2011 Most Innovative & Leisure Concept Award (Global RLI)
Untuk keterangan lanjut ikuti laman website www.kidzania.com.my dan facebook www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur serta Instagram & Twitter KidZania Kuala Lumpur @KidZaniaKL
Sumber: Majalah Keluarga Januari 2020
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semakin anak membesar, mereka lebih ‘cepat tangkap’ apa saja yang mereka lihat dan dengar. Sangat merisaukan apabila kebanyakan kanak-kanak terdedah dengan gajet dan banyak meluangkan masa bergantung padanya untuk memenuhi masa lapang mereka.
Penggunaan gajet sukar dielakkan kerana anak-anak sekarang berada dalam era teknologi yang sangat hebat. Dari seawal usia mereka telah didedahkan dengan gajet. Kebanyakan ibu ayah menggunakan gajet untuk membantu proses pembelajaran anak tapi ada juga yang memberi kebebasan kepada anak untuk melayari internet atau bermain ‘game’ secara keterlaluan.
Tidak salah untuk beri pendedahan kepada anak tentang penggunaan gajet kerana ia juga dpt memberi manfaat kepada mereka tetapi jangan berlebihan kerana ia boleh menjurus kepada:
Kandungan yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak
Kebanyakan kes buli atau keganasan dipelajari dari internet
Penyalahgunaan bahan di internet
Pengaruh buruk terhadap perkembangan emosi dan tingkah laku anak
Apabila anak menginjak ke usia yang lebih besar, sangat merisaukan sekiranya anak terdedah kepada anasir negatif yang ada masanya mempengaruhi perwatakan anak. Bahkan ada kes di dalam dan luar negara, perkara buruk yang dilakukan kanak-kanak atau remaja semuanya dipelajari melalui internet. Situasi yang menggusarkan!
Kawal Penggunaan Gajet!
Tidak salah untuk memberikan gajet kepada anak tetapi pastikan ibu ayah berikan penekanan tentang kandungan yang boleh atau tidak dibenarkan untuk tontonan anak-anak. Selain itu, ibu ayah juga bertanggungjawab untuk mengawal penggunaan gajet agar tidak berlebihan.
Kalau nak pastikan anak-anak tidak terlalu bergantung kepada gajet, ibu ayah juga harus menunjukkan contoh terbaik. Ibu ayah sendiri tidak boleh menggunakan gajet secara keterlaluan sehingga memberi impak kepada tangki emosi anak. Wujudkan waktu khas untuk memegang gajet dan ibu ayah sendiri perlu mematuhi peraturan tersebut.
Biasanya anak-anak mahukan gajet kerana mereka kurang mendapat perhatian dari ibu ayah. Sebaik-baiknya, luangkan masa seisi keluarga untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama-sama. Anda boleh lihat, anak-anak akan kurang minta untuk gunakan gajet. Selain itu, sebaik-baiknya gunakan gajet bersama anak. Boleh pantau dari dekat dan pastikan kandungan yang menjadi pilihan bersesuaian dengan usia mereka.
Terbaiklah Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition!
Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition ini sangat mesra kanak-kanak dengan saiz yang kecil dan mudah dikendalikan. Bukan tu sahaja, anak-anak pun mesti suka dengan rekaan comel tablet ini. Didatangkan dengan rekaan menarik, sesuai untuk anak lelaki mahupun anak perempuan. Yang bagusnya, ibu ayah boleh tetapkan kandungan yang sesuai mengikut umur anak.
Boleh didapati melalui aplikasi Samsung Kids, ibu ayah boleh pantau jenis kandungan yang sesuai untuk mereka.
Selain itu, ibu ayah boleh tetapkan had masa skrin dan mengawal akses ke kandungan tertentu dan nombor pin hanya diketahui oleh ibu atau ayah sahaja. Pelbagai aplikasi pembelajaran menyeronokkan yang boleh didapati di aplikasi Samsung Kids untuk perkembangan kemahiran anak serta pembelajaran anak seperti membaca, menulis, melukis serta mahir matematik.
Bagi yang mengikuti filem Despicable Me, mesti anda mengenali si kecil comel berwarna kuning dan berbaju jeans, iaitu Minions! Kini mereka kembali dengan pelbagai aksi yang mencuit hati dan pastinya anda yang menonton tidak akan kering gusi melihat telatah mereka.
Untuk filem terbaru Minions : The Rise of Gru ini, pengarahnya Kyle Balda membawa penonton menyelusuri watak Gru ketika masih kecil iaitu berusia 12 tahun.
Tatkala kanak-kanak lain mempunyai pelbagai cita-cita menarik bila meningkat dewasa seperti polis, doktor, guru dan sebagainya, lain pula dengan Gru yang lebih memilih untuk menjadi seorang penjahat!
Malah, cita-citanya bakal tercapai apabila sekumpulan orang jahat paling licik dan digeruni The Vicious 6, memanggilnya datang untuk temuduga sebagai salah seorang ahli mereka.
Agak-agaknya, berjayakah Gru untuk menyertai kumpulan penjahat yang menjadi idolanya itu? Nak tahu, kena lah tonton Minions : The Rise of Gru di pawagam berdekatan anda bermula 30 Jun 2022!
Eh jap, yang paling menarik dalam filem ini, terdapat beberapa perkataan bahasa melayu yang disebut oleh Minions tau! Antaranya terima kasih dan nasi goreng. Menarik kan? Haa tunggu apa lagi, jom tempah tiket wayang Minions : The Rise of Gru sekarang juga!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas kerajaan umumkan taman tema termasuk taman tema air dibenarkan beroperasi bermula 1 Julai 2020. Rentetan itu, Sunway Lagoon menyahut baik berita itu dengan pembukaan semula pada 4 Julai 2020 lalu setelah menghentikan operasi sejak penularan pandemik covid 19 sejak 18 Mac lalu.
Menurut Penolong Pengurus Besar Sunway Lagoon M.Magendran, persediaan menyeluruh bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, termasuk memastikan penjarakan sosial dipatuhi pada setiap masa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Sebelum dibuka semula, pekerja kami telah melakukan pelbagai persediaan dengan melakukan langkah keselamatan di Extreme Park, Water Park, Amusement Park, Scream Park dan Nickelodeon Lost Lagoon,” katanya ketika sidang akhbar sempena pembukaan semula taman tema berkenaan.
“Sebelum pembukaan semula, para pekerja kami telah melakukan persediaaan bagi memastikan semua langkah-langkah keselamatan tersedia di Extreme Park, Water Park, Amusement Park, Scream Park dan Nickelodeon Lost Lagoon,” katanya kepada pemberita semasa majlis pembukaan semula taman tema itu di sini hari ini.
Dalam pada itu, Magendran berkata taman tema itu hanya akan membenarkan kemasukan 50 peratus daripada kapasiti pengunjungnya bagi memastikan penjarakan sosial.
Begitu juga dengan tahap kebersihan sentiasa dititikberatkan manakala manakala permainan tunggangan di pusat hiburan tersebut akan dinyah cemar selepas setiap kali digunakan.
“Suhu badan pengunjung juga akan diambil dan mereka perlu mengisi borang deklarasi diri secara digital sebelum memasuki Sunway Lagoon manakala pemakaian pelitup muka adalah digalakkan,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...