
Kesilapan kaum wanita ketika berhenti haid. Ramai dalam kalangan kita sebenarnya masih tidak tahu bahawa apabila berhenti haid ada waktu-waktu solat yang perlu diganti.
Yang sering kita dengar jawapan dari para gadis
“Takpa bila tamat period solat tak kena qada pun, puasa je kena”
Hakikatnya penyataan tersebut salah. Kerana apabila haid berhenti pada waktu asar, perlu diqadha solat Asar dan Zohor. Begitu juga isyak dan magrib
Mengapa?
Kerana kita hanya menyedari keringnya darah dalam waktu asar/isyak.
Boleh jadi kerana kecuaian wanita itu sendiri melihat haidnya kering pada waktu asar, sedangkan sudah kering pada waktu zohor.
Sebagai langkah Ihtiyat menjaga hukum maka wajib perempuan qada solat Zohor meskipun dilihat darahnya kering waktu asar.
Oleh sebab itu, sesetengah ulama meletakkan fardhu Ain iaitu wajib ke atas setiap wanita untuk mempelajari ilmu berkenaan haid dan istihadhah kerana disebabkan kecuaian wanita berkenaan hukum hakam melibatkan haid mampu membawa kepada tidak sah solat dan puasa.
Di bulan puasa inilah kita para wanita kena berlumba-lumba qadha solat kerana ganjaran besar ke atas Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda.
“Jadi Mak Bapak Hati Kadang Kadang Kena Keras. Bagi Anak Faham Bila Cakap Tak, Memang Tak Boleh.” Deep Perkongsian Ni!

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun pendidikan terawal adalah dari rumah.
Ibu bapa yang mencorakkan anak-anak justeru cara mendidik mereka harus betul supaya tidak tersalah langkah.
Mulakan dari awal bak kata pepatah jika nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Menerusi satu catatan, wanita bernama Nurul Atika Moktar berkongsi tentang tip mendidik anak yang dikongsikan oleh seorang wanita cina kepadanya.
Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.
Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.
“Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar.
Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia.
Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”
“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you
Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia “lai” sini mama mau tanya”
Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”.Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.
Lagi aunty tu pesan.
Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf.
“Oh ya, mama salah tadi..sorry”
Ada lagi. “Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1.
You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last?
Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang”
okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah.
Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar?
Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)
Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.
Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting 🙂
Tq aunty.
“Lara Dulu Ramai Yang Cakap Macam-Macam Tapi… Scha Baca Komen Netizen Tapi Tak Fokus Yang Negatif!

Kalau sudah namanya selebriti, ke mana sahaja kaki melangkah dan apa jua yang dilakukan pasti menjadi perhatian.
Bukan setakat itu sahaja, pasti akan ada benda yang tidak betul di mata mereka. Malah ada segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab memberi komen yang negatif.
Situasi tersebut pada selebriti bernama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau Scha AlYahya ini adalah benda biasa dan sudah melalui pelbagai cemuhan, kritikan mahupun sindiran oleh netizen di media sosialnya.
Tidak hanya dirinya bahkan turut terbabit sama suaminya dan juga anak kesayangan mereka Lara Alana.
Begitu pun, selebriti yang berasal dari utara ini tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang negatif. Sebaliknya mengakui itu antara salah satu tanda orang masih sayang dan mengambil berat.
Tambah isteri kesayangan Awal Ashaari ini, biarpun ada yang suka mencari kesalahan, mengkritik, mencemuh, namun dia mendapati masih ramai orang-orang positif yang mengikuti perkembangan kariernya.
“Tidak dinafikan ada sesetengah netizen, bayi baru lahir pun mereka cari salah, tak comellah apa lah. Tapi saya rasa selagi saya tak buat salah laku yang buruk, tak buat jenayah, saya ambil positif sahaja apa yang diperkatakan orang lain.
“Bagi saya bila kita berdepan dengan situasi sebegini, ia memperlihatkan kita bagaimana mengendalikan situasi tersebut. Ambil dari sudut positif atau negatif. Ini tanda orang masih mengingati, diminati dan sebagainya. cuma tengok bagaimana kita nak handle situasi berkenaan.
“Kalau kita layan dan gaduh, secara tidak langsung orang akan pandang negatif pada kita,” katanya lagi.
“Saya baca semua komen dan bagi saya ramai lagi yang memberikan kata-kata positif. Ramai lagi orang yang bersikap positif, jadi kenapa saya nak fokus pada mereka yang negatif ini.
“Contoh macam Lara dulu, ramai yang cakap dia macam-macam, tapi sekarang, orang dah diam pun. Jadi kenapa kita nak fikirkan hal negatif.
“Bila dah lama jadi selebriti, saya dah semakin tahu mana perkara yang perlu ditangkis, mana yang perlu dipandang atau diambil tahu. Pengalaman banyak mengajar saya.
“Bab tambah anak bukan tak nak tapi belum ada rezeki. Usaha dah selalu tapi masih belum ada lagi. Tak timbul soal bila merancang kerana Lara sekarang sudah 4 tahun. Lama sangat kan ,”seloroh Scha yang merupakan duta Bio Essence.
Sumber gambar: IG schaalyahya
Kenali Ibu Mentua Secara Peribadi, Ini 5 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui. Nombor 2 Wajib Buat!

