Keenakan rasa jeruk mangga yang digigit rangup dengan rasa masam-masam pedas tentu memberikan rasa nikmat buat penggemarnya. Tetapi andai kata termakan jeruk yang lembik buahnya, memang boleh menyebabkan kurang umpph jadinya.
Sebenarnya, ada rahsia untuk pastikan jeruk mangga yang dibuat terasa rangup dan sedap dimakan. Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.
Ada tak hantu @ peminat jeruk mangga asam boi macam sis. Sis nak share resepi..
Sukatan ikut sesedap rasa uolls la ye..
JERUK MANGGA ASAM BOI KRUP KRAP..
2 biji mangga
5 – 6 biji cili api ( bole dikurang/ ditambah)
3 – 4 sudu makan gula pasir
5 biji asam boi
1/4 cawan ais krim soda ( nak buh lebih pun boleh)
Caranya:
Ads
Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.
2. Masukkan ke dalam balang
3. Campurkan semua bahan-bahan lain – gula, cili api, asam boi, dan ais krim soda.
Ads
Siap..
Simpan dalam peti ais..semalaman..
HASILNYAAA ..JERUK MANGGA YG RANGUPP GITU.
Ads
selamat mencuba..
Selain boleh mencuba resipi jeruk mangga yang dikongsikan oleh Sham Sabri ini apa kata anda juga boleh mencuba beberapa resipi yang lainnya untuk melengkapkan lagi hidangan hari ini untuk keluarga tercinta.
Sedapnya bila dicicah bersama kopi atau teh. Ada juga yang meletakkan susu pekat dan makan begitu sahaja. Itulah keistimewaan biskut cream cracker. Tapi biasanya kita hanya membeli di kedai kan. Apa kata cuba buat sendiri. Mudah jer caranya.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Wahidah Hasan . Selamat mencuba!
Biskut ala ala cream crackers ni tak kurang sedapnya kalau buat sendiri 😊
Ramai yang pm mintak resepi cream crackers. So saya share kat sini ya.
Resepi asal guna unsalted butter sebab ada anak bawah 2 tahun, tapi kalau maknya nak mkn boleh guna butter biasa 😅
Resepi cream crackers homemade :
– 2 sudu besar butter
– 1 sudu besar cream cheese
– 1 cwn tepung gandum
– 2 sudu besar minyak
– 1/4 cwn air (tak habis pun, guna sikit je)
Cara cara :
– Gaul sebati butter dan cream cheese.
– Masukkan tepung sedikit demi sedikit smp habis.
– Masukkan minyak dan gaul sebati.
– Last sekali masukkan air, jangan tuang semua. Masuk sikit sikit smp adunan tak melekat di tangan.
– Terapkan acuan kesukaan. Saya potong petak guna pisau je. Then buat lubang dengan garfu dan terap nama anak kat tengah tengah.
– Bakar suhu 170° selama 15-20 minit api atas bawah.
*sila gelek adunan tu nipis nipis ya kalau tak nak keras
*kena pantau biskut masa tengah bakar, kalau dah nampak perang, boleh angkat.
Just nak share rupa acuan tulisan untuk terap atas biskut. Comel kan ? Acuan ni saya beli di Lazada RM5.20 termasuk pos. Boleh search alphabet mould/alphabet stamp ya 🤗
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di awal Ramadan lagi biasanya ibu-ibu telah mula terfikir tentang pelbagai jenis biskut raya yang ingin dihidangkan kepada tetamu sempena Hari Raya nanti. Kalau boleh hendak dibuat sendiri, memandangkan ianya lebih jimat dan menguntungkan.
Apatah lagi kini terdapat pelbagai resipi biskut yang mudah dan enak telah dikongsi di laman sosial. Ini menambahkan lagi keterujaan untuk ibu-ibu mempelajari dan menyediakan sendiri hidangan biskut untuk menyambut perayaan kali ini.
Namun keinginan untuk membuat sendiri biskut ini akan terhenti apabila tiada oven di rumah. Bagaimana caranya untuk membakar biskut jika tiada oven?
Melalui perkongsian Nor Amirah ini diharapkan dapat memberi idea dan ‘jalan’ untuk anda dapat membakar biskut walaupun tanpa ada oven di rumah. Selamat mencuba!
