Kewajipan Tetap Kewajipan. Walaupun Isteri Ada Pendapatan, Itu Bukan Alasan Untuk Kita Mengambil Kesempatan.

Share

Banyak perubahan antara wanita zaman dahulu dan sekarang. Jika dulu, wanita lebih banyak duduk di rumah dan menjalankan tugas sebagai suri rumah. Namun kini, ramai yang keluar bekerja membantu suami menambahkan pendapatan keluarga.

Tidak salah sebenarnya jika wanita atau isteri mahu bekerja. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, yang mana kos sara hidupnya semakin tinggi. Namun, sebagai suami tidak boleh bergantung pada duit isteri semata-mata. Sebagai ketua keluarga mereka harus melaksanakan tanggung jawab dengan baik.

Firdaus Shakirin ada berkongsi pandangan mengenai isu ini.

“Jangan bergantung harap dengan duit isteri”

Hari ini, ramai isteri yang keluar bekerja atau berniaga untuk membantu suami menambahkan rezeki keluarga…islam tidak pernah melarang isteri untuk keluar bekerja, berniaga, cari pendapatan tapi mereka terlebih dahulu perlulah meminta izin dari suaminya, menjaga pergaulannya dan tidak melanggar syariat yang ditetapkan agama…

Gaji atau pendapatan isteri 100% miliknya…

Jika isteri hulur RM200 atau RM300 kpd suami, maka itu atas keizanannya dan keredhaannya dengan niat untuk mengurangkan beban suaminya…dan bantuan ini tidak seharusnya dinilai oleh suami sebagai bantuan tetap, akan dapat sampai bila-bila. Bantuan ini bila-bila masa boleh hilang…sebagai contoh, jika ditakdirkan tiba2 isteri berhenti kerja atas asbab keluarga, anak-anak, maka sebagai suami, kita akan kehilangan nilai RM200 @ RM300 yang dibantu isteri tersebut…

Kalau sebelum ini kita bergantung sepenuhnya kepada nilai tersebut, maka kita akan rasa terbeban dengan kehilangan nilai itu…sebagai suami, seharusnya kita sendiri yang perlu menyesuaikan perbelanjaan keluarga berdasarkan pendapatan kita seorang sahaja…ini yang patut kita buat sejak kita berkahwin…bekerja atau tidak isteri kita tu nanti, bukanlah menjadi masalah yang besar sekiranya cara hidup, komitmen kita hanya berdasarkan pendapatan kita sahaja…

Kewajipan suami tetaplah menjadi kewajipan suami walaupun isteri ada pendapatan…itu bukan alasan utk kita mengambil kesempatan…