Selepas beberapa tahun berkahwin, hati mulai terasa bosan dengan pasangan. Mengapa hal ini boleh terjadi? Pupuklah kembali rasa kasih sayang itu agar kehangatannya seperti anda baru berkahwin.
1. Tunggu suami di pintu
Suatu perkara yang disenangi oleh pihak suami ketika dia pulang kerja ialah isteri bersedia dengan muka yang manis di hadapan muka pintu. Tentu hilang segala keletihan yang ditanggung oleh suami di tempat kerja apabila melihat senyuman manis isteri. Apatah lagi, si isteri menyediakan segelas air untuk melepaskan dahaga. Tentu cik abang tambah sayang!
2. Pasang VCD cerita filem pertama yang anda tonton semasa ‘date’ pertama dan sajikan makanan enak
Masihkan anda ingat lagi waktu anda pertama kali keluar dengan si dia? Amboi! Waktu itu semua dirasakan indah belaka. Harap anda masih ingat lagi cerita filem yang anda berdua tonton sewaktu pertama kali keluar berdua. Hah! Apa lagi, pinjam semula cerita itu dari mana-mana kedai dan tontonlah semula. Suami atau isteri anda pasti tersenyum dan faham maksud anda. Tambah merancakkan lagi, hidanglah makanan yang enak-enak ketika menonton.
Ads
3. Ikut bermain mainan kegemarannya walaupun anda tak suka
Kegemaran suami mungkin bukan kegemaran anda. Begitu juga suami yang tidak menggemari hobi isteri seperti memasak atau berkebun. Apapun, isteri contohnya bolehlah cuba berjinak-jinak dengan kegemaran suami yang suka bermain badminton. Jika anda tidak pandai bermain badminton cukuplah sekadar menjadi penonton ketika dia bermain dengan rakan-rakannya. Tambah manis jika anda membantunya mengelap peluh atau sekurang-kurangnya menuang air untuknya.
4. Nyanyikan lagu kegemaran anda berdua sewaktu dalam perjalanan
Masa asyik bercinta dulu, pasti anda berdua ada meminati lagu-lagu tertentu. Lagu ‘My Heart Will Go On’ contohnya menjadi kegilaan pasangan yang begitu asyik bercinta sedikit masa dahulu. Atau setidak-tidaknya mungkin lagu daripada penyanyi tempatan seperti ‘Dua Insan Bercinta’nyanyian Ella boleh dijadikan tema percintaan anda berdua. Apa kata, setelah masuk tahun kelima anda berumahtangga ini, nyanyikan semula lagu-lagu tersebut ketika anda berdua-duaan. Pasti suasana menjadi syahdu sekali.
Ads
5. Baiki bajunya yang koyak dan kemaskan almarinya
Sekali-sekala, beleklah baju-baju lama suami dan jahitlah mana-mana baju atau kainnya yang koyak. Selain itu anda boleh mengemas almari bajunya supaya kelihatan kemas dan sedap mata memandang.
6. Tempah mug dengan foto anda berdua
Barangkali idea untuk menempah mug yang tertera wajah anda dan pasangan mungkin idea yang sungguh menarik. Mug bukanlah mahal sangat tetapi dengan meletakkan gambar anda berdua ia ajan menjanjikan kenangan seumur hidup yang sangat manis. Anak-anak pun tumpang gembira kerana wajah ibubapa mereka boleh ditatap setiap hari.
Ads
7. Tatap anak matanya dalam-dalam
Setiap hari apabila anda bangun daripada tidur anda mungkin lupa untuk menoleh pasangan anda di sebelah. Namun, hari ini mulakan dimensi baru dalam hidup anda. Kejutkan pasangan anda dan tataplah anak matanya dalam-dalam dengan renungan yang sungguh manja. Pasangan anda mesti gembira bercampur terkejut dengan tindakan anda. Itulah yang perlu dilakukan untuk menghangatkan kembali sebuah hubungan kasih sayang.
8. Kejutkan dia dan ajak berkelah hujung minggu
Hendak ke mana hujung minggu ini? Bangun daripada tidur bersiap-siaplah dengan kelengkapan berkelah dan kejutkan pasangan anda yang tengah nyenyak tidur. Katakan kepadanya yang anda mahu membawanya berkelah di suatu tempat yang istimewa. Biarkan dia terpinga-pinga kerana anda memang mahu membuat kejutan untuknya.
Sumber: sharifahkamal.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak mana yang sanggup melihat ibu yang dikasihi ditimpa kesusahan. Jika selama ini, ibulah yang melindungi kita, namun sekiranya melihat ibu ditimpa kesusahan atau keperitan pasti anak akan tampil untuk melindungi.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang memegang payung untuk melindungi ibunya dari terkena hujan sewaktu sedang solat terawih.