Alhamdulillah..menjadi jugak biskut viral ni..tapi bukan yang 2 bahan, derhaka sikit..sy buat yg 4 bahan..Guna pan n tudung periuk je..takde oven..nak makan sangat kan..try n error jela..”-Nor Amirah
Kreatif betul Puan Nor Amirah ini ye, walaupun tiada oven tapi dia ada cara lain untuk membakar biskut tersebut.
Untuk anda yang selama ini teringin buat biskus raya tapi tiada oven di rumah, ada baiknya cuba teknik ini. Bahkan di sini turut dikongsikan resipi untuk menyediakan biskut tersebut. Selamat mencuba!
2. Lepastu masukkan esen vanila dalam marjerin tadi.
3. Masukkan susu pekat, kacau sampai sebati semua tu. Kalau korang nak biskut ada warna..letak la pewarna time ni..sikit je..beberapa titik je..
4. Last sekali masukkan tepung jagung sikit demi sikit..kacau..tak payah sukat banyak mana, kalau dah jadi doh, tak melekat kat tangan tu, kira dah cukup la tu..kalau rasa keras sangat doh tu, masukkan susu sikit lagi.
5. Dah siap jadi doh, buatkan bentuk apa..nak hias letak apa pun tak kesah.
6. Saya letak coklat chip..lepastu saje gatal tangan nak melukis..bakat terendam lama dah.
Abaikan laaa..
7. Lepas tu bakar lah dalam 20 minit.
“Saya guna pan dan tudung periuk je. Sebelum masukkan biskut tu, panaskan dulu pan, dan tutup dengan tudung periuk dalam 5 minit. Kemudian baru masukkan biskut, bakar dengan api slow je.”
Alat-alat yang diperlukan.
-Pan
-Alas periuk (untuk alas biskut tu) sayay guna yang lubang-lubang sebab ada yang tu je.
-Tudung periuk besar.
TIPS
Jangan lupa tudung periuk, jangan bakar tak tutup pulak, tak masak nanti.
sebelum letak biskut tu, panaskan dulu pan dengan menggunakan api slow je. Letak sekali dengan tudung periuk. Pandai-pandailah lah intai tengok masak atau belum.
Sumber : Nor Amirah Saidi Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa boleh menolak kalau ada siput sedut masak lomak, kan? Makan dengan nasi panas ada lauk telur dadar sebagai tambahan pun dah cukup membangkitkan selera!
Bab nak makan semestinya no 1, tapi tak semua rajin nak siang siput sedut atau juga dikenali sebagai siput belitung ni. Nak potong hujungnya satu hal, nak basuh bagi bersih sebersihnya tu pun satu hal…
Pengguna Facebook Estos Felica berkongsi cara mudah dan menjimatkan mencuci haiwan ini yang diwarisi turun temurun daripada keluarga.
Tidak seperti kebanyakan petua, tip kali ini hanya menggunakan satu bahan dan pastinya bukan hampas kelapa.
PETUA MENCUCI SIPUT SEDUT/ SIPUT BELITUNG
Bahan-bahannya :-
Serai
Air paip
Langkah penyediaan :-
1. Bersihkan siput terlebih dahulu dan potong dua ruas dari belakang untuk memudahkan proses menyedut ketika makan nanti. Bilas ia beberapa kali.
2. Ambil serai dan ketuk ia menggunakan lesung.
3. Kemudian ramaskan serai di dalam air rendaman berisi siput siput tadi.
4. Biarkan siput terendam di dalam air berkenaan selama 15 hingga 30 minit sebelum dibersihkan.
“Cuba lihat gambar yang dikongsikan. gambar sebelum direndam ia berlendir. selepas direndam bau hanyir pun hilang. ini adalah petua turun-temurun keluarga saya,” kongsinya.
Siput ini bukan sahaja enak, malah ia juga kaya dengan pelbagai nutrien. Berikut adalah kelebihannya:
a)Ia adalah sumber protein yang baik dan kaya dengan asid amino. Sumber protein yang murah berbanding daging.
b)Tinggi kandungan vitamin A dan C yang berupaya meningkatkan sistem imun.
c)Ia mengandungi folat yang sangat baik diambil ibu hamil dan bagus untuk perkembangan bayi dalam kandungan.
Sumber: Estos Felica
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus comel, gebu dan sihat. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.