Kebanyakan hubungan antara ibu mentua dan menantu wanita seringkali tidak aman dan harmoni. Banyak konflik yang diutarakan antara hubungan dua hala ini. Tidak hairanlah jika ada yang tidak boleh bersua muka pasti akan timbul perbalahan.
Dalam masyarakat kita, konflik melibatkan ibu mentua juga sering kali diajukan oleh pelbagai pihak.
Namun benarkah semua ibu mentua dan hubungan yang terjalin ini tidak begitu serasi. Atau kita hanya terikut-ikut dengan pandangan orang lain, sehinggakan keadaan kita jadi lebih buruk.
Menyelami perasaan ibu mentua, itu adalah tip terbaik bagi kita dalam membentuk hubungan yang lebih harmoni. Cubalah mendekati dan mengenali dengan lebih peribadi siapa ibu mentua kita.
Mungkin dengan cara ini buat hubungan kita jadi lebih hebat. Malah lebih rapat daripada anaknya sendiri. Tak mustahil kan?
Lima perkara yang diinginkan ibu mertua yang perlu anda ketahui. Jadi ia sebagai tip untuk lebih mengenali ibu mentua kita.
1.Jadi keutamaan
Semua ibu ingin diutamakan dalam apa jua perkara. Begitu juga ibu mertua kita. Hubungilah dia saban hari dan berkongsi apa sahaja jika selagi mampu. Berdiskusi dan bertanya pendapat pasti membuatkan ibu gembira.
2. Kongsi Kasih
Ibu mertua adalah seorang ibu yang telah memberikan segenap jiwa dan raganya untuk anak lelaki tersayangnya. Beliau menginginkan janji bahawa kita tidak akan merebut tempatnya di hati anaknya. Jadi berbahagilah kasih sayang dengannya sekali sekala. Beri dia waktu untuk bersama anaknya. Mungkin sekali sekala biarkan suami kita keluar berdua dengan ibunya.
3. Waktu Bersama
Sama seperti ibu, ibu mertua anda juga perlukan perhatian. Sebolehnya dia mahu menghabiskan waktu untuk lebih mengenali wanita yang hidup bersama anak lelakinya. Perkongsian bersama itu pastinya buat anda lebih saling mengenali.
4. Cara Didikan
Boleh dikatakan ibu mertua mahu anda mendidik cucunya sama seperti dia mendidik anak-anaknya. Jika tidak dapat mengikuti kesemuanya, ambil sahaja beberapa perkara positif yang dapat dikongsikan dalam membesarkan anak. Tentunya didikan yang baik menjadi panduan malah ibu mertua juga pasti amat menyenanginya. Pasti hubungan jadi lebih harmoni.
5. Sentiasa Dekat
Walaupun berada jauh daripada depan matanya, seorang ibu tentu inginkan anaknya sentiasa dekat dengannya. Jadi sebagai menantu, kitalah yang harus bijak mendekatkan jarak ini. Telefon selalu dan ajak suami kerap pulang ke kampung adalah langkah paling bijak.
6. Jangan Jarakkan Hubungan
Setelah anak berkahwin, ibu mentua sentiasa inginkan perkembangan mengenai anaknya. Bagaimana menantunya menjaga anak lelakinya dengan baik ataupun tidak. Semua ini sentiasa berlegar di hati seorang ibu. Bimbang anak lelakinya dikuasai isteri sepenuhnya.
Jadi belajarnya untuk mendekatkan diri dengan ibu mentua kita. Paling penting jangan sesekali menjarakkan hubungan dengan anaknya. Minta suami sentiasa menelefon ibunya adalah langkah tepat.