Kesilapan kaum wanita ketika berhenti haid. Ramai dalam kalangan kita sebenarnya masih tidak tahu bahawa apabila berhenti haid ada waktu-waktu solat yang perlu diganti.
Yang sering kita dengar jawapan dari para gadis
“Takpa bila tamat period solat tak kena qada pun, puasa je kena”
Hakikatnya penyataan tersebut salah. Kerana apabila haid berhenti pada waktu asar, perlu diqadha solat Asar dan Zohor. Begitu juga isyak dan magrib
Mengapa?
Kerana kita hanya menyedari keringnya darah dalam waktu asar/isyak.
Boleh jadi kerana kecuaian wanita itu sendiri melihat haidnya kering pada waktu asar, sedangkan sudah kering pada waktu zohor.
Sebagai langkah Ihtiyat menjaga hukum maka wajib perempuan qada solat Zohor meskipun dilihat darahnya kering waktu asar.
Oleh sebab itu, sesetengah ulama meletakkan fardhu Ain iaitu wajib ke atas setiap wanita untuk mempelajari ilmu berkenaan haid dan istihadhah kerana disebabkan kecuaian wanita berkenaan hukum hakam melibatkan haid mampu membawa kepada tidak sah solat dan puasa.
Di bulan puasa inilah kita para wanita kena berlumba-lumba qadha solat kerana ganjaran besar ke atas Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda.