Pengurusan kewangan keluarga yang baik tentunya melibatkan pengurusan jangka panjang dan jangka pendek yang dirancang aliran penggunaanya dengan sempurna. Namun jika tanpa perancangan yang tepat, duit gaji yang diperoleh dari usia muda hingga pencen sekali pun tidak akan pernah cukup untuk dibelanjakan. Malah lagi malang, duit pencen yang diperoleh habis sekelip mata. Sewajarnya duit tersebut perlu dibelanjakan sebaik mungkin untuk menampung kehidupan setelah tidak lagi berkerja.

Semua yang terjadi ini , tentu ada silapnya dan kesedaran tentang hal ini perlu diambil berat. Ini penting untuk pastikan kehidupan keluarga bukan sahaja senang pada hari ini malah selesa di hari tua. Untuk itu, ayuh kita fahami perkongsian di akaun fb Harith Faisal tentang beberapa kesalahan atau kesilapan kewangan 20an hingga 60an yang sering terjadi, dan bolehlah kita elakkan daripada melakukan perkara yang disenarikan itu. Jom semak.

Kesilapan Kewangan 20-an Hingga 60-an!

Masa umur kau 20-an, kau sibuk nak impress orang lain supaya kau nampak macam berjaya dan kerja bagus. Travel keliling dunia, beli kereta mahal, padahal kau bukannya mampu sangat. Akhirnya, guna kad kredit untuk survive. Simpanan dana persaraan pun kau tak mulakan.
Kesilapan Kewangan Orang Muda Hingga Pencen Selalu Buat. Kena Ambil Tahu, Agar Tak Rugi Kemudian Hari!

IKLAN

Bila umur dah masuk 30-an, patutnya dah fikir untuk buat dana pendidikan untuk anak-anak, tapi kau lebih suka tukar kereta baru dan beli barangan mewah yang bukan keperluan. Medical card dan life takaful pun kau tak teringin nak ambil langsung.
Kesilapan Kewangan Orang Muda Hingga Pencen Selalu Buat. Kena Ambil Tahu, Agar Tak Rugi Kemudian Hari!

Masuk umur 40-an, kau dah masuk stage lain dalam kehidupan kau. Patutnya kau kena review investment portfolio kau sebab kau kena ingat yang kau tu dah hampir pencen. Kena invest kat tempat yang kurang berisiko. Ramai juga yang lupa untuk siapkan wasiat.

IKLAN

Umur 50-an, kau dah boleh relax sebab kau dah dapat duit pencen. Tapi silapnya, kau guna duit pencen kau untuk pendidikan anak-anak, majlis kahwin anak pun pakai duit KWSP, renovate rumah jadi besar pun iya juga. Habis macam tu saja duit pencen tu.

Walau usia dah senja 60-an, jangan abaikan terus pelaburan. Tapi carilah pelaburan kurang berisiko sesuai dengan usia kau. Jangan sampai duit kau habis, dan kau terpaksa kerja semula. Ramai harap kat anak, risau-risau anak pun tak panjang umur. Lagi satu, jaga payment medical card dan life takaful betul-betul, jangan sampai lapse.
Kesilapan Kewangan Orang Muda Hingga Pencen Selalu Buat. Kena Ambil Tahu, Agar Tak Rugi Kemudian Hari!

IKLAN

Nampak kan, sampai ke akhir hayat kita kena jaga kewangan kita ni. Jaga kewangan bukan bermaksud kita kejar dunia dan abaikan akhirat, tapi mudahkan lagi kita untuk urusan akhirat melalui sedekah, wakaf, infaq dan zakat. Benda boleh dapat dua-dua, kenapa nak dapat salah satu, kan.

Kalau tak jaga kewangan awal, nanti dah tua-tua pun kena sibuk cari duit untuk setelkan hutang. Dunia tak dapat apa, akhirat pun entah ke mana.

sumber : Harith Faisal

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI