Kesilapan Ibu Bapa Penyebab Anak Alami Karies Gigi. Doktor Gigi Ini Jelaskan Sebabnya.

Share

Kesian anak-anak apabila gigi susunya mengalami karies gigi sehingga terpaksa dicabut akibat rasa sakit sehingga menggangu urusan sehariannya. Malah, menyediahnya jika anak itu pada usia tiga tahun gigi susu sudah dicabut. Sedang kan untuk timbuh gigi kekal mengambil masa usia antara lima hingga enam tahun.

Sebagaimana perkongsian doktor gigi ini, Azila Dentist ada penyebab masalah gigi susu anak rosak. Ibu ayah kena berlapang dada apabila membaca penyebabnya. Tanpa kita sedarnya bahawa ia berpunca daripada kita. Nampak remeh tetapi ia beri kesan kepada kesihatan  gigi anak.

Kesilapan ibu bapa..

Sedikit kecewa apabila ibu bapa datang membawa anak meminta untuk tampal gigi atau cabut gigi anak yang baru berusia 3 tahun.
Please ya, janganlah ambil enteng kepentingan gigi susu. Anggaran gigi kekal pertama tumbuh paling awal usia 5-6 tahun.

Sekiranya dicabut gigi susu, kita FIKIR DUA PERKARA:

1. Anak akan hilang gigi untuk mengunyah makanan. Takkan nak pakai gigi palsu?

2. Apabila gigi susu dicabut pramatang, pertumbuhan gigi kekal akan jadi ‘impaction’ dan ‘malposition’.

Kita ambil senario ini

-Senario 1-
Baru-baru ini viral kes kejadian di Phuket Thailand, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah di cabut 18 daripada 20 batang gigi susu! Simpati sungguh dengan anak ini, boleh fikir tak macam mana beliau nak mengunyah makanan selepas ini?

-Senario 2-
Anak lelaki pelakon Wawa Zainal berusia 3 tahun telah di cabut semua gigi susu kerana rosak teruk.

Sekiranya rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan di klinik, rawatan komprehensif dengan kaedah BIUS UMUM (General Anaesthesia) wajar dipertimbangkan. Dan semua scenario diatas dilakukan dibawah Bius Umum.

Semua kes ini gigi susu rosak teruk akibat susu botol. Bakteria dalam mulut dan gula dalam susu akan menjadi berasid lalu menghakis giginya. Keadaan seperti ini, biasanya ibu bapa mengadu gigi anak hancur seperti kapur. 
Inilah namanya KARIES SUSU.

TIPS CEGAH KARIES SUSU.

1. Berus / cuci gigi anak sebaik sahaja gigi pertama tumbuh.

2. Bawa jumpa doktor gigi sebaik gigi tumbuh. Ini untuk membiasakan suasana klinik gigi dan peralatannya.

3. JANGAN TIDUR SAMBIL HISAP SUSU.

4. Jangan kongsi sudu garfu sebelum menyuap makanan. Ini kerana sekiranya mulut ibu pun tidak bersih, maka bakteria dari mulut ibu akan ke mulut anak, ok!

5. Sekiranya sakit, segeralah bawa jumpa doktor gigi.

Photo berikut adalah contoh pesakit saya yang berumur 4 tahun.

KES 1

Ini pesakit saya umur 4 tahun. Gigi susu atas karies teruk. Beginilah keadaan mulut yang tidak dapat dibendung dibawah rawatan klinik gigi. Ianya perlu di bawah Bius Umum kebiasaannya.

Ini adalah contoh Karies Susu. 

Penampakan gigi atas yang rosak teruk. Kenapa? 
Jawapannya: Semasa tidur lidah anak akan menutupi gigi bawah, susu kurang berada pada gigi bawah, maka gigi bawah kurang mengalami kerosakan berbanding gigi atas.

Pasti ramai yang mengeluh, anak saya tak makan sangat doktor, dia minum susu sahaja, takkan tak boleh bagi minum susu pula?
Yes, I feel you. I understand you.

Yes, my experience..anak kuat menyusu botol sehingga usia 5-6 tahun. Satu malam 2-3 kali bangun bancuh susu. Kami suami isteri pun tak cukup tidur. Alhamdulillah anak- anak tiada karies susu.

KES 2:

Ini pesakit saya umur 4 tahun. Gigi geraham susu bawah akan rosak dulu.

KES 3

Ini kes cabutan 18 batang gigi susu di Phuket.
Beginilah rupa jahitan selepas cabutan keseluruhan gigi susu. Ini kes anak 4 tahun di Phuket Thailand. Anak seperti ini kerap sakit gigi dan bengkak gusinya. Badan anak kecil..tidak boleh sering diberi ubat makan. Maka doktor gigi terpaksa membuat rawatan cabutan gigi2 yg rosak. Ini kerana kalau dibiarkan bengkak selalu..boleh memudaratkan hingga boleh membawa maut.

 

 

Caranya:


Bila menyusu tengah malam, takkan kita nak usung anak bawa ke tandas gosok gigi kan? Setelah menyusu pastilah anak sambung tidur lena. Betul? Begini

Pertama, pastikan cabut puting (sama ada mengempeng susu badan atau susu botol). Stand by air masak dalam botol susu lain. Sebaik cabut puting susu, kemudian ganti dengan air masak dalam botol susu..kira macam bilas supaya manisan tidak melekat pada gigi.

Kedua, paksa anak berus gigi, Ayahnya kepit kaki anak dengan kakinya sambil tangan peluk badan anak. Ibu yang berus gigi anak dan pastikan lagi ada air masak dalam picagari. Again, untuk membilas mulutnya. Ini kerana bayi belum bisa berkumur ya Haha..

Ketiga, NO JAJAN , No makanan manis, No minuman bergas dalam tin dan No yang manis- manis belaka.

Semua ini saya perolehi dari pengalaman saya bekerja di bawah beberapa orang pakar pergigian kanak-kanak. Ingat ye, ilmu setiap individu tidak sama. Beruntungnya kita kalau dapat belajar dari ramai guru.

Kita adalah ibu bapa yang bertuah kerana dapat ilmu ini. Zaman sekarang amat mudah menyebarkan ilmu yang bermanfaat melalui media sosial, tidak seperti zaman saya belajar dulu..hanya berpandukan buku sahaja. Betul tak?

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda; 
”Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga.” (HR. Muslim)

Alhamdulillah 
Semoga bermanfaat.