Ketahui Cara Nak Pikat Hati Suami. Ini Yang Isteri Kena Tahu

Share

Selepas beberapa tahun berkahwin, hati mulai terasa bosan dengan pasangan. Mengapa hal ini boleh terjadi? Pupuklah kembali rasa kasih sayang itu agar kehangatannya seperti anda baru berkahwin.

1. Tunggu suami di pintu

Suatu perkara yang disenangi oleh pihak suami ketika dia pulang kerja ialah isteri bersedia dengan muka yang manis di hadapan muka pintu. Tentu hilang segala keletihan yang ditanggung oleh suami di tempat kerja apabila melihat senyuman manis isteri. Apatah lagi, si isteri menyediakan segelas air untuk melepaskan dahaga. Tentu cik abang tambah sayang!

2. Pasang VCD cerita filem pertama yang anda tonton semasa ‘date’ pertama dan sajikan makanan enak

Masihkan anda ingat lagi waktu anda pertama kali keluar dengan si dia? Amboi! Waktu itu semua dirasakan indah belaka. Harap anda masih ingat lagi cerita filem yang anda berdua tonton sewaktu pertama kali keluar berdua. Hah! Apa lagi, pinjam semula cerita itu dari mana-mana kedai dan tontonlah semula. Suami atau isteri anda pasti tersenyum dan faham maksud anda. Tambah merancakkan lagi, hidanglah makanan yang enak-enak ketika menonton.

3. Ikut bermain mainan kegemarannya walaupun anda tak suka

Kegemaran suami mungkin bukan kegemaran anda. Begitu juga suami yang tidak menggemari hobi isteri seperti memasak atau berkebun. Apapun, isteri contohnya bolehlah cuba berjinak-jinak dengan kegemaran suami yang suka bermain badminton. Jika anda tidak pandai bermain badminton cukuplah sekadar menjadi penonton ketika dia bermain dengan rakan-rakannya. Tambah manis jika anda membantunya mengelap peluh atau sekurang-kurangnya menuang air untuknya.

4. Nyanyikan lagu kegemaran anda berdua sewaktu dalam perjalanan

Masa asyik bercinta dulu, pasti anda berdua ada meminati lagu-lagu tertentu. Lagu ‘My Heart Will Go On’ contohnya menjadi kegilaan pasangan yang begitu asyik bercinta sedikit masa dahulu. Atau setidak-tidaknya mungkin lagu daripada penyanyi tempatan seperti ‘Dua Insan Bercinta’nyanyian Ella boleh dijadikan tema percintaan anda berdua. Apa kata, setelah masuk tahun kelima anda berumahtangga ini, nyanyikan semula lagu-lagu tersebut ketika anda berdua-duaan. Pasti suasana menjadi syahdu sekali.

5. Baiki bajunya yang koyak dan kemaskan almarinya

Sekali-sekala, beleklah baju-baju lama suami dan jahitlah mana-mana baju atau kainnya yang koyak. Selain itu anda boleh mengemas almari bajunya supaya kelihatan kemas dan sedap mata memandang.

6. Tempah mug dengan foto anda berdua

Barangkali idea untuk menempah mug yang tertera wajah anda dan pasangan mungkin idea yang sungguh menarik. Mug bukanlah mahal sangat tetapi dengan meletakkan gambar anda berdua ia ajan menjanjikan kenangan seumur hidup yang sangat manis. Anak-anak pun tumpang gembira kerana wajah ibubapa mereka boleh ditatap setiap hari.

7. Tatap anak matanya dalam-dalam

Setiap hari apabila anda bangun daripada tidur anda mungkin lupa untuk menoleh pasangan anda di sebelah. Namun, hari ini mulakan dimensi baru dalam hidup anda. Kejutkan pasangan anda dan tataplah anak matanya dalam-dalam dengan renungan yang sungguh manja. Pasangan anda mesti gembira bercampur terkejut dengan tindakan anda. Itulah yang perlu dilakukan untuk menghangatkan kembali sebuah hubungan kasih sayang.

8. Kejutkan dia dan ajak berkelah hujung minggu

Hendak ke mana hujung minggu ini? Bangun daripada tidur bersiap-siaplah dengan kelengkapan berkelah dan kejutkan pasangan anda yang tengah nyenyak tidur. Katakan kepadanya yang anda mahu membawanya berkelah di suatu tempat yang istimewa. Biarkan dia terpinga-pinga kerana anda memang mahu membuat kejutan untuknya.

Sumber: sharifahkamal.blogspot.com