Jika diberi pilihan untuk memilih epal merah atau hijau, tentu ramai memilih epal merah yang lebih manis, manakala epal hijau berasa masam.
Tapi hakikatnya ramai yang tak tahu sebenarnya epal hijau lebih banyak khasiat berbanding epal merah.
Epal hijau mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungi nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat yang mudah larut. Oleh sebab itu, jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
KESIHATAN
Penyakit 3 serangkai
Penyakit yang sering dihidapi rakyat Malaysia ialah penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Dengan pengambilan epal hijau secara konsisten, penyakit-penyakit ini dapat ditangani.
Sembelit
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
Menguatkan sistem imun badan
Apabila makan buah epal, tidak kiralah epal merah atau epal hijau, jangan sesekali buang kulitnya. Pastikan anda mencuci epal dengan bersih dan pastikan tiada sebarang wax atau bahan kimia pada kulitnya. Di dalam kulit epal hijau terdapat vitamin dan mineral yang dapat membina dan memperkukuh sistem imunisasi.
Selain itu epal hijau mempunyai manfaat seperti :
1. Menghalang pembinaan plak kolesterol dalam dinding salur darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Membantu kesihatan menguatkan fungsi paru-paru.
3. Menguatkan tulang dengan menambah pada mineral pada tulang.
4. Mengekalkan berat badan.
5. Mengurangkan kekerapan mendapat asma.
6. Mengurangkan risiko mendapat penyakit barah.
KECANTIKAN
Mencantikkan kulit wajah
Epal hijau sangat kaya dengan vitamin A, B dan C yang sangat baik untuk kulit. Dengan makan epal ini secara konsisten, kulit akan bersih tanpa jerawat dan parut. Lama-kelamaan kulit akan berseri dan semakin sihat.
Detoks semula jadi
Epal hijau yang kaya dengan serat mampu menjaga kesihatan hati, sistem pencernaan dan buah pinggang bebas dari toksin dan elemen yang berbahaya.
Menghalang kerosakan gigi
Apabila kita makan epal hijau, air liur yang banyak akan dihasilkan. Penghasilan air liur yang banyak dapat mengurangkan bakteria di dalam mulut dan seterusnya mencegah kerosakan gigi.
Kesimpulannya, epal hijau sangat bagus untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan yang baik. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Cuma pesakit gastrik harus berhati-hati dengan epal hijau yang masam.