Ketagih Gajet Beri Kesan Tingkahlaku Dan Pembelajaran. Ibu Ayah Kena Alert

Share

Umum mengetahui bahaya gajet kepada kanak-kanak memberi kesan kepada perkembangan diri anak itu. Malah ia turut menyebabkan tingkah laku anak itu tidak normal dengan kanak-kanak lain.

Jadi jangan buat main jika membiarkan anak ketagih gajet.

Ikuti perkongsian oleh Terapis Norzi Malek yang amat bermanfaat untuk memberi kesedaran kepada  ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Julai lepas, kami ada menerima new case untuk seorang pelajar lelaki yang berumur 9 tahun. Kes dirujuk disebabkan pelajar ini tidak dapat fokus di dalam kelas dan mempunyai Behavior Problem (Masalah Tingkahlaku).

Sepanjang 3 kali sesi therapy, memang sukar untuk saya katakan yang pelajar ini bermasalah.

Beliau sangat baik, behave well sepanjang sesi therapy, boleh membaca, menulis dan mewarna dengan begitu cantik serta mempunyai Sitting Tolerance (kebolehan duduk menghabiskan task) yang sangat bagus.

Semasa sesi ke 4, saya perasan dahi dia benjol-benjol dan bengkak-bengkak. Saya tanya dia “Kenapa dahi awak bengkak?”.

Dia menjawap dengan begitu tenang sekali.
“Saya lompat dari atas bukit di sekolah”.

“Kenapa lompat?”

Dia menjawap :”Saya tidak dapat memasukkan bola ke dalam jaring semasa bermain bola sepak” ( 1 point dikenalpasti).

Saya bertanya lagi.
“Awak tak sakit ke?”

Dia jawap “Tak sakitlah Cikgu. Sikit je ni. Saya tak menangis pon masa jatuh.” (2 point dikenalpasti).

Saya terdiam. Lama kemudian saya bertanya kembali.

“Awak tak rasa awak sakiti diri awak dengan melompat macam ni?”

Dia tersenyum polos sambil memandang wajah saya.

“Ni cara saya denda diri saya Cikgu. Saya sepatutnya perlu lebih pandai bermain bola”. (3 point. BINGO!)

Lepas tamat sesi therapy, saya menyambung sesi Parent’s Education bersama Mommy pelajar itu.

“Ada tak perkara yang Mommy terlepas pandang nak cerita pada saya berkenaan anak Mommy?”

Saya pointkan isu anak beliau yang mencederakan diri sendiri jika tidak dapat melakukan sesuatu dengan baik.

Mommynya mengeluh panjang. Muram dan mula bercerita.

” Sebenarnya Cikgu, semasa anak saya kecil, saya beri Smartphone pada dia setiap hari. Walaupun sekejap, namun hari-hari dia akan bermain dengan Smartphone saya.

Game kanak-kanak, tengok Youtube untuk menonton kartun, mendengar lagu, semua dia tahu guna.

Sejak dari itu, saya perasan sesuatu. Jika dia kalah bermain game, dia akan mula meraung-raung, tergolek-golek di atas lantai, mula pukul diri sendiri dan pecahkan barang dalam rumah.

Jadi, semasa anak saya berumur 6 tahun, saya hentikan pemberian smartphone selepas melihat tantrumnya semakin teruk.

Cuma memang saya tak jangka, bila masuk Sekolah Rendah dia sangat mudah kecewa. Semasa sesi pendidikan Jasmani, dia akan mudah mengamuk jika dia tidak dapat buat seperti mana yang dia impikan”.

Saya terdiam. Mommynya sambung lagi.

“Ni bengkak-bengkak ni sebab dia lompat dari atas bukit, tergolek jatuh sampai ke bawah”.

#############################

Mommy-Mommy sekalian,
Di sini saya nak tekankan beberapa isu.

1). Sentiasa pantau tingkahlaku anak-anak yang luar biasa. Dalam kisah ini, si anak telah mula mencederakan diri sendiri sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Mencederakan diri sendiri bukanlah sesuatu yang boleh dianggap normal. Itu sangat luar biasa dan berbahaya.

Selain dari contoh saya beri, mengigit anggota badan sendiri sehingga terluka, menghantukkan kepala ke dinding, mengigit bibir sehingga berdarah, dan menarik rambut dengan sangat kuat adalah salah satu bentuk mencederakan diri sendiri.

Ia mesti dihentikan segera dan harus dirawat dengan kaedah yang betul.

2).Menghukum diri sendiri disebabkan sesuatu hasrat tidak tercapai bukanlah satu perkara yang betul. Perbuatan ini akan menyebabkan perlakunya tidak menyayangi diri sendiri dan berasakan dirinya tiada nilai.

Tingkahlaku yang buruk perlu dihentikan kerana ia akan menjadi satu kebiasaan yang normal.

3). Jika anak-anak mempunyai Frustration Tolerance (kebolehan mengawal kekecewaan) yang sangat lemah, tugas kita perlu lah sentiasa memberi kata-kata perangsang untuk menaikkan motivasi si anak.

Motivasi ibarat makanan ruji bagi minda dan jiwa anak-anak. Perlu sentiasa diberi dan disuap. Tanpa motivasi, jiwa anak-anak akan diibaratkan seperti tin kosong.

Motivasi dan semangat yang kerap diberi akan menaikkan Self Esteem dan Self Confident anak kita.

Tidaklah sesukar mana, boleh ucap Tahniah apabila dia berjaya melakukan sesuatu, boleh juga puji “Pandai” dan peluk dirinya untuk tunjukkan kita menghargai segala usaha yang dia lakukan.

4). Kekurangan Sensory Processing.
Jika Mommy dapati anak-anak mencederakan diri sendiri namun tidak berasa sakit, ini menunjukkan anak-anak mempunyai masalah dalam Sensory yang perlu diberi rawatan.

Jika tidak dirawat, kecenderungan mereka untuk mencederakan diri akan kerap berlaku kerana mereka tiada sensory sakit.

Nota kaki : Pemberian gajet secara berterusan dan tanpa pemantauan akan memberi kesan negatif kepada kesihatan Mental anak-anak.

Siasat secara telus jika terdapat kesan lebam pada badan anak-anak kita. Mungkin bukan disebabkan buli, tetapi kesan daripada mencederakan diri sendiri.

Hargai masa bersama anak-anak tanpa pertolongan gajet kerana di situ letaknya kesihatan Mental yang baik untuk pembentukan jati diri mereka.

#SayNoToGajet

Norzi Malek
Dari Therapist Untuk Therapy
Isnin, 30 September 2019.