Khas Untuk Famili ‘Sambal Lover’. Kena Cuba Buat 2 Jenis Sambal Ni, Memang Padu Rasanya!

Share

Jika sudah tekak Melayulah katakan, kalau makan tidak ada sambal memang tidak sah. Terasa tidak lengkap menu walaupun terhidang pilihan lauk pauk dan sayur-sayuran pelbagai jenis. Tapi bila ada sambal belacan terhidang, walau berlaukkan ikan goreng sekali pun sudah cukup sempurna dan terbuka selera untuk dijamah.

Begitulah hebatnya penangan sambal ini bagi sesetengah pecinta rasa sambal. Hakikatnya selain sambal belacan, ada lagi beberap jenis sambal yang turut diminati oleh peminat sambal ini. Apa yang penting sambal perlu cukup rasa dan pedas!

Untuk itu, baik pelbagaikan lagi kepakaran ibu-ibu dalam menyediakan sambal yang menjadi kegemaran keluarga ini. Jom pelajari 2 resipi sambal berbeza ini yang mempuyai rasa yang tidak kurang hebatnya yang telah dikongsikan oleh Cik Pooja dan Hani Mynis di media sosial.

Jom semak perkongsian mereka.


“Buat stok sambal blacan tuk seminggu. Xdak hat ni…xlalu nak makan nasik” Cik Pooja

Sambal blacan cikpoojaStyle
Bahan-bahannya:


20 bj cabai melaka(yg ijau)
10 bj cabai Vietnam (yg merah)
(Kalau xtahan pedas..bleh kurangkan cabai atau campo ngan cili beso yea)
Belacan (cikpooja guna 1/4 dr sekeping belacan tu)
Belacan lebih lagi sodap
1 cup Air asam jawa pekat(bancuh ngan air masak yea)
3 bj limau nipis(amik jus dia je)
Okeyyyyyyy..tahap ke”masam”an ikut pada citarasa masing2 la yea…
Cikpooja punya sukatan ni rasa sedap dah pada tekak cikpooja
1/2 sudu kecil garam
Secubit perasa(klau xnak letak pon xpe)

Cara penyediaan :

  1. Masukkan semua bahan dalam blande.

 

2. Blande la smpai hancur. 

3. Okey siap


Ekstra tip:
Masukkan leklok lam bekas.. simpan lam peti ais yea..
Nak makan…cedok je. Cicah ngan apapon sodap. Xcaye kene try….

 

Nampak cukup menyelerakan Sambal Belacan Cik Pooja ini dan tidak kurang juga istimewanya bila melihat Sambal Hijau yang dikongsikan oleh Hani Mynis

ini. Menurutnya sambal jenis ini adalah menjadi kegemaran keluarganya. 

“Pes sambal hijau atau family hani panggil pes sambal jawa (walaupun rupa dia bukan mcm sambal jawa haha) Ni mmg antara kegemaran family hani, kalau makan dengan nasi panas2 makan dengan telur dadar kosong pun boleh habis satu periuk tak sedar. Kadang2 hani ratah je makan gitu tanpa makan dgn nasi”Hani

Melihatnya sahaja sudah dapat membayangkan rasanya yang ummph dan seharus tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Jom kita buat sendiri untuk dijadikan stok sambal di rumah kita sendiri. Andai hendak makan nasi, sudukan sahaja ke dalam pinggan. Pasti makan berselera sebagaimana keluarga Hani. 

Ayuh ketahui apa resipinya. 

Bahan-bahan: 

Cili padi hijau banyak-banyak

Bawang merah

Tomato

Ikan bilis

Cara memasak : 

1. Kisar bawang merah dan cili padi sampai hancur, masukkan air (guna food blender biasa je)

2. Bila sudah hancur bawang merah dan cili padi, masukkan tomato dan ikan bilis, tekan pengisar dua tiga kali je. Kisar kasar. Supaya ikan bilis dan tomato separa hancur.

3. Tuangkan semua dalam minyak panas, tunggu sampai air kering dan pecah minyak. Lagi lama masak lagi sedap, api sederhana dan perlahan je. Jangan lupa perasakan garam gula semua masa ni ya.

Ekstra Info :
Boleh simpan dalam peti ais (bhgn chille) atau luar peti ais pun. Pastikan simpan dlm bekas bertutup rapat. Ceduk guna sudu bersih dan kering. Pastikan sambal sentiasa dilitupi minyak, jadikan minyak sbg pengawet.

Selain dari makan gitu je, boleh buat sbg pes nasi goreng, masak kangkung goreng belacan, masak sayur kailan ikan masin pun boleh.