Ketika Memasak & Mengemas, Gunakan Sebaik Mungkin Asuh Anak. Ini Triknya!

Share

Melalui kehidupan seharian sebagai seorang isteri dan ibu yang berkerjaya diakui bukanlah mudah dan cukup memenatkan.

Biasanya bermula awal pagi bergegas uruskan anak-anak sebelum pergi ke tempat kerja, kemudian sebelum jam 7 petang bertungkus lumus pula sediakan hidangan malam.  Manakala sebelum tidur, bukan boleh betehat tapi terpaksa pula melayan karenah anak-anak.

Jika seorang anak,  bolehlah kita kata masih mudah diurus,  tapi cuba bayangkan anak sudah 5. Si kecil merengek,  yang besar bergaduh dan macam-macm hal lagi.

Tapi jangan kita jadikan alasan sibuk mengurus rumah, tak sempat merangsang perkembangan anak dan sekali gus  boleh menjadi penyebab anak tidak pandai berdikari.

Sebenarnya,  semua aktiviti mengurus rumah juga boleh dikaitkan dengan merangsang perkembangan anak.

Hal ini puan Maryam Jamadi, Occupational Therapist telah berkongsi beberapa  tips mengurus rumah sambil merangsang perkembangan anak.  Sila hadam tip ini!

SEMASA MEMASAK

1. Basuh beras ?
Masa sebelum basuh beras, boleh bagi anak umur 6 bulan keatas (sudah boleh duduk) untuk ramas-ramas tangan dalam periuk nasi sambil beralaskan surat khabar. 5 minit duduk bersama pun dah cukup dalam sehari. Aktiviti ini bagus untuk merangsang deria sentuhan dan motor halus.

2. Potong sayur dan buah ???
Sambil potong atau basuh sayur dan buah boleh perkenalkan nama sayur pada anak, beri anak rasa bentuk dan tekstur sayur sekali. Bagus untuk meningkatkan kosa kata anak sambil merangsang deria sentuhan. Boleh juga bagi anak rasa dan bau jenis sayur yang boleh dimakan tanpa masak. Contohnya lobak merah, beri anak main sekejap tapi kena perhatikan takut anak tercekik.

3. Basuh ayam atau ikan ?
Tunjukkan ikan yang belum dimasak pada anak sambil sebut nama ikan. Boleh juga beri anak sentuh ikan mentah untuk deria sentuhan. Tapi jangan lupa basuh tangan!

4. Jika anak berminat dengan proses didapur, mak ayah bolehlah masak sambil bercerita. Buat macam chef dalam tv. ?

5. Jika anak ada menunjukkan minat memasak, belikan set dapur mainan untuk anak. Sambil kita memasak, sambil anak memasak juga. Tak kira anak lelaki atau perempuan. ?

MENGURUSKAN PAKAIAN

1. Semasa membasuh baju
Minta tolong anak untuk asingkan baju gelap dan cerah. Selepas itu boleh minta anak tolong masukkan dan keluarkan baju dari mesin basuh. (Mesin basuh jenis “front load”).

2. Semasa menyidai baju dan mengangkat baju
Minta tolong anak untuk sepit-sepit bajunya sendiri di penyidai. Sangkut penyidai sepit di pagar dahulu, sama tinggi dengan anak. Sama juga bila mengangkat baju. Boleh latih bila anak sudah pandai menerima arahan. Bagus untuk deria sendi. Boleh juga tolak bakul bersama-sama anak.

SEMASA MENGEMAS

1. Menyapu
Latih anak untuk mengemas mainan sendiri, kutip segala sampah yang boleh dikutip.
Mak cuma perlu memantau sahaja ala-ala “queen”. Nampak macam buli anak, tapi aktiviti ini bagus untuk skil motor halus. Belikan penyapu kecil, latih anak untuk menyapu sampah.

2. Menyusun barang
Sambil susun barang, sambil latih dimana barang-barang sepatutnya diletak. Boleh juga, mak jadi ala-ala “queen”, hanya tanya mana barang sekian-sekian dan minta anak cari untuk anak bawah 2 tahun. Bagus untuk merangsang deria penglihatan dan fokus anak. Jadikan aktiviti ini seperti “game” walaupun dalam hati “senang kerja aku tak payah mengutip”. ?

Banyak sebenarnya yang kita boleh kaitkan mengurus rumah sambil melatih anak berdikari. Ikut kreativiti kita sahaja. Anak gembira sebab dapat ikut mak buat kerja, mak pun senang hati bila lama-lama kerja jadi mudah. Dalam melatih anak pula, bukan sehari dua tangan mereka sudah cekap. Perlukan kesabaran yang tinggi, sentiasa beri semangat supaya mereka tak putus asa.

Selamat mengemas sambil bermain dengan anak. Semoga bermanfaat, terima kasih.

sumber : Maryam Jamadi
Occupational Therapist / Terapis Cara Kerja