Sayu hati apabila membaca nukilan Joanna Felicia yang merupakan salah seorang mangsa tragedi helikopter TLDM.
Detik 9.03 pagi pada 23 April 2024 masih menjadi igauan buat semua rakyat Malaysia. Kira-kira jam 9 pagi tadi, mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Kampung Engkeroh.
Lebih meruntun jiwa apabila anak perempuannya bertanya mengenai ibunya. ‘Mami irak gepih’ (mama pergi mana),” kata kanak-kanak perempuan itu Allesia Felice Haslie, 4, dalam bahasa Bidayuh sebaik melihat keranda ibunya, Laskar Kanan Joanna Felicia Rohna, 26, diusung oleh sepasukan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Upacara pengebumian itu turut dilaksanakan dengan penuh adat istiadat ketenteraan, dengan begitu ramai orang menyertainya sebagai penghormatan terakhir.
Allesia adalah anak sulung mendiang Joanna, 25, anggota TLDM yang terkorban dalam nahas dua helikopter iaitu pesawat Fennec (M502-6) dan pesawat HOM (M503-3) yang bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.30 pagi, Selasa lalu.
NUKILAN PENUH SAYU
Sementara itu, nukilan mendiang di facebook buat anak sulungnya menjadi tular setelah coretan itu begitu menyentuh hati. Siapa sangka nukilan bertarikh 12 Julai 2023, bagaikan coretan yang akan dikenang anaknya sehingga dewasa. Dalam coretan itu, mendiang berkata dirinya masih belum bersedia untuk bergelar ibu dan masih lagi berpetualang mengelilingi dunia. Mengakui diri bukan ibu terbaik, mendiang berharap anaknya membacanya ketika dirinya telah tiada.
Untukmu Anak PERTAMA ku…
Yang lahir ketika aku belum siap menjadi seorang ibu..
Bahkan kamu tumbuh di saat teman-temanku masih berpetualang mengelilingi dunia..
Orang bilang,aku yang mendidikmu..
Nyatanya,kamu lah yang mengajarkan hikmah padaku..
Mereka bilang,aku yang merawatmu..
Ads
Nyatanya,kamulah yang merawat jiwa ku hingga bertahan sampai saat ini..
Kata mereka,aku yang mencintaimu..
padahal cintamu padaku tanpa syarat apapun…
Walau sebanyak apapun aku menyakiti hati kecilmu dengan nada tinggiku.
Kata mereka,aku yang membesarkanmu.. padahal kamu yang menguatkan pijakan ku..
Ibu minta maaf Nak..
Atas tiap kemarahan yang tersalurkan padamu.. hanya karena hal sepele..
Ibu berdosa padamu,
Atas setiap perlakuan kasar hanya karena hal yang remeh..
Kadang,Aku merasa tak pantas menjadi orang tuamu..
Ads
kamu berhak bahagia mempunyai ibu yg lebih baik dariku.
Kamu tempat kami belajar banyak hal..
Tempat pertama tercurah segala kasih sayang dan harapan…
Suatu saat,ketika aku telah tiada.. Dan kamu mengenang ku sebagai seorang ibu pemarah.. maka,bacalah ini Nak.. Apapun yang dunia katakan, kamu tetap menjadi cinta pertama Ibu,Selamanya..
*Peluk hangat dari Ibumu yang xsempurna
“Ketika Aku Telah Tiada..Bacalah Ini Nak…” Coretan Joanna Felicia Buat Anak Pertama Undang Sebak
Perenggan terakhir
Sayu membaca kata-kata terakhir. Ia begitu menusuk jiwa apabila mendiang seakan meninggalkan anaknya suatu hari nanti. Tidak mahu salah faham anaknya bahawa dia seorang ibu yang pemarah, coretan itu menjadi bukti kasih sayang tiada berbelah bagi buat anak sulungnya.
Suatu saat,ketika aku telah tiada..
Dan kamu mengenang ku sebagai seorang ibu pemarah.. maka,bacalah ini Nak..
Apapun yang dunia katakan, kamu tetap menjadi cinta pertama Ibu,Selamanya..
Joanna merupakan antara 10 anggota dan pegawai yang terkorban akibat nahas pertembungan dua helikopter yang menjalani raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 sempena Hari Terbuka Armada di Pangkalan TLDM Lumut, Selasa lalu.
Ads
Mendiang yang berusia 25 tahun meninggalkan suami dan dua orang anak kecil.
