Ketaatan Isteri Perlu Dibalas Dengan Tanggungjawab Suami. Deep Perkongsian Ni, Bersama Renungkan!

Share

Keharmonian, kebahagiaan dan kepercayaan dalam rumah tangga perlu dibina dan semuanya terletak pada usaha seorang lelaki yang bergelar suami dan wanita sebagai isteri.

Jika diimbau, setiap antara kita sebelum melangkah ke alam perkahwinan pastinya bagi setiap wanita mengimpikan untuk mendapat suami yang beriman dan baik terhadap dirinya. Begitu juga di pihak lelaki mahukan isteri yang baik, taat dan mampu menguruskan rumah tangga.

Oleh itu bagi mendapatkan ketaatan isteri, suami perlu  balas dengan tanggungjawab. Caranya bagaimana?

Hal ini dikongsikan sendiri oleh seorang lelaki bergelar suami untuk dijadikan peringatan bersama. Menurut katanya, sepanjang mendirikan rumahtangga, belum sekali pun dirinya mengugut isteri atau menggunakan ayat “syurga isteri di bawah tapak kaki seorang suami…”

Terlalu besar dan tak tercapai untuk digunakan bagi mendapatkan ketaatan isteri…

Saya sendiri pun belum tentu boleh masuk syurga…takkan saya boleh decide untuk orang lain pulak walaupun dia tu adalah isteri sendiri…apa yang boleh seorang suami macam saya ni buat ialah, jadikan isteri seorang yang taat dengan bertanggungjawab ke atas dirinya, jalankan kewajipan terhadap dirinya dan juga tunaikan hak yang patut seorang isteri dapat…

ARTIKEL MENARIK : Suami Nak Dapatkan Nasihat Paling Ikhlas & Paling Berniat Baik, Carilah Isteri. Deep perkongsian Ni!

Bila dia taat pada suaminya, maka mudah untuk dia masuk syurga…

 

Tiket ke syurga bagi seorang isteri adalah ketaatan dia pada suami…namun, ketaatan ini bukanlah sesuatu yang boleh disuruh, diperintah atau dibagi arahan begitu sahaja…ianya di bina perlahan-lahan sejak hari pertama dia bergelar isteri…

Semua suami nak seorang isteri yang taat…tak ada seorang suami pun yang nak seorang isteri yang derhaka, melawan cakap dan sebagainya…sama jugak di pihak isteri…tak ada seorang isteri pun yang nak seorang suami yang tak bertanggungjawab, tak menjalankan kewajipan dan tak tunaikan hak-hak yang sepatutnya seorang isteri dapat…

Buat apa yang patut kita buat dan dia akan buat apa yang patut dia buat.

Sumber : Firdaus Shakirin

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club