Momen yang menyentuh hati ini telah dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok @n0tyourhabibtii dan mendapat reaksi positif dari netizen. Ramai yang tersentuh melihat kesungguhan kanak-kanak ini memayungi ibunya agar tidak dibasahi oleh hujan.
“Dengan berhati-hati, dia mengikut gerakan ibunya bersolat demi memastikan ibunya tidak basah. Murni sungguh hatinya.” – Netizen
Dalam video itu tersebut turut kelihatan jemaah lain dibasahi hujan ketika menunaikan solat terawih di luar masjid sehingga lencun.
Meskipun kucing adalah binatang yang comel dan manja hakikatnya masih terdapat ramai orang yang takut terhadap kucing.
Hakikatnya kucing adalah antara haiwan kesayang yang sering dijadikan peneman setia. Seperti yang kita ketahui bahawa ia adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SWT.
Namun tahukah bahawa memelihara kucing ternyata mampu memberikan manfaat bagi kesihatan tubuh dan mental. Malah ia juga punca kepada rezeki yang melimpah ruah.
Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah ini bukan sahaja mendapat ganjaran pahala tetapi akan dibalas dalam pelbagai bentuk kebaikan, bukan sahaja material dan wang ringgit. Kadang-kala kita sendiri tidak sedar akan perkara tersebut.
Begitula perkongsian wanita ini melalui pengamalan sendiri bahawa berkasih sayang sesama haiwan banyak manfaatnya.
Tahu tak kucing (semua haiwan) yg kita pelihara boleh dijadikan ‘mesin pahala’ utk kita tau.
Secara umumnya semua haiwan yg kita jumpa boleh menjadi sebab untuk kita beroleh pahala atau dosa. Terpulang kpd kita cara utk manfaatkan kehadiran haiwan-haiwan ini untuk nasib yang baik pada Hari Akhirat nanti.
Janganlah zalimi mereka.Tetapi, sayangilah mereka dan berlaku adillah. Moga-moga ia memberatkan lagi catitan amal soleh kita, amin…
Nama kucing tua saya nie “Bear”, kutip kucing jalanan nie lebih kurang 3 tahun dulu, manja melampau, suka teman org solat.
Bila tgh berdoa, die melukut diriba macam tu.. harap tgh mengaminkan doa kami sekeluarga insyaallah
MANFAAT PELIHARA SI BULUS
Selain rezeki yang melimpah ruah, memelihara haiwan yang comel ini banyak manfaatnye termasuk 1. Menghilangkan Stres
Manfaat memelihara kucing yang pertama yakni membantu menghilangkan stress. Ketika kita memelihara kucing maka kita akan lebih banyak menghabiskan waktu dengan kucing dan ketika itu otak akan melepas hormon oksitosin. Hormon oksitosin ini berfungsi untuk menciptakan rasa tenang dan rilek
2. Meningkatkan Kekebalan Tubuh
Penelitian yang dilakukan oleh National Institutes of Health menyebut bahawa anak-anak yang berada pada usia di bawah satu tahun memiliki kemungkinan kecil terpapar alergi karena interaksi dengan terhadap kucing. Kucing dapat meningkatkan kekebalan tubuh dengan menjauhkan alergi yang mungkin saja dapat menyerang tubuh.
3. Mencegah Penyakit Jantung
Mengelus dan membelai kucing akan memiliki efek menenangkan yang positif. Dengan afeksi tersebut, kucing mampu menurunkan tingkat stres dan menurunkan kecemasan. Oleh sebab itu, orang yang memelihara kucing memiliki risiko serangan jantung 30 persen lebih kecil dibandingkan orang yang tidak memelihara kucing.
Pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya selamat bersalin anak perempuan, jam 9.15 pagi tadi. Berita gembira tersebut dimuat naik dalam laman instagram pasangan ini.
“Alhamdulillah, saya sekarang sudah menjadi bapa kepada dua cahaya mata. Proses bersalin Scha juga dipermudahkan. Scha dan bayi kami dalam keadaan baik,” Ujar Awal dalam perkongsiannya beraama Harian Metro.
Awal juga melahirkan rasa syukur apabila impian mendapatkan cahaya mata kedua dimakbulkan selepas menanti hampir enam tahun selepas kelahiran anak sulung mereka, Lara Alana.
Sementara itu. dalam laman ins,pasangan ini turut berkongsi berita tersebut.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kami sekelurga memanjatkan syukur kehadarat Allah SWT diatas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.
Bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.
Kedua dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan.
Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.
Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan Inshallah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak.
Stay safe, and welcome to the world Baby L.
#schawaljr
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...