Perkhabaran duka hari ini usahawan kosmetik Faziani Rohban Ahmad, 40, yang juga pengasas produk kecantikan jenama Dnars Skincare, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.
Berita kematian Faziani disahkan adiknya, Faizol Rohban Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian.
Faizol memaklumkan, kakaknya bertolak dari rumah di Kampung Paloh, Tumpat jam 8 pagi tadi bersama suaminya.
“Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk. Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak dah meninggal dunia,” katanya.
Mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.
Dalam pada itu, berita yang mengejutkan ini,kala menyambut Ramadan, telah mengundang kesedihan dikalangan rakan artis yang menitipkan didoa diatas pemergian pengasas kosmetik ini.
Semoga arwah berada di dalam kasih sayangNya
Sedih terkejut…kenal arwah lebih 15 tahun lagi
Pergi dalam bulan yang mulia
Kesayanganku, insan yang baik budi pekertinya…
Artikel berkaitan: Pesanan terakhir arwah pengasas dnars skincare buat anak-anak sebelum-maut kemalangan
Sumber: Sinar Harian