Peti sejuk atau juga peti ais ibarat peti harta karun yang menempatkan segala macam termasuklah makanan yang sudah di masak, makanan mentah, minuman, buah-buahan, sayuran. Tidak ketinggalan barangan basah seperti ikan, daging, ayam dan sebagainya.
Menyusun barangan di dalam peti ais supaya tampak kemas dan teratur tidak lah sesukar mana, asalkan anda bijak melakukannya.
Jom kita lihat perkongsian dari Hani Mynis bagaimana dia melakukannya dengan cukup teratur selain dapat menempatkan banyak barang.
SEMINGGU sekali hani akan luangkan sikit masa untuk kemas peti ais. Selalunya hari Khamislah sebab nak kena check apa lagi bahan mentah yang masih ada dalam peti ais untuk plan minggu depan punya menu pulak.
Boleh pasang lapik kat setiap shelf. Sekarang dah trend orang pasang glass wallpaper kan? Cantik-cantik semua. Hani dari 3-4 tahun dulu memang setia pakai placemats dari mr. diy je. Hani prefer pakai placemats sebab senang nak tanggalkan placemats untuk pergi cuci kalau placemats tu kotor (tak payah keluarkan tray). Lagi pulak hani suka tukar-tukar style kejap corak bunga-bunga kejap corak lain.
Apa pun, tips hani kalau nak pakai placemats, pilih yang transparent bukan yang legap sebab yang legap menghalang cahaya dari tembus hingga ke shelf paling bawah. Kalau gelap sangat peti ais tu kang tak nampak pulak isi harta karun kat shelf bawah-bawah dan area belakang-belakang.
Pilih satu atau dua warna tema bekas yang nak disimpan dalam peti ais. Untuk setiap container, jika ada, pilih bekas bertapak empat segi dari berbentuk bulat. Jimat ruang dan lebih kemas dari segi visual. Buat pengkhususan setiap shelf untuk letak apa. Optional: labelkan guna masking tape pun ok.
Detail label pengkhususan setiap shelf ada dalam caption gambar sebagai rujukan.
Hani lebih suka bekas bertapak empat segi dari bulat sebab nampak lebih kemas.
Hani pilih seragamkan bekas semua berwarna hijau.
Guna placemats transparent supaya cahaya boleh sampi ke bawah.
Shelf pertama (paste)
Untuk letak pes (contohnya pes bawang merah, cili kering, bawang putih dan bawang putih + halia) letak di shelf paling atas, senang nak ambil sebab ni barang dalam peti ais yang selalu keluar masuk. So letak paling atas senang nak ambil.
Shelf kedua (today):
Ni bahagian untuk letak protein yang akan dimasak untuk “hari ini”. Sebelum keluar pergi kerja pagi-pagi atau sebelum tidur, protein akan diturunkan dari bahagian freezer ke bahagian chiller dan hani letak kat sini.
Shelf kedua (leftover):
Ni bahagian untuk letak lebihan makanan. Simpan dalam bekas bertutup dan bekas microwave-able atau tahan panas kukusan. Sebab nak panaskan nanti senang. Seeloknya kalau simpan lauk tu kat bahagian chiller, kena makan lauk tu dalam masa tiga hari. Kalau agak-agak nak simpn lama nak makan balik minggu depan ke, letak kat bahagian freezer. Kalau hani teringat, akan tulis tarikh lauk guna pelekat je, kalau tak hani just check semula dengan jadual menu mingguan hani bila hani masak lauk tu.
Shelf ketiga (dry foods):
Ni bahagian untuk letak makanan kering. Macam hani simpan ikan bilis, asam keping, belacan, asam jawa. Barang-barang ni sebenarnya boleh je letak luar atau dalam peti ais, takde masalah. Shelf keempat (vegetables):
Untuk letak sayur yang gunakan teknik rendaman dan daun-daun (kari, limau, kunyit, kesum dll)
Vegetables drawer:
Tempat letak sayur-sayur yang dimasukkan dalam ziplock bag. Pastikan sayur dalam ziplock bag tak dihimpap dengan sayur lebih berat atau besar.
Shelf pertama:
Kawasan paling tak sejuk dalam peti ais. Selalu hani kosongkan takpun hani letak masker homemade.
Shelf kedua:
Letak pes-pes lauk (pes tomyam, pes asam rebus) dan cili jeruk.
