Bukan sahaja memberi kesegaran, malah, campuran lemon dan madu memberikan khasiat terbaik untuk kesihatan.Lebih-lebih lagi bagi anda yang sering batuk atau mempunyai masalah kolestrol.
Cuba buat sendiri minuman ini untuk menjaga kesihatan anda. Cara yang mudah dan ia boleh diminum berulang kali. Katanya lagi lama disimpan lagi sedap rasanya.
Tip ini dikongsikan oleh puan Siti Hasnah AR
Yang ni betul2 pati ya… Nak makan kena tambah air!!.
nak buat untuk ubat batuk pon boleh atau pon campur dalam teh, jadi teh lemon..
Bahan-bahan:
6 biji lemon
1 senduk gula perang
300ml madu asli
Secubit garam
Cara membuat:
Lemon rendam kejap dengan air garam dlm 10mnit.
Kemudian basuh bersih dan ptong nipis, buang biji. Tambah halia, kalau tak suka halia tak payah taruk. Tapi halia bagus.
Gaul sampai sebati, pastu boleh la masuk dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk, esok boleh guna.
Saya minum sehari sekali sebelum tidur untuk kurangkan kolestrol…
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.