“Ketumbuhan Makin Membesar & Berdenyut Macam Nadi Di Bahagian Pinggang, Keluar Darah Serta Nanah.” Adik Daniel Derita penyakit misteri.

Share

Kisah adik Muhammad Arshad Daniel ini cukup memilukan. Dalam usia 12 tahun dia sudah berhadapan dengan ujian yang cukup hebat. Ketumbuhan yang dideritainya sejak berumur 8 tahun semakin merebak dan mengganggu kehidupan sehariannya.

Lebih menyedihkan, dia baru kehilangan ayahnya februari yang lalu. Akibat penyakit tersebut juga, Danial kerap kali ponteng sekolah. Kisah Daniel tular baru-baru ini selepas dimuat naik oleh pelayar Twitter sehingga menerima lebih 21,000 perkongsian.

Akibat derita ketumbuhan misteri itu, Daniel juga terpaksa tidur mengiring. Ada ketikanya darah dan nanah juga keluar dari ketumbuhan tersebut.

Ia bermula dengan tanda lahir, ketumbuhan tersebut mula membesar. Pernah rujuk hospital tapi mereka pun tak boleh buat apa dan katanya ia melibatkan risiko nyawa.

Ketumbuhan itu berdenyut macam nadi, setiap kali berdenyut pasti akan keluar darah. Kalau pergi sekolah, darah akan melekat pada pakaian seragam.

Sementara itu,  Muhd Seha yang merupakan bapa saudara Daniel berkata, kanak-kanak  itu mengalami penyakit sejak beberapa tahun lalu dan semakin membesar. Tambahan, dia bakal menduduki UPSR tahun ini dan bimbing kerana acap kali tidak hadir ke sekolah.

Selepas bapa meninggal bulan lepas, keadaan makin teruk dan dia kerap tak ke sekolah. Mereka sedaya upaya mencari penawar untuk menyembuhkan penyakit ini dan berharap penyakitnya pulih agar dia dapat menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain.

“Benda itu sakit dan gatal, tak lena dia nak tidur. Hampir sebesar penumbuk juga ketumbuhan itu. Dia tidur pun kena mengiring. Ada satu malam tu keluar darah dan nanah sampai basah kain.

“Kami bukan nak minta sumbangan, kalau ada orang nak bagi kami terima saja. Tapi apa yang lebih penting, mungkin ada pihak kepakaran di luar sana yang boleh bantu untuk sembuhkan penyakit ini.

Selain itu, seorang lagi sepupu Daniel turut memuat naik kisahnya.

Dengan namaMu Ya Allah . bismillahhirrahmanirrahim .

Assalamualaikum sahabat semua. saya sebagai sepupu kepada adik Daniel ni , nak kongsikan cerita mengenai sepupu saya. Tinggal di Kampung Chalil,Gua Musang adik danial berusia 12 tahun, baru kehilangan ayah dan sekarang dijaga oleh ibu nya yang sekarang tak mampu bekerja disebabkan ada bayi kecil berumur 2 bulan. Ibu hanya bergantung hidup dengan bantuan dari JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT sebanyak RM450 sebulan, bantuan dari adik beradik dan orang yang datang menziarah.

Daniel mengidap satu penyakit. saya tak berapa pasti mengenai report kesihatan beliau. Family Daniel dah rujuk kepada USM kota bharu dan follow up hanya di Kota Bharu. Jarak dari rumah ke klinik Kota Bharu sejauh 2++ km, dan ini agak sukar bagi famili Daniel untuk berulang alik bagi mendapatkan rawatan kerana tiada pengangkutan. Ketumbuhan di bahagian pinggang kanan tu juga semakin membesar dan sering berdarah, sukar untuk adik Daniel menjalani rutin harian dan sesi persekolahannya setiap hari.

 

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian di MAYBANK
ZARIAH BINTI WAHAB (ibu Danial) 503042314686.

Sumber: Faidhi Badri,mStarBangnass