Shelf ketiga:
Shelf keempat (condiments):
Untuk letak botol sos dan kicap dan juga susu pekat manis.
Ada yang suka simpan kat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”. Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.
SUSU
Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais di bahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpan dengan tin-tin sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason. Tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang. Susu segar/susu kotak simpan kat bahagian dalam, jangan simpan kat bahagian pintu. Bahagian pintu suhunya pling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak.
Cara menyimpan telur dengan betul. Ada dua cara:
1. Simpan di luar peti ais
Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab. Satu, ada tarikh best before dicetak pada bekas telur. Kedua. telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum di mana telur kuning dia berada di tengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang-kurangnya sebelum best before date)
Jangan dibasuh, disebabkan di kulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak.
Simpan di tempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk
2. Simpan dalam peti ais (chiller)
Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak.
Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais.
Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh.
Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais, kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagian pintu peti ais. Kalau kita simpan dekat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada.
Ubat-ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasannya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.
So nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpan je dalam pantry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So pentingnya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu.
Kalau ubat antibiotik selalu hospital atau klinik bagi yang dalam bentuk serbuk, kita balik rumah kena bancuh sendiri kan? Ya, yang ubat tu sahaja boleh simpan dalam peti ais (seeloknya kat bahagian dalam peti bukan kat pintu).
Kemudian, ubat antibiotik tu kena makan dan habiskan dalam tempoh tertentu, contohnya 5 hari, selepas 5 hari kalau ubat tu tak habis, kena buang ya, tak perlu simpan sampi anak tak sihat next time pulak.
Semoga perkongsian bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sempena meraikan Aidilfitri yang disambut dalam suasana norma baharu walau kita tidak dapat berkunjung-kunjungan bertemu sanak saudara dan rakan taulan untuk memeriahkan sambutan hari raya kali ini, namun sambutan lebaran tetap juga dirai dalam suasana yang seadanya.
Pastinya ramai antara kita turut bergambar menggayakan baju raya sedondon sebagai kenang-kenangan. Bahkan semenjak di pagi Syawal hingga ke hari ini, media sosial dipenuhi dengan perkongsian gambar-gambar keluarga menggayakan baju raya. Masing-masing cantik dan segak berpakaian tradisional sedondon.
Hal ini tidak terkecuali penyanyi dan komposer terkenal iaitu Hael Husaini yang memilih tema purple sedondon dengan anak angkatnya, Helena Hael.
Perkenal Twin
Namun, apa yang lebih menarik perhatian melalui entry di IG milik penyanyi lagu ‘Hati’ ini, selain gambar sedondon raya bersama anak Helena, turut memperkenalkan dua orang bayi lelaki dengan berpakaian sedondon dengannya.
Dalam kapsyen ringkas Hael ada mengucapkan selamat Hari Raya buat semua dan sempat memperkenalkan anak kembarnya yang diberi nama Haelmy dan Haelman.
Sehubungan dengan perkongsian ini, warganet berasa teruja melihat keluarga Hael. Tambah-tambah lagi dengan kehadiran anak-anak angkat kembar yang comel.
Bahkan warganet bukan sahaja turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada keluarga Hael bahkan ada juga yang sempat menyakat dengan bertanya kepada Hael di ruangan komen bilakah ‘mummy’ untuk anak-anaknya akan ada sama dalam gambar keluarga di hari raya mereka.
Memiliki ruang dapur yang bersih dan susun atur yang kemas sudah tentu memudahkan urusan memasak.
Selain itu, penstoran yang praktikal dan sempurna akan memudahkan kita mencapai perkakasan memasak dengan cepat.
Dapur yang bersih dan cantik pasti menjadikan mood memasak akan lebih teruja.
Namun untuk memilik kabinet dapur yang cantik memerlukan bajet yang mahal, tapi itu bukan alasan bagi puan Qelaa Arsh yang memilik daya kreatif untuk memiliki ruang penstoran yang praktikal pada harga bajet.
Menerusi perkongsianya, jelas membuktikan almari pakaian kanak-kanak telah diubah suai menjadi kabinet dapur dengan bantuan wallpaper untuk menjadikan kabinet ini lebih cantik!
Jom kita lihat hasil kreativitinya.
Susun atur yang cantik dan kemas!
Almari baju kanak-kanak beli di Gaint. Wallpaper sy pki wallpaper foam eco shop
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.