Keibubapaan

Kesilapan Mendidik Anak Sulung Sering Kita Tak Sedar

Share

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Namun, tanpa sedar, kadang-kadang kita berlaku tidak adil, terutama kepada anak sulung.

Mereka sering dipertanggungjawabkan lebih daripada sepatutnya, diminta mengalah, dan dibandingkan dengan adik-adik.

Dalam perkongsian Mohd Fhais Salim, beliau menceritakan beberapa kesilapan mendidik anak sulung yang buat beliau menyesal sampai sekarang:

Anak sulung selalu disuruh mengalah bila bergaduh dengan adik.
Jika ada perselisihan, dia yang selalu kena marah dulu.

Bila anak cuba meluah atau bercerita, kita cepat hentikan tanpa mendengar.
Adik buat salah kita pejam mata, tapi kalau anak sulung yang buat salah, panjang leterannya.

Selalu menangkan adik sebab dia masih kecil.
Bila adik panggil cepat saja kita menyahut, tapi bila anak sulung panggil, lambat kita toleh.

Anak sulung perasan perbezaan layanan kita—”dengan adik cakap lembut, dengan dia garang.”

Tanpa sedar, kita jadi pilih kasih, walaupun cuba berlaku adil.

Kurang memberi pelukan dan sentuhan kerana anggap mereka dah besar, padahal mereka masih memerlukannya.

Selalu harapkan anak sulung buat kerja rumah lebih daripada adik-adik.

Bila mainan bersepah, dia yang disuruh kemas, walaupun yang sepahkan itu adiknya.
Kita hanya manusia biasa, tak terlepas dari kesilapan. Tapi yang penting, kita belajar dan cuba perbaiki.

Anak sulung sebenarnya punya potensi besar jika kita bimbing dengan cara yang betul. Bila anak sulung hebat, adik-adik akan ikut jejaknya, insyaAllah.

Semoga ini menjadi pengajaran buat kita semua. Wallahu a’lam.

Kredit: Mohd Fhais Salim