Khatankan 2 Anak Sekali Gus, Ibu Ni Kongsikan Kelebihannya & Siap Bagi Tip Sebelum Dan Selepas Lagi. Memang Praktikal!

Share

Biasanya kalau berkongsi cerita dengan ibu-ibu yang pernah menjaga anak-anak yang berkhatan, umumnya pengalaman ibu adalah dengan menjaga seorang anak. Menyantuni anak dalam tempuh tersebut, mungkin mudah kerana kita boleh tumpukan perhatian sepenuhnya padanya.

Namun perkongsian kali ini sedikit berbeza, bila mana ibu ini mengambil keputusan untuk mengkhatan kedua-dua anaknya secara serentak. Pasti ada kebaikan bila mana ibu ini berbuat demikian.

Ingin juga kita ketahui apa persiapan yang dilakukan sebelum dan selepas sesi berkhatan tersebut. Jom baca perkongsian daripada puan She Shaida ini untuk manfaat bersama.


Eh! Senang ke nak jaga 2 org anak yg khatan serentak?..hehe…sng je..bila dua2 berpantang maka tak timbul isu menyakat…huhu..aman damai. Bila sorang dah rasa cergas n kuat automatik je yg sorang lg pn dah sama sihat.

Bukan persediaan drpd segi fizikal dan mental je tau yang Mak Ayah kena tekankan kpd anak2 bujang. Sebelum2 tu dah citer lah kat anak kebaikan berkhatan Ni supaya minda mrk lebih terbuka. Saya share pengalaman saya...

Sebelum

1. Pastikan anak dpt rehat yg cukup. Kalau dpt sesi petang so paginya jgnlah bawa pi meronda pula.

2. Makan dan minum yg cukup.

3. Bersihkan diri…bagi wangi satu badan. Siap buang air kecil dan besar tau.Pakai seluar yg longgar..bg pengudaraan baik ?

Semasa– ayah yg follow masuk bilik doc
1. Tenangkan anak,suruh baca al-fatihah dan selawat.
2. Bacakan ayat kursi tiupkan Kat ubun2

Selepas
1. Lepas sesi tu masih blh sengih2 lagi sbb masih ada ubat bius. Mak ayah blh bertenang lagi…baringkan anak kat tempat yg selesa dr segi pengudaraan dan pencahayaan.

2. Utk lekakan anak2, sediakan siap2 bhn bacaan yg diorg suka mcm komik ke atau permainan yg diorg blh main sambil baring macam robot yg blh transform jd kereta, maze puzzle box dsbnya…

3. Bab mkn,menu mcm sy berpantang lah..ikan singgang/pindang menu wajib.ataupun bakar je..Lebihkn sayuran dan buahan. Makan bersuap mmg berselera..layanan tip top ibu bg tau sbb skali seumur Hidup je..

4. Bab kebersihan…yg ni sgt penting! Kami memilih kaedah konvensional..yg jahit tu. Pastikan kena sentiasa bersih dan kering setiap Kali keluar toilet. Yg ni mmg part ibu ar..jadi misi.

5. Awal2 tu anak2 mcm takut2 nak buang air..so kenalah rajin2 ingatkan anak jgn tahan rasa n buang air kecil/besar tu. Blh buat sapuan nipis atau minyak angin kat perut.

6. Satu lg..Kena galakkan anak2 bangun berjalan n exercise..jgn baring je

Seminggu je insyaallah dah blh baik n sarung seluar panjang!

sumber : She Shida