Jika diberi pilihan untuk memilih epal merah atau hijau, tentu ramai memilih epal merah yang lebih manis, manakala epal hijau berasa masam.
Tapi hakikatnya ramai yang tak tahu sebenarnya epal hijau lebih banyak khasiat berbanding epal merah.
Epal hijau mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungi nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat yang mudah larut. Oleh sebab itu, jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
KESIHATAN
Penyakit 3 serangkai
Penyakit yang sering dihidapi rakyat Malaysia ialah penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Dengan pengambilan epal hijau secara konsisten, penyakit-penyakit ini dapat ditangani.
Sembelit
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
Ads
Menguatkan sistem imun badan
Apabila makan buah epal, tidak kiralah epal merah atau epal hijau, jangan sesekali buang kulitnya. Pastikan anda mencuci epal dengan bersih dan pastikan tiada sebarang wax atau bahan kimia pada kulitnya. Di dalam kulit epal hijau terdapat vitamin dan mineral yang dapat membina dan memperkukuh sistem imunisasi.
Selain itu epal hijau mempunyai manfaat seperti : 1. Menghalang pembinaan plak kolesterol dalam dinding salur darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. 2. Membantu kesihatan menguatkan fungsi paru-paru. 3. Menguatkan tulang dengan menambah pada mineral pada tulang. 4. Mengekalkan berat badan. 5. Mengurangkan kekerapan mendapat asma. 6. Mengurangkan risiko mendapat penyakit barah.
KECANTIKAN
Ads
Mencantikkan kulit wajah
Epal hijau sangat kaya dengan vitamin A, B dan C yang sangat baik untuk kulit. Dengan makan epal ini secara konsisten, kulit akan bersih tanpa jerawat dan parut. Lama-kelamaan kulit akan berseri dan semakin sihat.
Detoks semula jadi
Epal hijau yang kaya dengan serat mampu menjaga kesihatan hati, sistem pencernaan dan buah pinggang bebas dari toksin dan elemen yang berbahaya.
Ads
Menghalang kerosakan gigi
Apabila kita makan epal hijau, air liur yang banyak akan dihasilkan. Penghasilan air liur yang banyak dapat mengurangkan bakteria di dalam mulut dan seterusnya mencegah kerosakan gigi.
Kesimpulannya, epal hijau sangat bagus untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan yang baik. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Cuma pesakit gastrik harus berhati-hati dengan epal hijau yang masam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mak ayah mana yang tidak resah bila anak batuk berkahak yang tidak menunjukkan tanda semakin reda.
Puas dicuba pelbagai jenis ubat tetapi kahak anak masih lagi pekat dan tidak reda.
Amalan minum air kelapa seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini patut mak ayah cuba untuk rutin harian anak. Bukan itu sahaja bahkan ada beberapa lagi amalan pemakanan yang mak ayah patut cuba.
Jom ikuti perkongsiannya.
Pencair kahak dengan kesan segera. Ambil air kelapa, magnesium flakes, habbatussauda’, madu dan bawang putih.
Mula dengar anak batuk kering dengan kahak pekat.
Kalau serasi, sehari dua guna, dah terus dengar bunyi kahak mencair dan batuk makin kurang. Boleh try k.
Air kelapa ni boleh dijadikan aiskrim bila anak sakit tekak & ulcer.
Aiskrim buat sendiri tanpa gula tambahan, pewarna dan perisa. Aiskrim paling sihat untuk anak. Anak sakit tekak & ulcer memang tak lalu makan, aiskrim kelapa jadi penyelamat tinggi khasiat.
Petua orang dulu-dulu banyak menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di sekeliling kita untuk digunakan dengan pelbagai tujuan. Meskipun menggunakan bahan asas yang sama, contohnya seperti limau kasturi namun cara dan kaedah yang digunakan berbeza dalam merawat masalah kesihatan mahu pun kecantikan.
Ini sebagaimana perkongsian petua untuk menghilangkan bau badan dan dalam masa yang sama limau kasturi apabila diminum bersama madu setiap pagi juga dapat membantu mengawal berat badan.
Nak lebih jelas cara penyediaan, Mastura Rashid berkongsi pengalamannya dan mengakui setelah amalkannya memberi manfaat buat dirinya.
