Sesekali melayan selera keluarga dengan menu berbeza daripada biasa, tentu membuatkan anak beranak teruja di meja makan. Apatah lagi jika menu tersebut berasaskan ketam, memang terbaiklah!
Ketam selain enak dimasak lemak cili padi, sambal atau pun digoreng ringkas, bahkan lain macam keenakan rasanya bila menikmati ketam di masak bersama telur masin. Rasanya memang istimewa dan rugi kiranya andai tidak dicuba sendiri untuk menyediakannya.
Cili padi merupakan antara tanaman kesayangan yang sering digunakan di dalam masakan harian. Namun seringkali juga, tanaman cili ini sukar untuk kekal “hidup”, kurang menjadi, membesar apatah lagi mengeluarkan hasil.
Semua ini berpunca daripada serangan serangga perosak seperti siput, semut hitam, kumbang dan sebagainya. Namun demikian terdapat petua yang cukup mudah untuk mengatasi masalah ini, iaitu hanya dengan menggunakan bawang putih.
Bahan-bahannya:
Beberapa ulas bawang putih
Langkah-langkah:
Tanamkan beberapa ulas bawang putih bersebelahan dengan pokok cili.
Jangan tanam terlalu dalam. Memadai sekadar menimbuskan tanah tersebut.
Biarkan sehingga bawang putih mengeluarkan tunas atau daun, nescaya serangga tidak lagi berani membuat sarang pada pangkal pokok ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Laman Hati-Kebun Bandar:Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika ada masalah angin dalam badan, kita sering dengar nasihat orang tua-tua supaya amalkan minum air halia. Pun begitu, kalau minum air halia semata-mata mungkin ada di antara kita yang tidak boleh meneguknya.
Maklumlah rasa halia sedikit pedas dan baunya agak kuat ‘menyengat’ hidung. Sudahnya ditahan sahaja rasa berangin dalam badan dan akhirnya menyebabkan rasa tidak selesa berpanjangan.
Kasihan rasanya jika terus menangung sakit, jadi apa kata anda cuba minum air susu yang dicampur dengan halia. Rasanya jauh lebih sedap dan menyelerakan. Kalau tidak percaya cubalah, pasti kena dengan tekak anda!
Ingin tahu resipinya? Ini dikongsi oleh Puan Aisyah Badar Bajrai. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
“Susu halia ni salah satu resepi febret Aisyah sebab Aisyah memang suka minum susu. Memula jumpa resepi ni, Aisyah ingatkan rasa dia pelik. Tapi bila dah buat, ehhh sedap la resepi ni. Menyesal try lambat.
“Lepas minum susu ni, angin memang zap zap keluar dari badan. Pastu badan pun rasa ringan sikit. Yang paling best, ibu mengandung yang banyak angin pun boleh minum susu ni tau.”-Aisyah Badar Bajrai
Ok jom kita tengok resipiinya….
Susu Halia
Bahan-bahan:
1 gelas susu ( apa apa brand pun boleh)
2 hiris halia (diketuk)
Caranya:
1. Rebus susu dengan halia sampai mendidih.
2. Kemudian tutup api.
3. Sedia diminum ketika suam
Ekstra Info
Nak tau tak, susu halia ni ada memacam khasiat jugak tau, bukan setakat buang angin je. Susu halia ni boleh membantu
– legakan sakit otot
– kurangkan kulit berminyak
– legakan sakit tekak
– mencegah sakit jantung
– kuatkan antibodi badan
– mencegah morning sickness
– legakan senggugut
– mencegah osteoporosis
– melegakan sembelit
– merawat selesema
Siapa kat rumah dah ada susu dengan halia, jap lagi jangan lupe try. Serious sedap!
sumber : Aisyah Badar Bajrai Via Sihat Cara Bajet (Tips & Petua Sihat Cantik)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini tular media melaporkan dua beradik dari Kampung Seberang Tuan Chik keracunan makanan dipercayai selepas memakan puding buih yang dibeli ibu mereka di sebuah gerai di Bukit tumbuh Rabu lalu.
Kanak-kanak yang berusia sembilan dan tujuh tahun itu mengalami cirit-birit dan muntah pada jam 4 pagi kemudian dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada Khamis dan masih menerima rawatan sehingga kini, namun kedua-duanya stabil dan seorang daripadanya dibenarkan pulang semalam (Ahad).
Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Kasemani Embong berkata ujian makmal akan dijalankan terhadap sampel puding buih tersebut ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Bukit Tunggal dan keputusan akan diperoleh dalam masa tempoh tujuh hari.
Dr Kasemani menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati semasa membeli juadah sepanjang Ramadan bagi mengelak perkara seumpama itu berulang.
“Amalkan kaedah lihat, hidu dan rasa pada makanan sebelum ia dimakan terutama juadah yang menggunakan telur kerana telur yang tidak dimasak sempurna mempunyai risiko menyebabkan keracunan makanan kerana boleh mengandungi bakteria salmonella,” katanya.
4 Elemen Penyumbang Utama Kepada Keracunan Makanan
Mungkin sebelum ini, ramai tidak kenal dengan pencuci mulut tradisi yang sebenarnya telah dimakan berkurun lamanya oleh masyarakat kita.
Kejadian keracunan makanan puding buih boleh berlaku akibat pengendalian makanan yang tidak selamat. Berikut adalah 4 elemen utama yang menyumbang kepada keracunan makanan tersebut:
TELUR
Jika dilihat kepada resepi puding buih, antara bahan ramuan utamanya ialah TELUR. Telur sememangnya terkenal dengan bakteria Salmonella. Jadi telur perlu dicuci bersih sebelum guna dan hanya guna telur yang masih elok/segar sahaja. Telur yang kotor atau Telur yang sudah rosak akan mengandungi bakteria Salmonella yang banyak!
TEKNIK PENYEDIAAN
Telur ayam ini akan diasingkan kuning dan putihnya, dimana putih telur tadi akan dipukul sehingga kembang atau dipanggil sebagai ‘meringue’ dan iannya tidak dimasak! Memang ‘meringue’ ini digunakan secara meluas dalam industri pastri tetapi mereka menggunakan telur yang telah dipasteur bagi memastikan tiada sebarang pencemaran terhadap makanan yang dihasilkan. Suhu selamat untuk masak telur adalah sekurang-kurangnya 75°C.
SUHU PENYIMPANAN
Kalau kita tengok resepi puding buih ini memang berisiko dan suhu penyimpanannya perlu dikawal dengan rapi. Puding tidak boleh dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama kerana ini akan meningkatkan pembiakan bakteria. Puding perlu disimpan pada suhu sejuk dingin (chiller) iaitu antara 0 hingga 10°C.
TEMPOH MASA
Puding perlu dimakan dalam tempoh 4 jam (jika tidak disimpan dalam peti sejuk). Selepas tempoh itu ada kemungkinan besar makanan tersebut telah tercemar dengan bakteria!
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.