Normalisa berkata, pembedahan pada kepala kali pertama dilakukan awal Januari lalu bertujuan untuk membuang cecair yang dikatakan berlebihan dalam otaknya.
“Pembedahan kedua terpaksa dilakukan pertengahan Januari berikutnya apabila doktor mendapati berlaku jangkitan kuman pada kepalanya, selain perlu memasukkan tiup pada otak hingga ke jantungnya,” katanya.
Normalisa berkata, doktor memaklumkan Nur Shadia Ain terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani rawatan radiotrafi empat kali seminggu, tetapi pihak HSNZ belum tetapkan tarikhnya.
“Kos rawatan, termasuk penginapan sepanjang Nur Shadia Ain menjalani rawatan di HKL dianggarkan melebihi RM25,000,” katanya.
Normalisa berkata, pendapatan suaminya, Shaiful Aswadi Jusoh, 39, yang hanya berkerja sebagai pemandu lori tidak mampu untuk menyediakan kos rawatan yang dianggarkan melebihi RM25,000, melainkan bantuan orang ramai.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri ada menyediakan tabung pesakit kronik dikendalikan Tabung Darul Iman (TDI) bagi membantu kos rawatan diperlukan Nur Shadia Ain.
“Kita sudah minta Normalisa dan suaminya, Shaiful Aswadi mendapatkan borang bantuan serta mengemukakan segera permohonan berserta dokumen lain, termasuk surat pengesahan dikeluarkan HSNZ,” katanya.