Sempena bulan pink ini iaitu bulan oktober yang merupakan setiap tahun adalah merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia. Tujuan dianjurkan program pada bulan ini adalah untuk kesedaran di kalangan orang ramai selain mendidik dan menyokong mereka yang menghidap penyakit ini.

Melalui laman face book Doktor Erna Nadia menjelaskan bahawa akan kepentingan para wanita dan isteri mengenai bagaimana kanser payudara ini terjadi. Moga perkongsian ini bermanfaat bersama untuk mengesan diperingkat lebih awal.

“Ketulan Itu Boleh Jadi Bahaya Atau Tidak Merbahaya.” Ambil Peduli Penjelasan Lengkap Doktor Ini Tentang Kanser Payudara

KANSER PAYUDARA

Kanser payudara adalah pembunuh utama wanita sekarang ini. Jadi, anda perlu lebih cakna tentang bagaimana mengesannya di peringkat awal.

Kanser payudara terjadi apabila sel di dalam payudara membesar dan membiak tanpa boleh dikawal. Biasanya pesakit akan mula rasa ada ketulan di bahagian payudara atau sekelilingnya atau bawah ketiak.

Ketulan itu boleh jadi bahaya atau tidak merbahaya.

Ketulan yang bahaya disebut malignant atau sel kanser jika sel itu telah menyerang kawasan sekitar payudara dan merebak ke bahagian badan yang lain.

Kanser payudara kebanyakkannya berlaku pada wanita tetapi lelaki juga berisiko untuk mendapat kanser payudara.

JAWAPAN YANG MESTI TAHU 

Di manakah sel jahat ini bermula?
Kebanyakkannya bermula di kelenjar susu yang membawa susu ke puting. Namun ada juga yang bermula dari kawasan lain di sekitar puting atau payudara atau celah ketiak.

Ads

Bagaimana ianya merebak?
Apabila sel kanser masuk ke dalam darah atau nodus limfa dan disebarkan ke anggota badan yang lain.

Apakah nodus limfa?
Nodus limfa adalah rangkaian limfa yang terdapat di seluruh badan manusia. Ianya berbentuk seperti kekacang dan di dalamnya mengandungi hasil & baham kumuh sel dan juga sel sel sistem imunisasi.

Jadi, bila sel kanser telah menyerang nodus limfa ini, sel kanser ini akan membiak dan dibawa keluar ke organ lain. Kebanyakkannya cecair di dalam nodus limfa akan dikeringkan ke bahagian:
1. Bawah ketiak
2. Kawasan tulang selangka ( collar bone)
3. Kawasan dada berdekatan payudara

Jika sel kanser ini memasuki nodus limfa, kemungkinan besar untuk sel kanser ini disebarkan ke seluruh anggota badan kerana sel limfa berada di seluruh badan kita.

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara?
1. Pernah mengalami masalah kanser payudara pada sebelah payudara. 
2. Mempunyai masalah genetik tertentu yang meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.
3. Mempunyai ibu, adik-beradik perempuan, anak perempuan atau lebih dari 2 orang saudara terdekat (seperti sepupu) yang pernah mengalami kanser payudara, lebih-lebih lagi jika dikesan pada umur muda. 
4. Masalah payudara yang meningkatkan risiko untuk kanser payudara( seperti `atypical hyperplasia`), atau pernah menjalani biopsi payudara lebih dari 2 kali untuk masalah payudara bukan kanser. 
5. Bersalin anak pertama semasa umur lebih dari 30 tahun. 
6. Menopause lebih daripada umur 55 tahun.
7. Akil baligh sebelum umur 12 tahun.
8. Tidak mempunyai anak selepas umur 30 tahun
9. Berumur lebih daripada 40 tahun

Adakah aktiviti fizikal boleh mengurangkan risiko kanser payudara?
Senaman lebih dari 4 jam seminggu boleh mengurangkan risiko kanser payudara kerana aktiviti fizikal boleh merendahkan paras estrogen dan meningkatkan daya imnunisasi.

Adakah penggunaan deodarant atau pisau cukur boleh meningkatkan risiko kanser payudara?
Tidak ada kaitan.

Ads

Adakah penggunaan coli sewaktu tidur atau bersukan akan meningkatkan risiko kanser payudara?
Tidak sama sekali.

Adakah penggunaan coli bercawat besi meningkatkan risiko kanser payudara?
Tidak sama sekali.

Adakah berat badan berlebihan boleh menyebabkan kanser payudara?
Berat badan berlebihan mungkin boleh meningkatkan risiko kerana sel-sel lemak menghasilkan estrogen yang boleh merangsangkan pertumbuhan sel kanser.
Wanita sekitar umur 40`an dan 50`an yang paling berat mempunyai 2 kali ganda risiko mendapat KPD berbanding dengan wanita yang paling ringan yang berumur sama.

Adakah saiz payudara memberi kesan kepada risiko kanser payudara?
Tidak.

Apakah langkah pencegahan yang boleh diamalkan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?
1. Bersalin anak pertama sebelum umur 30 tahun
2. Memberi susu badan kepada bayi anda sekurang-kurangnya enam bulan
3. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
4. Bersenam sekurang kurang 2-3 kali seminggu
5. Elakkan berat badan berlebihan

Adakah anda masih berisiko mendapat kanser payudara sekiranya tiada ahli keluarga anda yang mempunyai sejarah kanser?
Ya. Tidak ada pengecualian.

Adakah pemakanan yang tidak sihat boleh meningkatkan risiko kanser payudara?
Ya.
Ingat sel sel lemak meransang penghasilan estrogen.

Ads

Adakah anda perlu mengambil sebarang supplemen atau jamu atau apa apa pil kesihatan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?
Tidak perlu dan tak payah membazir.
Ingat, kita taktahu apa kandungan di dalam jamu dan supplemen. Bahaya jika kandungannya boleh meninggikan paras estrogen di dalam badan. 
Jadi, sila jangan membazir.

Apakah tanda tanda awal kanser payudara?
Saya senaraikan di dalam gambar di bawah.
Jika ada tanda tanda seperti yang dinyatakan di bawah, sila dapatkan rawatan secepatnya.
Jangan berlengah kerana sel kanser cepat merebak dan boleh membawa kematian jika tidak dikesan awal dan tidak dirawat dengan segera.

Lakukanlan pemeriksaan sendiri payudara anda bermula dari umur 18 tahun.

Anda boleh melakukan pemeriksaan sewaktu baring, mandi atau sedang duduk berehat di rumah. Lakukanlah sebulan sekali.

Gunakan tangan sebelah kiri untuk periksa payudara sebelah kanan dan sebaliknya.

Jangan lupa untuk rasa di celah dan bawah ketiak juga.

Kebanyakkan pesakit kanser payudara yang mendapat rawatan awal insha Allah boleh diselamatkan dengan rawatan yang betul.

Jangan berlengah dan ambil mudah ya.

Ingat, jaga makan, rajinkan diri bersenam, kawal tekanan, dapatkan berat badan yang ideal dan jangan membazir membeli benda2 merapu.

Nota kaki : Mahkota wanita bukanlah pada rambut semata mata, seluruh anggota badan juga adalah mahkota kurniaan Allah kepada kita. Jaga dan sayangi sebaiknya.

Dr. Erna Nadia
Cegahlah sebelum parah dan rebah✌️

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI