Khasiat Pokok Susu Nabi, Penawar Mujarab Untuk Masalah Gout & Strok

Share

Sakit sendi dan gout antara sebahagian sakit yang sering dialami oleh orang lelaki dibandingkan dengan orang perempuan.  Ia berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik adalah merupakan bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.

Asid urik yang berlebihan tidak dibuang akan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

Hati isteri mana yang tahan kan setiap kali suami menahan sakit. Selain pengambilan ubat yang dibekalkan, ada baiknya anda mencuba petua ini untuk encik suami.

Petua ini dikongsikan oleh Che Aween menerusi laman facebooknya.


KHASIAT POKOK SUSU NABI

MEMANG AJAIB… !!! Inilah Ubat STROKE Paling Berkesan…

Sesiapa yang ada GOUT, mencari penawar paling mujarab, bolehlah mencuba

Cari pokok ni, cabut sepokok, basuh cuci dengan akar, batang, daun dan buah sekali.

Rebus dengan tiga gelas air sampai tinggal satu gelas.

Amalkan minum pagi dan petang selama tiga hari…

Insha allah, stroke (lumpuh) dan gout akan pulih. Ikhtiar kita, Allah jua yang menyembuhkan.

Moga bermanfaat…

Wassalam.

#SharePetua