“Khutbah Nikah Tulus Dari Hati Abah” Menitis Air Mata Datuk Dr.Zulkifli Melepaskan Anak

Share

Bila anak-anak dah meningkat dewasa, nak memulakan langkah hidup berdua bersama pasangan yang tercinta semestinya sedikit sebanyak beri emosi pada ibu ayah. Mana tidaknya, anak yang dahulunya kecil dan menjadi tanggungjawab ibu ayah untuk membesarkan mereka kini bukan sahaja mampu menjaga diri sendiri, tetapi sudah bersedia untuk menjaga diri pasangan dan bakal anak-anak mereka pula.

Tidak terlepas dari perasaan yang sama seperti di atas, mungkin itu yang dirasai oleh tokoh ulama negara, Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri di majlis pernikahan anak sulungnya bertempat di Kuala Pilah pada pagi Jumaat.

Dalam majlis tersebut, beliau sempat menyampaikan khutbah nikah buat anakanda tersayang, iaitu Mohammad Hasanain bin Zulkifli serta pilihan hatinya, Nurul Azzlina Nabilah binti Abdul Aziz. Namun, yang menarik perhatian ketika sesi membaca khutbah ini, beliau kelihatan menahan sebak dan akui sukar mempersiapkan dirinya di majlis pernikahan anak sendiri.

Biasanya khutbah nikah, saya lancar…tapi oleh kerana anak saya sendiri hari ini, saya tak mampu (minit 2:23)

Dalam perkongsian lain, beliau juga sempat berkongsi foto hari bersejarah anakandanya dan membuat sedikit nukilan pesanan dari abah buat anaknya tentang ramuan penting untuk pedoman anakanda.

“Anakku, setiap pasangan yang berkahwin bertekad untuk mendapat kebahagiaan. Tetapi hakikat tidak ramai yang dapat mengecapinya.

“Ramai yang ingin menawan hati pasangan tetapi lupa yang hati itu hakikatnya milik Pemilik Segala Hati dan Cinta iaitu Allah SWT.” tulis beliau.

Sepanjang pengamatan abah, ada beberapa ramuan penting untuk pedoman anakanda.

1. Kejujuran dalam melayari bahtera kehidupan.
2. Setiap pasangan bertangunggjawab dengan peranan masing-masing.
3. Zahirkan pengorbanan.
5. Sentiasa mengutamakan solat berjemaah dan solat malam.
6. Mengambil iktibar daripada pasangan lain. Yang baik dijadikan teladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan.
7. Perbanyakkan doa.

“Dalam bahagia ada ujian. Itulah sunatullah yang mematangkan dan menguatkan ikatan kasih. Selamat melayari alam rumahtangga.” pesan beliau.

Sumber : Facebook Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini