Kekayaan Yang Diwarisi, Aeril & Wawa Kerja Keras Demi Anak-Anak
Setiap ibu bapa pastinya mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak. Sudah tentu pelbagai keperluan untuk anak-anak disediakan untuk memastikan anak membesar dengan sihat dan cemerlang dalam hidupnya.
Namun, ada juga ibu bapa bekerja keras dengan membina empayar dalam perniagaan untuk diwarisi anak
Nyata ibu ayah mahu kekayaan dan kejayaan yang mereka cipta itu akan diwarisi oleh anak tersayan agar masa depan lebih terjamin.
Sebagaimana yang diakui oleh Aktor dan usahawan popular, Aeril Zafrel serta isterinya Wawa Zainal merancang perkara tersebut demi memastikan masa depan anak mereka terjamin.
Memetik Utusan Online, Aeril Zafrel memberitahu bawa anak keduanya Hayla bakal bergelar CEO untuk syarikat yang diusahakan bersama isterinya.
“Kami selalu memberitahu anak kedua, Hayla, dia bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) suatu hari nanti. Memang apa yang kami usahakan sekarang ini demi untuk masa depan mereka.”
“Kami sedang berusaha mencari dan memasang strategi untuk kekalkan perniagaan dalam jangka masa panjang. Seperkara yang saya belajar, untuk naik senang, tetapi untuk kekalkan itu yang susah.”
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
ANAK MINAT BERLAKON NAMUN UTAMAKAN DIDIKAN AGAMA
Bercerita mengenai Hayla, Aeril mengakui anaknya itu mempunyai bakat lakonan yang diwarisi daripada dia dan isteri kerana mampu membawa watak dengan baik sekali.
“Kami galakkan Hayla masuk industri hiburan kerana dia ada bakat. Bukan senang untuk kanak-kanak pada usia sepertinya mengingati skrip, melakonkan watak sedih dan tidak malu bila berada di hadapan kamera.
“Saya sudah 16 tahun dalam industri. Sebagai anak seni, saya dapat membezakan pelakon yang dikurniakan anugerah istimewa atau dipaksa-paksa beraksi di depan kamera.
“Saya dan Wawa tengok Hayla paling berbakat, selain anak ketiga kami, Soffya. Mereka kelihatan ‘natural’ di depan kamera. Tetapi, kami tanya juga minat dan apa yang ingin mereka buat.
“Tidak kisah apa minat mereka kerana paling penting, kami tekankan didikan asas, termasuk aspek agama. Itu yang paling utama.”
Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 2013 dan dikurniakan Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang kini berusia setahun.
Tidak hairanlah jika dikatakan dunia anak-anak kita hari ini jauh bezanya dengan zaman kita dahulu. Apa tidaknya, lihat sahaja setiap ruang masa yang mereka lalui pasti ada dibayangi dengan penggunaan teknologi terkini.
Umpamanya, pelbagai permainan video dan kandungan visual pada platform dalam talian telah merubah cara anak-anak kita bermain. Ini secara tidak langsung telah memberi kesan kepada anak-anak muda dan remaja yang dilihat menjadi kurang aktif dari aspek fizikal dan sosial.
Trend yang membimbangkan ini telah dilaporkan baru-baru ini, mendedahkan lebih daripada separuh remaja Malaysia mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif dan lebih suka duduk berjam-jam tanpa sebarang aktiviti fizikal. Akibatnya, mereka terlepas peluang untuk merasai dan melalui proses pembelajaran aktif semasa bermain.
Charlene Marie Samuel, Pengarah Pusat Perilaku Autisme dan ahli terapi Analisis Terapi Terapan yang terlatih berkata, “Masa bermain adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak terutamanya waktu kanak-kanak ini adalah menjadi waktu yang cukup penting dalam membentuk siapa mereka di masa akan datang.
