Selepas bertahun-tahun menyediakan sajian masakan di dapur, pemuda ini mengorak langkah dengan ‘menaik taraf’ konten miliknya. Selepas tujuh tahun berkarya dan menghasilkan kandungan ‘masak-masak’ di ruang dapurnya, kini Khairul Aming membawa pengikutnya menjelajah ke luar negara pula.
Difahamkan, rancangan yang mempunyai sembilan episod itu dirakam di New Zealand. Pempengaruh itu akan menerokai pemandangan cantik di negara tersebut terbabit sambil memasak menu makanan yang pelbagai.
Dalam hantaran yang dikongsikan di laman Instagram dan juga TikTok, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzaman begitu teruja mengumumkan berita gembira itu buat para peminatnya.
Selepas 7 tahun buat video masak kat dapur, tiba masa untuk upgrade my content. Memperkenalkan my new cooking series di mana kita rakam 9 episode memasak sambil explore New Zealand 🇳🇿
Impian untuk pursue my passion sambil travel dunia akhirnya tercapai. Welcome to the first episode.- tulisnya diruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut nyata membuatkan para peminat serta pengikutnya di media sosial begitu gembira. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada peminat dan pengikutnya melihat keindahan New Zealand yang cukup memukau sekaligus mempelajari menu baru dari pempengaruh itu.
Menjengah ke ruangan komen, video ‘Episod 1’ yang telahpun mencecah hampir 50 ribu jumlah tontonan membuatkan warga maya teruja menantikan perkongsian video lainnya.
Komen-komen penuh dengan pujian dan kegembiraan, menunjukkan ramai yang tidak sabar menantikan episod memasak sambil menjelajah keindahan New Zealand bersama Khairul Aming.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Sumber: Instagram Khairul Aming
Baca artikel lain juga: Nasi Goreng Sambal Nyet Ala Khairul Aming, Menu Simple Untuk Student
Resipi Khairul Aming Ditegur Pakar Perubatan, Cara Tuan Badan Jawab Isu Kontroversi Memang Padu!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my