Menurutnya juga ada banyak cara kita boleh amalkan untuk kurangkan bau hamis peluh di badan. Antara cara paling efektif adalah gosok ketiak dengan limau purut dan daun sireh waktu mandi.
Tapi sekarang ni bukan senang nak dapat limau purut, kecuali kita memang duduk di kampung kan.
Jadi antara cara efektif nak hilangkan bau hamis peluh adalah dengan amalkan je minum air limau kasturi bersama madu setiap pagi.
Bahan:
3 biji limau kasturi
2 sudu besar madu asli
1 cawan air suam panas
Cara:
Campurkan madu ke dalam air. Perah limau kasturi. Kacau hingga sebati dan minum setiap pagi ketika perut masih kosong. Kalau ada gastrik, bolehlah alas dulu perut dengan sarapan ringan.
Biasanya air ni saya tak tinggalkan sisa pun sebab dengan limau tu sekali saya kunyah sampai licin.
Oh ya, amalan minum air limau kasturi madu ni juga boleh kecilkan saiz perut yang besar tau. Jadi perut takdelah bergoyang sana sini teruk sangat waktu berjalan.
Petua ni dikongsikan oleh seorang uncle india beberapa tahun lepas. Ramah betul dia waktu berbual dengan saya, siap macam-macam petua dia kongsikan.
Saya memang amalkan air ni setiap pagi, selang seli dengan happy juice. Serius, perut rasa selesa, ringan dan mudah je nak ke toilet.
Mak-mak dalam pantang, kalau ada masalah setiap kali ke toilet untuk membuang tu ibarat dipaksa masuk ke medan perang, air ni bagus sangat diamalkan tau.
Elakkan sembelit, dalam masa yang sama mempercepatkan luka bersalin, sebab air ni tinggi vitamin C.
Okeh tu je nak kongsi malam ni. Selamat beramal dan semoga bermanfaat!
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian dari saudara Harith Faisal mungkin dapat membantu anda yang sedang berkira-kira untuk berdiet tapi nak menu yang sedap dan juga mengenyangkan.
Dengan hanya 2 bulan mengamalkan diet tersebut, lelaki ini berjaya menurunkan 10 kg. Wow menarik juga kan, yang penting diet nya hanya fokus kepada pengambilan makanan terutama pada waktu sarapan pagi.
Saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.
Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!
SARAPAN NASI LEMAK PARU
Nak ceritanya, dulu-dulu saya ni peminat tegar nasi lemak tambah paru sambal. Memang sedap ya amat. Dalam seminggu, empat lima hari memang itulah sarapan saya. Sekarang dah insaf taubat nasuha. Okay habis cerita nasi lemak.
Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.
Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.
BAHAN-BAHAN
300 ml susu segar rendah lemak 4-6 sudu besar oat 2 sudu Nestum
Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.
Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.
Gambar hiasan
PAKAI SUSU SEGAR JENAMA APA
Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.
Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!
Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.
Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.
Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata “No sugar. No preservative”. Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.
Gambar hiasan
BOSAN SARAPAN YANG SAMA
Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.
Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.
Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.
Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!
JADUAL MAKAN SEHARI
9.00 am: Oat smoothies + air kosong
11.00 am: Teh hijau + air kosong
1.00 pm: Buah + teh hijau
3.00 pm: Air kosong
6.00 pm: Ayam dan sayur grill + air kosong
9.00 pm: Teh hijau
Untuk makan malam, saya memang ambil sebelum pukul 7 malam. Nasi suku pinggan masa makan malam. Tapi saya tak makan nasi hari-hari pun. Ikut mood.
ENJOY MY DIET
Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.
Kau faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu dan mak masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.
Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.
Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilan kalori.
Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.
PENAFIAN
Panjang dah saya kongsikan dalam artikel ni. Kalau kau perasan, kat wall Facebook saya banyak sharing pasal kewangan dan hartanah je sebelum ni. Tapi apalah guna jaga kewangan saja kalau tahap kesihatan ke laut.
Jadi, supaya orang tak salah faham, saya nak tegaskan kat sini yang saya bukanlah dietitian, dan bukan juga doktor. Apa yang saya cerita ni adalah apa yang saya lalui sendiri.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.