“Dengan bermain, ia membolehkan mereka mempelajari kemahiran penting seperti penyelesaian masalah, bekerja dalam pasukan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru – semuanya itu sangat berguna apabila mereka semakin membesar. ”
Sehubungan dengan itu, bersempena musim cuti sekolah yang tidak lama lagi, SuperPark Malaysia sebuah taman aktiviti dalaman yang paling mesra di seluruh dunia baru-baru ini memperkenalkan SuperDayCamp. Iaitu satu program unik yang dilengkapi dengan pelbagai aktiviti sukan yang menarik untuk memupuk kecergasan, kebolehan kognitif dan kerja berpasukan.
SuperDayCamp menyediakan alternatif untuk semua kanak-kanak berumur empat hingga sepuluh tahun dengan nisbah 1: 7, seorang jurulatih untuk tujuh kanak-kanak. Setiap peserta akan dibimbing menerusi kegiatan bermain di dalam taman untuk membangunkan kesejahteraan fizikal, mental, emosi dan sosial – kualiti penting untuk membantu kanak-kanak berkembang dan menjadi sukses di sekolah dan di dalam kehidupan.
“Memperluas konsep utama kami tentang ‘kuasa bermain’, SuperDayCamp akan dapat menguatkan hubungan, membina kepercayaan dan menyokong keyakinan diri, memberi kanak-kanak permulaan awal dalam membangun landasan yang kuat dalam kemahiran hidup. Ianya disahkan oleh Lembaga Pendidikan Finland dan kem hari ini menawarkan pengalaman pembelajaran pelbagai lapisan di mana para peserta boleh mengeluarkan peluh sambil berseronok.
“Malah menariknya juga, kem ini dijalankan di dalam persekitaran yang tertutup, bebas dari terkena hujan dan panas. Ini sekali gus membuatkan ibu bapa tidak berasa bimbang sepanjang anak-anak melakukan aktiviti di sini sepanjang cuti sekolah ini. , “kata Andes S.H Wong, Pengurus Pemasaran Kanan, SuperPark Malaysia.
Ekstra info SuperDayCamp!
Kanak-kanak boleh menghadiri sama ada kem sehari atau kem tiga hari sepanjang hari Isnin – Rabu dari 25 November 2019 hingga 18 Disember 2019. Program SuperDayCamp ini akan bermula dari 9:00 pagi hingga 3:30 petang dan untuk maklumat lanjut mengenai SuperDark Malaysia SuperDayCamp ini, klik SINI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setelah 11 minggu berlangsung program Gegar Vaganza, semalam berakhirnya program tersebut dengan menobatkan penyanyi, Jaclyn Victor sebagai juara!
Jaclyn yang memenangi wang tunai bernilai RM100,000 itu berhajat untuk membahagikan wang tersebut kepada dua orang anaknya, iaitu Jonah Joshiah Rivera, 7, dan Molly Marguerite Rivera, 5, sebagai simpanan masa depan.
“Saya amat bersyukur dengan kemenangan ini. Segala kepayahan selama 11 minggu ini berbaloi. Apa yang penonton nampak di kaca TV tak semudah yang dibayangkan.
“Dengan hadiah kemenangan ini saya hanya terfikir untuk berikan wang itu kepada dua orang anak saya untuk simpanan masa hadapan.
“Tak terfikir nak beli apa-apa lagi kerana mereka pun setakat ini dah cukup segalanya terutama mainan yang rasanya banyak dah tu.
“Jadi lebih baik duit ini masuk untuk tabungan mereka sahaja kerana sebelum ini pun apa-apa duit saya galakkan untuk mereka menyimpan,” katanya.
Selain wang tunai, Jaclyn turut menerima hadiah sebuah trofi serta percutian ke Paris.
Tiada perancangan terperinci selepas memenangi pertandincan berkenaan, Jaclyn yang merupakan seorang ibu tunggal itu memberitahu dia hanya mahu bercuti bersama anak-anaknya.
“Selepas ini, saya akan berehat dan bercuti bersama anak-anak kerana mahu luangkan masa lebih kepada mereka.
“Yelah, selama 11 minggu saya di GV9 saya kurang luangkan masa bersama mereka kerana terpaksa melakukan persiapan untuk persembahan, kongsinya.
Jaclyn berpisah dengan suami, Shawn Rivera sejak dua tahun lalu selepas lima tahun hidup bersama.
Sumber : Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...