Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul. Siapa sangka anak yang cegas dan sihat, kini hidupnya ditimpa duka setelah didapati ada ketumbuhan dikepalanya. Lebih menyedihnya, merosotan kesihatanya berlaku secara tiba-tiba setelah mengalami masalah berjalan, selain kaki dan tangan sebelah kiri seolah-olah sukar digerakkan ketika pulang ke rumah selepas bermain bersama rakannya pada cuti persekolahan, Disember lalu.

Ads
Ads
Ads
Ketabahan Murid Darjah Empat Hadapi Dua Kali Pembedahan, Sungguh Menyentuh hati!
Menurut laporan harian metro, pada usia yang baru menjangkau 10 tahun ini bakal menempuh hari mendatang dengan penuh derita selepas terpaksa menjalani dua pembedahan untuk membuang cecair dalam otaknya akibat ketumbuhan.
Meskipun begitu, Nur Shadia Ain dari Kampung Bukit Cempaka, Batu Rakit, Kuala Nerus, itu langsung tidak menunjukkan kesakitan, malah tetap tersenyum dan petah bercakap meminta ibu serta bapanya menggosok ‘bekas’ luka pembedahan di kepala.
Ibunya, Normalisa Omar, 36, berkata, anak ketiga daripada tiga beradik itu sebelum ini aktif seperti kanak-kanak lain dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghidap sebarang penyakit.
Bagaimanapun, katanya, Nur Shadia Ain yang juga murid Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Cempaka itu secara tiba-tiba mengalami masalah berjalan, selain kaki dan tangan sebelah kiri seolah-olah sukar digerakkan ketika pulang ke rumah selepas bermain bersama rakannya pada cuti persekolahan, Disember lalu.
“Dia juga kerap muntah selepas makan dan minum menyebabkan kami terpaksa membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan selanjutnya.
“Kami terkejut apabila doktor memaklumkan Nur Shadia Ain perlu menjalani pembedahan di kepala segera selepas imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dilakukan mendapati ada ketumbuhan dalam kepalanya,” katanya ketika ditemui di kediamannya, hari ini.
JALANI DUA KALI PEMBEDAHAN DALAM TEMPOH SEBULAN
Ketabahan Murid Darjah Empat Hadapi Dua Kali Pembedahan, Sungguh Menyentuh hati!
Normalisa berkata, pembedahan pada kepala kali pertama dilakukan awal Januari lalu bertujuan untuk membuang cecair yang dikatakan berlebihan dalam otaknya.
“Pembedahan kedua terpaksa dilakukan pertengahan Januari berikutnya apabila doktor mendapati berlaku jangkitan kuman pada kepalanya, selain perlu memasukkan tiup pada otak hingga ke jantungnya,” katanya.
Normalisa berkata, doktor memaklumkan Nur Shadia Ain terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani rawatan radiotrafi empat kali seminggu, tetapi pihak HSNZ belum tetapkan tarikhnya.
“Kos rawatan, termasuk penginapan sepanjang Nur Shadia Ain menjalani rawatan di HKL dianggarkan melebihi RM25,000,” katanya.
Normalisa berkata, pendapatan suaminya, Shaiful Aswadi Jusoh, 39, yang hanya berkerja sebagai pemandu lori tidak mampu untuk menyediakan kos rawatan yang dianggarkan melebihi RM25,000, melainkan bantuan orang ramai.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri ada menyediakan tabung pesakit kronik dikendalikan Tabung Darul Iman (TDI) bagi membantu kos rawatan diperlukan Nur Shadia Ain.
“Kita sudah minta Normalisa dan suaminya, Shaiful Aswadi mendapatkan borang bantuan serta mengemukakan segera permohonan berserta dokumen lain, termasuk surat pengesahan dikeluarkan HSNZ,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI