Mesti anda bukan pertama kali dengar mak-mak yang mengandung akan ada fasa datang satu tabiat pelik yang mereka akan hadapi. Tak payah pandang jauh, mungkin diri sendiri yang mengalami perkara tersebut! Kalau mengidam benda biasa tak mengapa, yang susah nak cari tu sabar je la cik abang nak realisasikan permintaan itu.
Misalnya seperti yang tular baru-baru ini, ada seorang ibu mengandung berkongsi tabiat peliknya yang gemar memakan beras di dalam satu video yang dimuat naik di Tiktok miliknya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sheeyunus, rakaman menunjukkan seorang individu sedang mengambil beberapa butir beras lalu membasuhnya.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila sesudah membasuh beras tersebut, indicidu tersebut terus memakan beras yang dibasuh tadi tanpa memasaknya terlebih dahulu!
@sheeyunus My current addiction, makan beras. Korang ?? #fyp #pregnant #mommy ♬ Это любовь – Амирчик
Rupanya… Bukan wanita ini sahaja yang bersikap demikian! Meninjau di ruangan komen, rata-rata berkongsi pernah melalui detik itu juga. Malah ada yang bukan mengandung juga berkongsi dirinya sememangnya gemar memakan beras begitu sahaja. Tidak ketinggalan orang lain turut berkongsi tabiat pelik yang mereka alami sejak berbadan dua juga.
Sumber : Tiktok @sheeyunus
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini