Memberi fokus pada bilangan kes positif covid-19 mengikut kumpulan umur yang dikongsikan oleh KKM, ia menampakkan ada dua kumpulan umur yang tertinggi direkodkan.

Di mana golongan berumur 56 hingga 60 merupakan paling ramai dijangkiti koronavirus (Covid-19) di negara ini dengan 182 kes.

Dan memetik berita di Sinar Harian, apa yang dikatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ,  antara faktor golongan tersebut dijangkiti virus adalah disebabkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Mungkin mereka adalah ketua rumah yang sering keluar (untuk urusan keluarga),” katanya.

IKLAN

Ketua Rumah Sering Keluar Dibimbangi Terdedah Covid-19!

Menurutnya, golongan yang berusia 26 hingga 30 tahun merupakan yang kedua tertinggi dijangkiti virus berkenaan.

IKLAN

“Sebanyak 180 kes positif dikesan melibatkan golongan ini,” katanya.

Beliau berkata, golongan muda itu dijangkiti Covid-19 kemungkinan sering keluar dari rumah walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

IKLAN

“Masih ada yang keluar rumah walaupun PKP dikeluarkan,” katanya

Jadi melihat fakta ini,  wajar kepada sesiapa pun untuk pastikan diri sentiasa berada di dalam rumah. Andai ada urusan penting di luar rumah pula  jangan abaikan langkah-langkah menghindarkan diri daripada jangkitan covid -19 ini.

sumber : Sinar Harian 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI