Ketam Masak Kari Tanpa Santan, Rasanya Memang Padu & Aroma Memikat!

Share

Menikmati makanan laut memang mempunyai keenakan rasanya yang tersendiri. Bahkan diakui jarang sekali ada orang yang menolak bila terhidang di depan mata. Apatah lagi jika dipelawa merasai kelazatan dan kemanisan rasa masakan berasaskan ketam yang segar.

Pun begitu bila menyebut tentang menu berasaskan ketam, selain enak dimasak sup, gulai lemak, sambal, apa lagi yang boleh disajikan untuk keluarga ye?

Lain tak bukan adalah Kari Ketam! Lain macam sedapnya, itu menurut Veera Saravanan yang turut berkongsi resipi di salah satu group masakan.  Bahkan dia juga turut kongsikan beberapa tip untuk pastikan ketam yang dibeli mempunyai isi yang padat. Barulah puas hati menikmatinya.

Jadi bolehlah dijadikan panduan buat anda dalam menyediakan menu yang bukan sahaja enak malah puas dimakan.

Ketam Kari 

Cara Penyediaan :

1.Tumis halba, daun kari dan biji sawi. Biji sawi kena letup letup ye.

2.Lepas tu tambah bawang dan tomato cincang. Dan juga pes halia dan bawang putih. Masa buat pes ni tambah garam sikit.

3.Tambah serbuk kari ikan. Dan juga serbuk lada hitam. Tumis sampai pecah minyak dan tambah air.

4.Masukkan ketam yang dah siang dan potong dua. Kaki ketam tu bagi hentak sikit dengan anak batu lesung.

5.Biar didih sampai ketam bertukar warna cengkerang dia. Test garam dan tambah garam jika perlu. Kepekatan kuah terpulang pada citarasa sendiri.

6.Kalau nak hias dengan daun ketumbar pun boleh juga.

7.Settle kuah ketam yang power. Makan dengan nasik putih panas panas.

Kalau nak carik ketam berisi ikut tips berikut

Tip 1 : Cari ketam betina. Check perut dia, kalau bentuk perut bawah tu membulat maknanya ketam betina.

Tip 2 : Perati kepit ketam. Cari yang tumpul. Kalau dia tajam macam mata gergaji, maknanya dia baru salin kulit. Tak ada isi, penuh dengan air je.

Tip 3 : Picit perut ketam, kalau dia lembut kompom tak fresh.

Tip 4 : Akhir sekali timbang timbang sikit. Kalau berat tak kena saiz. Elok jangan beli la.

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club