Disebalik musibah Covid-19 di bulan Ramadan ini terkandung hikmah yang cukup luar biasa.
Jika dahulu seorang ketua keluarga hanya menjadi makmum solat tarawih di masjid, namun hari ini telah mengimamkan solat tarawih di rumah bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah!
InsyaAllah, tidak lama lagi bakal menjadi imam untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pula.
Ini sebagaimana memetik laporan akhbar Sinar Harian di mana umat Islam di Pulau Pinang boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kenyataan ini dimaklumkan oleh Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. Menurutnya, solat sunat Aidilfitri itu boleh dilakukan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian ahli keluarga.
Ads
“Ia adalah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang ditetapkan semalam mengenai garis panduan sambutan Hari Raya dan solat berjemaah itu boleh dilakukan, tetapi hanya membabitkan ahli keluarga di rumah saja.
“Bagi ahli keluarga yang baru sembuh daripada Covid-19 atau perlu kuarantin di rumah, mereka tidak dibenarkan menyertai solat sunat berjemaah itu namun boleh menunaikannya secara bersendirian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ads
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Fatwa negeri berkata, bagi imam, bilal dan siak boleh melaksanakan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau tertakluk kepada pekeliling dan arahan ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP).
Wan Salim berkata, takbir Hari Raya di masjid dan surau hanya boleh dilaksanakan oleh imam, bilal dan siak dengan menggunakan rakaman.
Ads
“Takbir pada malam raya dari rumah ke rumah yang menjadi kebiasaan sebelum ini adalah tidak dibenarkan kerana mahu mengekang penularan wabak Covid-19.
“Kami menggalakkan setiap keluarga melaungkan takbir hari raya di rumah masing-masing sehingga sebelum solat sunat hari raya dilaksanakan,” katanya.
Bagi pesakit dan petugas di hospital pula katanya mereka dibenar melaksanakan solat sunat Aidilfitri mengikut arahan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – Bernama
Bertuah sang isteri dikurniakan suami yang ringan tulang, tak merungut apabila diminta sama-sama menguruskan rumah tangga. Itulah yang amat didambakan kaum isteri lebih-lebih lagi jika kedua-duanya bekerja.
Malah lebih bertuah lagi dikurniakan suami yang kreatif dan rajin dalam bab menghias rumah.
Demikian yang dikongsikan oleh Rah Mat menerusi laman facebooknya. Si suami cukup bijak membuat sendiri table top. Cukup mudah, cepat dan yang penting menjimatkan kos.
Projek table top, permintaan isteri..
sebelum ni survey harga table top, harga tak kurang dari beribu..ambil keputusan buat sendiri. Hasilnya, diluar jangkaan, kukuh dan tegap , tak goyang. Biarpun tak secantik seperti yg ditempah, tapi kepuasaan dan penjimatan sangat berbaloi.
modal tak sampai rm100 utk kayu + papan+ skru+paku+L bracket, siap dlm 10jam. Esok nak sambung sikit lagi, tampal sticker vinyl.
*Batu marmar hitam tu ambil kat tapak buangan bahan construction.
* Harga rm100 tu tidak termasuk sinki jenis stainless steel 304.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Fikry Ibrahim seperti umum ketahui begitu sayangkan ibunya dan sering berkongsi momen bahagia bersama ibu tercinta di media sosial. Baru-baru ini, di lihat Fikry sedang bercuti ke Langkawi bertemankan ibu tercinta dan ianya mendapat respon positif daripada warganet.
Pun begitu apa yang lebih mencuri tumpuan netizen apabila melihat Fikry menyantuni ibunya yang meskipun berkerusi roda, namun sedikitpun tidak kekok menguruskan dan membawa ibunya, Bibi Zaleha, 74 tahun ke lokasi menarik sepanjang berada di Langkawi.
Tidak dengan itu, gelagat ibu dan anak ini yang begitu penuh kasih sayang turut mencuri tumpuan apabila di lihat Fikry sedang ‘menyiapkan’ ibunya sebelum keluar bersiar-siar di sekitar pulau Langkawi.
“Makeup dulu. Mana taw ada Pak Arab yang berkenan”
Video hero pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini dilihat mengenakan bedak dan lipstick sambil ibu tercinta berbaring begitu membuatkan ramai yang tersentuh hati.
Bukan itu sahaja, tidak sedikit pun menunjukkan kesukaran menyantuni ibu sepanjang bersiar-siar hingga dapat sama-sama merasai menaiki kabel untuk melihat keindahan Langkawi dari atas puncak tinggi. Begitu juga turut membawa syurga hatinya ke kedai jualan pinggan mangkuk dan beberapa lokasi menarik sepanjang berada di sana.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Meninjau di ruangan komen ramai yang memuji tindakan pelakon kelahiran Kedah ini dalam menyantuni ibu tercinta. Rata-rata ramai yang tersentuh hati dan mendoakan Fikry mendapat keberkatan dan dianugerahkan syurga di akhirat kelak.
“moga syurga tempat kau fikri 🤲”
“part mekap bg pakai lipstick tu serius comeeyy🥰”
“terbaikkk bang, jadi contoh yang baik pada anak muda. Kita perlukan contoh yang baik sebegini.”
“part pingan tu dia siap tutup mata eah 😂 comeii jaa . apa pon semoga keduanya dalam rahmat Allah sentiasa .. aamiin 🤍”
Perkongsian daripada ustazah Fatimah Syarha tentang pengalamannya memimpin jemaah umrah sambil membawa anak kecil sering juga menimbulkan pertanyaan bagaimana cabaran dan kesukarannya.
Hal ini dikongsikan di akaun fbnya, semoga turut memberi inspirasi untuk ibu ayah lebih berlapang dada andai ingin membawa anak ke tanah suci. Jom semak perkongsian ini.
“Ustazah, tak susah ke bawa anak kecil ke Tanah Suci?”
Saya tak letak ‘expectation’ ianya mudah dan takut bersangka-sangka buruk, ianya susah.
@
Saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar dimudahkan segalanya, sebab saya lemah dan berhajat sangat-sangat pada bantuanNya.
@
Dari segi ikhtiar, siapkan awal-awal mental, fizikal, ruh dan emosi pada sebarang kemungkinan. (Bawa stroller, baby carrier, baby trap…walaupun akhirnya baby tak nak semua tu dan hanya tenang dengan bahu umi saja. Alhamdulillah)
Allah maha belas kasihan pada kita. Alhamdulillah.
Dulu…masa buat umrah tanpa anak, saya hanya mampu buat 1x umrah. .
Terkini…masa buat umrah bersama anak kecil sambil pimpin 34 orang jemaah pelbagai latar belakang, Allah mudahkan buat 4x umrah. Alhamdulillah.
Muhasabah…
Hidup tak pernah janjikan yang mudah-mudah. Ia bukan alasan untuk kita mengalah. Ia adalah ‘sebab’ kita lebih bersungguh merayu merintih pada Ya Allah Ya Basith, Yang Maha Melapangkan dan Memudahkan.
Hakikat dimudahkan urusan bukannya apabila semuanya lancar tanpa halangan. Tapi semua yang dilalui samada susah atau senang, hati kita senang berbalik pada Tuhan. Itulah makna ‘dimudahkan urusan.’
Alhamdulillah atas segalanya.
Segalanya indah.
Segalanya baik-baik sahaja sebab ia datang dari Allah, pasti bersama hikmah.