Ketupat Pulut Daun Pisang, Sekali Pandang Macam Lemang. Rasa Sedap Buat Pun Mudah!

Share

Meraikan Hari Raya Aidilfitri terasa tidak lengkap tanpa dijamah juadah lemang, ketupat dan rendang. Menu ini begitu istimewa dan bolehlah dikatakan menu wajib hidang di hari raya.

Menyentuh tentang ketupat, sebenarnya macam-macam jenis ketupat ada dan antara yang popular adalah ketupat nasi, ketupat palas dan  ketupat pulut. Pun begitu, ada satu jenis ketupat yang dikongsikan oleh Hairul Hamid ini cukup unik.

Ketupat yang dimasak menggunakan beras pulut dan dibalut dengan daun pisang. Bila dihidang sekali pandang nampak macam dihiris seperti lemang, tapi bila dimakan berbeza rasanya kerana tidak dibakar tetapi dikukus.

Untuk itu, buat anda yang terpaksa beraya diperantauan tidak dapat balik ke kampung, bolehlah sediakan menu istimewa ini untuk juadah Hari Raya nanti. Nak tahu resipi dan cara membuatnya, di sini dikongsikan untuk semua dapat meyediakannya.


Beras pulut – 4 cawan
Santan – 2 biji kelapa
Daun pandan – 1 helai
Daun pisang – 1
Garam – Secukup rasa

Caranya
– Rendam beras pulut 2 jam
– Kukus kan beras pulut bersama santan sedikit garam dan daun pandan.


– Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.
– Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.


– Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.
– Ok siap dah.


– Ikut suka hampa nak cicah rendang ka kari ka gula ka atau susu 😅


-Selamat mencuba.

Sumber : Hairul Hamid  Via MAHN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club