Ketuat merupakan penyakit kulit dan ianya sering tumbuh di tapak tangan mahu pun di bahagian kaki. Umumnya kebanyakan daripada kita tidak ambil pusing bila ianya terjadi sehinggalah keadaan benjolan membesar dan menjadi semakin teruk.

Tahukah anda, sebenarnya ketuat ini boleh dirawat dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati daripada dapur kediaman kita. Hal ini telah dikongsikan oleh Hanis Samsuddin di fbnya dan diharapkan perkongsian ini akan memberi manfaat untuk semua. Jom semak cara-caranya.


Saya pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?

Apakah punca ketuat?

Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.

Bagaimana nak hapuskan ketuat?

Ads

Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Ketuat Boleh Dihilangkan Dengan 4 Bahan Ni. Perlu Cuba!

Apple Cider Vinegar – Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.

Ads

Kapas – Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.

Plaster atau Duck Tape – Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.

Vaseline – Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.

Langkah Demi Langkah :

Ads
  1. Sapu vaseline dekat keliling ketuat (jangan terkena ketuat)
  2. Basahkan kapas dengan cuka,letak atas ketuat dan plaster
  3. Biarkan semalaman

Ketuat Boleh Dihilangkan Dengan 4 Bahan Ni. Perlu Cuba!

4. Ketuat yang tidak disapu vaseline..kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka.. Jadi pastikan ada menyapu vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka.

Ketuat Boleh Dihilangkan Dengan 4 Bahan Ni. Perlu Cuba!
Keadaan ketuat setelah 3 hari

Hari ketiga:

Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar..pada hari pertama dan kedua tiada rase pape sebab cuka memakan sel kulit mati..pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rase sedikit pedih.

Ketuat Boleh Dihilangkan Dengan 4 Bahan Ni. Perlu Cuba!
Kelihatan akar ketuat menjadi hitam.. Ini menandakan sel² ketuat mula mati dimakan asid
Ketuat Boleh Dihilangkan Dengan 4 Bahan Ni. Perlu Cuba!
Apabila ketuat jadi macam ni,boleh la korek sikit demi sedikit
Ketuat Boleh Dihilangkan Dengan 4 Bahan Ni. Perlu Cuba!
Selepas melalukan proses merawat ketuat. Ternyata berkesan!

sumber :  Hanis Samsuddin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI