Sesekali melayan selera keluarga dengan menu berbeza daripada biasa, tentu membuatkan anak beranak teruja di meja makan. Apatah lagi jika menu tersebut berasaskan ketam, memang terbaiklah!
Ketam selain enak dimasak lemak cili padi, sambal atau pun digoreng ringkas, bahkan lain macam keenakan rasanya bila menikmati ketam di masak bersama telur masin. Rasanya memang istimewa dan rugi kiranya andai tidak dicuba sendiri untuk menyediakannya.
Mungkin kah cara atau teknik memasak anda penyebab nasi mudah basi? Apakah petua masak nasi dengan betul untuk mengelakkan daripada cepat basi?
Jom cuba 7 petua masak nasi ini untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. BASUH HINGGA BERSIH
Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. MASUKKAN SECUBIT GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.
Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Andai ditanya, cara bagaimana paling mudah dan cepat yang biasa ibu-ibu lakukan jika roti hampir tamat tempoh, tentu pelbagai jawapannya.
Mungkin ada yang biarkan sahaja, dan bila luput tarikh roti tersebut terus dibuang. Atau ada yang lebih kreatif akan segera memasak menggunakan roti tersebut dengan pelbagai menu.
Ini sebagaimana apa yang dilakukan oleh Puan Lizz ini, jom semak.
Selamatkan roti yang dah nak xpired..jadikan dia dessert..makan sejuk-sejuk…emmm memang sedap!
Itulah yang sering dilakukan oleh Puan Lizz Hassim bila roti yang dibeli tidak habis dimakan.
Menurutnya, bila dimasak sebegini roti yang hendak tamat tarikh luput lebih mudah dan cepat dapatddihabiskan.
Nak tahu apa resipinya, jom semak terlebih dahulu bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan :
4 keping roti
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat
2 cawan air suam
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar gula
1 sudu besar air
Cara masak :
1. Masukkan gula dalam kuali, masak sampai jadi perang. Kemudian masukkan 1 sudu air. Bila jadi karamel, tuangkan do loyang dan biarkan sejuk.
2. Masukkan semua bahan lain ke dalam pengisar dan kisar halus.
3. Setelah itu masukkan adunan ini ke dalam yang berisi karamel tadi.
4. Kukus selama 40 minit dan siap. Pun begitu sejukkan dahulu di dalam peti ais sebelum dimakan.
Stok biskut makin berkurang? Jangan pening kepala kerana anda masih boleh sediakan kudapan ringkas untuk penuhkan stok anda semula. Popia reben adalah jawapannya.
Tengok sahaja gambar Popia Reben Viral ini pasti kita rasa teruja, inikan pula anak-anak kita. Popia berbentuk kipas atau reben ini sebenarnya dihasilkan tanpa resipi tetapi sebaliknya hanya gunakan dua bahan sahaja. Wow hebat!
Kalau bahannya hanya dua, dah tentulah kosnya pun sedikit sahaja. Sambil sediakan makan tengahari, boleh suruh anak-anak buat reben berbentuk kipas ni.
Menurut pemilik popia viral ini, Zura Zul yang berkongsi di grup Makan Apa Hari Ni (MAHN), resipi popia reben ini memang simple nak disediakan tetapi sedikit renyah. Maklumlah nak bentukkan kulit popia menjadi kipas, tentu ambil sedikit masa. Jom cuba cara yang dikongsikannya.
Simple..tapi sedikit renyah nak buat Popia Riben/bunga. Anak-anak memang suka. Laju jer deme makan..☺
Bahan:
Kulit popia
Sosej
Caranya:
1. Potong sosej. Potong agak-agak, tak nipis tak tebal.
2. Ambil straw besar dan tekap pada sosej. Buatkan lubang seperti dalam gambar.
3. Pilih kulit popia saiz kecil dan potong dua.
4. Lipat dan buat macam kipas.
5. Ambil sosej tadi dan masukkan di bahagian tengah kulit popia. Kembangkan dan jadikan bentuk kipas.
6. Panaskan minyak dan goreng kekuningan. Boleh cicah dengan sos cili, makan begitu saja pun sedap. Rangup.
Selamat mencuba.
Sumber: Zura Zul
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...